IPOH: Seramai 112,887 isi rumah kumpulan B40 telah menerima manfaat Skim Perubatan MADANI setakat Jumaat lepas, sejak skim itu diperkenalkan tiga bulan lepas.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata skim itu telah mendapat sambutan yang amat positif dan menggalakkan daripada pihak berkenaan dengan sebanyak 181,460 rawatan pesakit luar telah diberikan setakat ini.
"Merujuk kepada data demografik, penerima manfaat terdiri daripada pelbagai lingkungan umur termasuklah kanak-kanak, dewasa dan warga emas, dan ini jelas menunjukkan bahawa Skim Perubatan MADANI membantu semua lapisan masyarakat.
"Sejak mula dilaksanakan, sebanyak 1,587 klinik swasta telah mendaftar dan memberi perkhidmatan di bawah skim ini," katanya dalam ucapan aluan pada Majlis Pelancaran Skim Perubatan Madani dan Program Madani Afiat Peringkat Kebangsaan 2023.
Majlis pelancaran disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dataran Sultan Azlan Shah di sini hari ini.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan berusaha untuk menambah baik skim itu dengan mengambil kira input dan cadangan daripada pelbagai pihak, supaya memenuhi keperluan rakyat dan pengamal perubatan.
Katanya antara penambahbaikan yang telah dilaksanakan termasuklah penambahan jenis ubat-ubatan dan kenaikan kadar kos pembiayaan kepada klinik swasta termasuklah kos prosedur dan X-ray.
Dr. Zaliha berkata KKM juga akan menilai semula penambahan skop perkhidmatan Skim Perubatan MADANI dari semasa ke semasa, seperti memasukkan perkhidmatan rawatan pergigian, bagi memastikan ia sentiasa memenuhi keperluan kesihatan rakyat.
Katanya dalam usaha ke arah pendigitalan perkhidmatan kesihatan, ProtectHealth telah membangunkan sebuah aplikasi mudah alih untuk memudahkan urusan pesakit seperti semakan kelayakan, pencarian klinik, semakan baki manfaat di bawah skim itu dan juga pengesahan 'kata laluan sekali guna' (OTP) ketika menerima rawatan di klinik.
Dr. Zaliha berkata perkhidmatan berkenaan dipermudahkan lagi dengan mereka yang layak hanya perlu membawa kad pengenalan ke mana-mana klinik yang berdaftar selain boleh menyemak kelayakan menerusi aplikasi MySejahtera.
Skim Perubatan MADANI menyasarkan penerima Sumbangan Tunai Rahmah supaya mereka dapat memanfaatkan perkhidmatan percuma dengan mudah dan cepat di mana-mana klinik swasta yang berdaftar dengan skim tersebut.
Perkhidmatan yang ditawarkan meliputi konsultasi, pemeriksaan, ubat-ubatan, prosedur dan rujukan dengan kerajaan menampung sepenuhnya kos rawatan di klinik swasta agar dapat mengukuhkan jaringan perlindungan kesihatan dan membantu meringankan beban kewangan rakyat.
Mengenai pengisian utama Program Madani Afiat yang telah dilaksanakan di beberapa negeri termasuk Selangor, Kedah, Terengganu dan Johor, beliau berkata ia melibatkan aktiviti 'Touch Point' berupa lawatan dari rumah ke rumah yang turut memberi peluang kepada penglibatan pihak pengurusan tertinggi KKM, pemimpin masyarakat serta pasukan perubatan.
Di samping itu, program statik turut diadakan dengan kerjasama agensi-agensi selain KKM yang terlibat untuk mengadakan aktiviti-aktiviti interaktif kepada pengunjung.
"Aktiviti saringan yang menjadi pendekatan utama dalam promosi kesihatan dan dilaksanakan dalam program ini di beberapa negeri terdahulu telah merekodkan sejumlah 2,049 penduduk berusia 18 tahun ke atas yang berjaya disaring," katanya.
Pada majlis itu, turut berlangsung Hari Farmasi Sedunia Peringkat Kebangsaan dan Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Peringkat Negeri Perak yang melibatkan pelepasan peserta Program Santuni Rakyat: Kenali Ubat Anda yang merupakan program jangkau luar Perkhidmatan Farmasi Penilaian Ubat-Ubatan di Rumah.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 01 2023

Anwar (tengah) melancarkan Skim Perubatan MADANI dan Program MADANI Afiat Peringkat Kebangsaan di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru hari ini. Turut hadir MB Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad (kiri) dan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa. -Bernama
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Aduan jalan berlubang di WP perlu selesai dalam masa 12 jam - Dr Zaliha
Aduan mengenai jalan berlubang di Wilayah Persekutuan perlu diselesaikan dalam tempoh 12 jam berbanding 24 jam sebelum ini.

Keharmonian, kesejahteraan dan keadilan sosial teras ketamadunan bandar - Dr Zaliha
Tidak ada maknanya ibu negara memiliki bangunan pencakar langit tertinggi, tetapi masih ada rakyat yang bergelut dalam kesukaran hidup.

Pemberian lesen bazar Ramadan telus - Dr Zaliha
Kaedah pemberian lesen bazar Ramadan di ibu negara tahun ini akan dijalankan secara telus termasuk cabutan undi petak dilaksanakan DBKL.

Perkhidmatan awam perlu beradaptasi mengikut keperluan ekonomi, rakyat – Dr Zaliha
Perkhidmatan awam perlu sentiasa beradaptasi dengan landskap ekonomi yang berubah serta keperluan rakyat yang semakin kompleks.

Projek pembangunan semula Pasar Dato Keramat mula suku pertama 2025 - Dr Zaliha
Dr Zaliha minta DBKL menyegerakan bancian bagi memuktamadkan bilangan peniaga di kawasan Pasar Dato Keramat dalam tempoh dua minggu.

'Barber Komuniti' akan diperluas, tingkat sosioekonomi warga kota - Dr Zaliha
Inisiatif 'Barber Komuniti' akan diperluas ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu negara dalam usaha meningkatkan taraf sosioekonomi penduduk.

Industri madu kelulut berpotensi tinggi dikembangkan - Dr Zaliha
Berdasarkan data Jabatan Pertanian, pengeluaran madu kelulut di Malaysia mencecah hampir 146kg dengan nilai melebihi RM21 juta.

Dakwaan salah laku Afdlin Shauki: Laporan siasatan dalaman siap minggu depan - Dr Zaliha
"Tidak apa kalau saudara Afdlin mahu menolak dan menafikan tuduhan tersebut, itu hak beliau."

Perpaduan dan nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan - Zaliha
Di sebalik pembangunan dan kemodenan Wilayah Persekutuan yang merangkumi Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan, tersemat semangat perpaduan dan nilai kekeluargaan di setiap sudutnya.

DBKL urus terus lesen bazar Ramadan beri hasil baik kepada penjaja - Dr Zaliha
Inisiatif itu dilaksanakan bagi menangani rungutan mengenai harga dikenakan bagi permohonan lesen perniagaan.