KUALA LUMPUR: Skim Perubatan MADANI yang diperkenalkan sejak tiga bulan lepas terutama untuk golongan B40 perlu diperluaskan lagi kerana ia banyak membantu meringankan beban rakyat.
Di Johor, pesara swasta, Mohd Yusri Mohd Yusuf, 61, berkata skim itu bukan sahaja dapat meringankan beban kewangan, tetapi pada masa yang sama membantu memendekkan masa menunggu untuk rawatan.
"Skim ini juga amat membantu pesara seperti saya yang kebanyakannya terdiri daripada golongan B40, cuma saya berharap dalam masa terdekat ini ia diperluaskan termasuk ke kawasan luar bandar," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan negeri Ling Tian Soon berkata fasa pertama pelaksanaan skim berkenaan melibatkan 94 klinik swasta di daerah Johor Bahru.
"Ia akan diperluaskan di semua daerah di negeri ini untuk fasa berikutnya dan kerajaan negeri mengharapkan lebih banyak klinik swasta menyertai skim ini agar dapat bersama-sama membantu rakyat terutamanya golongan B40 dan M40," katanya.
Di Perak, pekerja swasta, Rosdalilah Zahari, 40, berkata Skim Perubatan MADANI menjimatkan masa pesakit yang hanya mempunyai gejala ringan seperti demam atau selesema dengan mendapatkan rawatan di klinik swasta.
Beliau berkata dengan pelaksanaan skim itu pesakit kerana tidak perlu menunggu terlalu lama di hospital atau klinik kesihatan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
"Jika tiba-tiba demam pada waktu malam, kita boleh terus ke klinik swasta berhampiran tanpa perlu ke klinik kerajaan untuk mendapatkan rawatan segera, memang jimat masa," katanya.
Selain itu di Pulau Pinang, pekerja kedai makanan segera, Ahmad Syukran Mohd Hussain, 29, berkata beliau antara penerima skim tersebut dan telah sekali mendapatkan rawatan untuk anak lelakinya yang berusia dua tahun di sebuah klinik di Perda, Bukit Mertajam.
"Kalau ikutkan saya dan isteri yang hanya suri rumah memang akan ke klinik atau hospital kerajaan kalau ada dalam kalangan kami yang sakit. Alhamdulillah dengan skim ini kami boleh dapatkan rawatan di klinik swasta, cuma saya harap lebih banyak klinik berdaftar dengan skim tersebut," katanya.
Jurutera kilang di Perai, Hamzah Nordin, 36, pula berharap skim itu diperluas kepada golongan M40 kerana mereka juga terbeban dengan kos sara hidup terutama kenaikan barang keperluan sekarang ini.
"Nampak macam gaji kami banyak tetapi hakikatnya sama sahaja dengan golongan B40 lebih-lebih lagi dengan peningkatan kos sara hidup, jadi jika dapat skim yang sama sedikit sebanyak kami dapat jimatkan belanja perubatan jika ada anak-anak yang sakit," katanya yang mempunyai tiga anak dan isteri tidak bekerja.
Di Kelantan, penoreh getah Noor Atikah Aziz, 28, berkata pendekatan yang dilakukan kerajaan untuk membantu golongan B40 dan M40 menerusi Skim Perubatan MADANI sangat tepat pada waktunya memandangkan keadaan situasi kos sara hidup yang semakin mencabar.
"Saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan Skim Perubatan MADANI ini kepada rakyat terutama golongan yang memerlukan untuk mendapatkan rawatan yang membabitkan fasiliti kesihatan di hospital dan sebagainya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 02 2023

Skim Perubatan MADANI adalah satu inisiatif rintis kerajaan di bawah Belanjawan 2023 yang diperkenal bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di fasiliti kesihatan kerajaan. - Gambar fail
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.

Lebih 300,000 terima manfaat Skim Perubatan Madani setakat Nov - Dr Zaliha
Skim Perubatan Madani yang diperkenalkan pada Jun lepas telah memberi manfaat kepada lebih 300,000 individu di seluruh negara melibatkan hampir 600,000 prosedur rawatan setakat bulan ini.

Belanjawan 2024: Perhebat Skim Perubatan Madani, pencegahan NCD - Persatuan
Persatuan berkaitan penjagaan kesihatan berharap kerajaan memperuntukkan lebih banyak dana untuk mengembangkan lagi Skim Perubatan Madani serta meningkatkan pencegahan NCD di bawah Belanjawan 2024.

Skim Perubatan Madani diperluas seluruh negara, manfaat 80,000 isi rumah
Inisiatif perkhidmatan kesihatan percuma yang ditawarkan kerajaan melalui Skim Perubatan Madani kini diperluaskan ke seluruh negara bermula 15 Sept lepas, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Anwar harap penerima STR, tanggungan manfaatkan Skim Perubatan Madani
Anwar berharap penerima STR dan tanggungan dapat memanfaatkan sepenuhnya perkhidmatan kesihatan percuma yang ditawarkan kerajaan melalui skim Perubatan Madani.

Penerima STR boleh dapatkan rawatan Skim Perubatan Madani bermula hari ini
Skim Perubatan Madani yang bermula hari ini sehingga 31 Dis ditawarkan secara automatik kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Belanjawan 2023: Skim Perubatan Madani mampu kurangkan kesesakan di hospital - KKM
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menyambut baik beberapa inisiatif dalam pembentangan Belanjawan 2023 apabila menerima peruntukan kedua terbesar dengan peningkatan sebanyak 12 peratus kepada RM36.