KUALA LUMPUR: Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) diminta melaksana dan memperluaskan segera Projek Bitara MADANI termasuk memberi fokus kepada penyelesaian terhadap kesulitan dan masalah yang dihadapi rakyat.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkara itu yang diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia Madani (MTMM) hari ini, antara lain bagi membuktikan komitmen kerajaan meningkatkan kualiti, kecekapan dan keberkesanan penyampaian perkhidmatan awam dalam memastikan kesejahteraan rakyat dan kemudahan menjalankan perniagaan.
Anwar yang juga Pengerusi MTMM berkata majlis itu memberi tumpuan kepada dua projek baharu Bitara Madani iaitu usaha menaik taraf fasiliti daif di bawah Kementerian Kesihatan (KKM) dan memperluas pelaksanaan Gerai Madani.
"Di bawah projek menaik taraf fasiliti, kerajaan sedang mengambil langkah segera bagi menambah baik 436 fasiliti dan klinik kesihatan di bawah KKM dengan sasaran kesemua fasiliti akan memasuki peringkat pelaksanaan menjelang akhir tahun 2023," kata Perdana Menteri menerusi catatan di Facebook beliau hari ini.
Beliau berkata bagi memperluas pelaksanaan Gerai Madani, kaedah penambahbaikan yang diguna pakai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan dilaksanakan untuk menaik taraf 20 medan selera di bawah PBT terpilih.
Anwar berkata tindakan penambahbaikan itu akan mengubah penampilan dan kemudahan agar lebih bersih dan indah demi keselesaan rakyat.
Perdana Menteri berkata projek-projek Bitara Madani sentiasa mendukung rukun Malaysia Madani dan menggunakan pendekatan "The Whole of Government" (pendekatan keseluruhan kerajaan) dengan ketua projek terdiri daripada pegawai kanan perkhidmatan awam di kementerian atau jabatan yang berbeza dengan kementerian atau jabatan yang bertanggungjawab terhadap projek yang dikenal pasti.
Anwar berkata ini bagi memastikan setiap pelaksanaan projek Bitara Madani dinilai daripada perspektif berbeza dan lebih menyeluruh.
"Dengan tumpuan kepada kos yang rendah, pelaksanaan penyelesaian segera dan penggunaan sumber sedia ada, kesemua projek di bawah Bitara Madani selari dengan anjakan reformasi penyampaian perkhidmatan awam agar lebih cekap, berintegriti dan berkualiti dalam memberi khidmat kepada masyarakat serta berupaya memberi kesan secara langsung kepada rakyat," kata beliau.
Sebelum ini, Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa dilaporkan berkata satu daripada inisiatif Bitara Madani, iaitu bagi mengurangkan kesesakan pesakit di Jabatan Kecemasan di hospital kerajaan telah dilaksanakan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Klinik Kesihatan Bandar Botanik (KKBB) di daerah Klang, Selangor.
Projek rintis yang dipacu oleh pasukan STAR itu menyaksikan purata kedatangan pesakit zon hijau ke Jabatan Kecemasan dan Trauma HTAR telah mencatatkan penurunan kedatangan pesakit sebanyak 54 peratus.
Sehubungan itu Dr Zaliha berkata KKM memutuskan untuk memperluas skop projek rintis tersebut ke lima klinik kesihatan lain yang telah dipilih melibatkan daerah Gombak, Hulu Langat, Ipoh, Johor Bharu dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2023
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Malaysia Madani (MTMM) hari ini - Foto Facebook Anwar Ibrahim
AWANI Ringkas: Pastor didakwa bunuh, simpan mayat ibu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peguam Khas AS gugur kes manipulasi pilihan raya terhadap Trump
Kes dokumen sulit telah digugurkan pada Julai oleh Hakim Mahkamah Daerah AS Aileen Cannon di Florida dengan Smith pada ketika itu merancang untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan berkenaan.
Komen Salah tentang kontrak memang 'pentingkan diri' - Bekas pertahanan Liverpool
Mohamed Salah mementingkan diri sendiri kerana menyatakan kekecewaannya secara terbuka terhadap kegagalan Liverpool menawarkan kontrak baharu kepadanya.
Pendidikan, nilai kemanusiaan penting diterapkan dalam kalangan generasi muda
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kita boleh berjaya dalam pelbagai aspek seperti sains, teknologi dan lain-lain namun tidak boleh sama sekali hilang nilai kemanusiaan.
Malaysia harap banyak kolaborasi, perbincangan dengan Korea Selatan
PM Datuk Seri Anwar Ibrahim berkataa, kolaborasi itu bukan hanya melibatkan MoU tetapi perbincangan secara khusus dalam aspek pembelajaran seperti teknologi digital dan AI.
Perkahwinan Mahalini, Rizky Febian tidak sah
Mahkamah Agama Jakarta Selatan memaklumkan perkahwinan pasangan selebriti, Mahalini dan Rizky Febian diputuskan tidak sah.
Mahkamah Tinggi jadualkan empat hari dengar keterangan dua saksi dalam rayuan kes rogol Paul Yong
Mahkamah Tinggi menetapkan empat hari untuk mendengar keterangan dua saksi yang melibatkan bukti tambahan dalam rayuan kes rogol bekas ADUN Tronoh, Paul Yong.
Lapan sekolah di Terengganu berisiko banjir ketika SPM
Beliau berkata empat daripadanya di Kemaman membabitkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, SMK Ayer Puteh, SMK Mak Lagam, dan SMK Bukit Mentok.
Semua lif Monorel akan diselenggara dan sedia digunakan menjelang April 2025
Mengambil maklum aduan orang awam, Kementerian Pengangkutan turut menyatakan bahawa pihaknya akan menyelenggara semua lif dan sedia untuk digunakan menjelang April 2025. #AWANInews
Kerajaan rancang tambah jumlah gerabak Monorel bagi tambah kekerapan
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata pihaknya sedang dalam perancangan untuk menambah jumlah gerabak Monorel bagi menambah kekerapan.
#AWANInews
#AWANInews
Perluas Projek Bitara Madani, tingkat kualiti penyampaian perkhidmatan awam - PM Anwar
Pasukan Petugas Khas Reformasi Sektor Awam (STAR) diminta melaksana dan memperluaskan segera Projek Bitara Madani.