Usaha memperkukuhkan bahasa Melayu di Nusantara perlu dipertingkatkan melalui kursus bahasa seperti dilakukan sebelum dan selepas kemerdekaan negara-negara di dunia Melayu, kata Penasihat Sosio-Budaya Kerajaan Malaysia Tan Sri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata di samping itu, kepakaran mengenai bahasa Melayu perlu berada di wilayah Nusantara dan bukannya di Leiden, Belanda dan Hamburg, Jerman atau di negara-negara lain.
Kelas-kelas asuhan bahasa seperti sebelum dan selepas kemerdekaan di negara-negara di Nusantara juga amat wajar dipertimbangkan dan seharusnya semua negara yang bertiangserikan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia perlu berusaha gigih berjuang menjadikan bahasa Melayu dan bahasa Indonesia sebagai bahasa ilmu sekalipun bahasa Inggeris telah mendahului dalam hal ini.
"Penggunaan peribahasa, perumpamaan, pepatah-petitih, bahasa indah, persajakan, pantun, seloka, gurindam dan lain-lain harus diambil berat oleh sistem pendidikan masing-masing di samping mengeratkan lagi jaringan antara universiti-universiti di rantau serumpun ini," katanya.
Rais berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bersempena Dialog Bahasa Melayu Nusantara: Integrasi Teknologi dan Bahasa anjuran bersama Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Brunei Darussalam (UBD) di UBD di sini pada Rabu.
Turut menjadi ahli panel pada dialog itu ialah Naib Canselor UMT Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo, dan Pengarah PusatPendidikan Berterusan di Fakulti Sastera dan Sains Sosial UBD Dr Yabit Alas, sementara pensyarah Fakulti Sastera dan Sains Sosial UBD Pengiran Dr Mohamed Pengiran Damit, selaku moderator.
Dialog itu dirasmikan oleh Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei Darussalam Pehin Udana Khatib Datuk Paduka Seri Setia Ustaz Awang Badaruddin Pengarah Datuk Paduka Othman.
Rais turut menegaskan kerjasama peristilahan serantau perlu diperjuangkan kembali, dan dengan kemudahan internet, ia kini lebih mudah diadakan dan dipertingkatkan.
"Kerap kedengaran hujah bahawa bahasa Melayu-bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris sama-sama dimajukan dan elok didengar tetapi realitinya tidak begitu.
"Dalam hal ini kita harus tahniahkan Brunei kerana masih bertulisan jawi. Nama jalan, nama bangunan, nama taman dan lain-lain masih membudayakan bahasa Melayu dan skrip jawi," katanya.
Rais berkata banyak tempat dan resam sekarang di kawasan Nusantara khususnya, nama Melayu pun sudah keciciran kerana kelemahan proses pembudayaan bahasa Melayu.
"Memang, impian kita ialah supaya bahasa Melayu-bahasa Indonesia menjadi bahasa serantau ASEAN atau di peringkat antarabangsa sehingga menjadi salah satu bahasa dunia di PBB (Pertubuhan Bangsa Bersatu), dan yakinilah keutuhan bahasa Melayu sebagai bahasa yang serba mampu," katanya.
Bernama
Thu Mar 26 2015
RAIS: Perlu perjuangan mengembalikan kedudukan Bahasa Melayu di Nusantara - Gambar fail
ASEAN lancar inisiatif celik AI disokong geran Google bernilai AS$5 juta
Inisiatif dipimpin Yayasan ASEAN dan disokong geran AS$5 juta daripada Google.org, dilancarkan pada Forum Peluang AI Asia Tenggara pada Rabu.
Pelaksanaan Akta 852 galak persekitaran sihat, selamat untuk semua
Rakyat Sarawak menyifatkan akta yang diwartakan pada 2 Feb lepas itu penting untuk melindungi kesihatan orang ramai.
Ketua Hak Asasi Manusia PBB gesa kekangan elak konflik meluas di Timur Tengah
Turk merayu semua Negara bertindak tegas mencegah konflik yang lebih luas di Timur Tengah dengan akibat yang berpotensi memusnahkan orang awam.
FINAS mahu syarikat pawagam bantu wujudkan pangkalan data berpusat
Pembangunan pangkalan data itu kelak mampu membantu pemain industri perfileman memahami 'selera' terkini penonton.
Korea Selatan bawa balik rakyat di Israel, Asia Barat
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol berkata keutamaan ketika ini adalah untuk melindungi keselamatan rakyat negara itu dan mengambil semua langkah yang perlu
'berhenti atau terima akibat lebih dahsyat' -Iran
Presiden Iran, Masoud Pezeshkian pada Rabu memberi amaran kepada Israel untuk segera menghentikan jenayah kemanusiaan yang dilakukan atau bakal berdepan dengan akibat yang lebih dahsyat. Perkara itu dinyatakan Pezeshkian sehari selepas Iran melancarkan lebih 150 peluru berpandu balistik yang disasarkan ke arah Tel Aviv.
Komando Israel telah beroperasi di Lubnan sekian lama
Ini pula rakaman visual yang menunjukkan tentera Israel giat melaksanakan apa yang dipanggil mereka sebagai 'operasi darat' di selatan Lubnan.
Polis Denmark siasat dua letupan berhampiran kedutaan Israel
Pihak berkuasa Denmark masih menyiasat punca letupan tersebut, dan setakat ini tiada sebarang kecederaan.
Taufan Krathon menuju ke Kaohsiung
Penduduk yang tinggal di Kaohsiung dalam keadaan bersiap siaga berdepan ancaman taufan Krathon yang dijangka berlaku bila-bila masa sekarang. Malah, ribut dan ombak kuat membadai kawasan pesisir bandar Taiwan itu.
Trump tarik diri daripada temu bual pilihan raya di CBS "60 Minutes"
Calon presiden Amerika Syarikat (AS) dari parti Republikan, Donald Trump membatalkan temu bual televisyen di saluran CBS, umum program "60 Minutes" di platform X pada Rabu.
Bahasa Melayu berpotensi sebagai bahasa kedua ASEAN
Tian Chua berkata Bahasa Melayu telah lama berfungsi sebagai bahasa serantau yang menghubungkan masyarakat pelbagai latar belakang.
Syarikat China lancar janaan dalam bahasa Melayu perkukuh AI di Asia Tenggara
Alto AI melancarkan LLM yang pertama dalam Bahasa Melayu bagi memperkukuh janaan AI di Asia Tenggara meliputi pelbagai bidang.
Program Semarak Bahasa Kebangsaan galak pelajar Cina kuasai Bahasa Melayu
Program Semarak Bahasa Kebangsaan Kampung Baru melibatkan sekolah aliran Cina yang dilaksanakan sejak Jun 2016 bertujuan menggalakkan pelajar meningkatkan penguasaan bahasa Melayu.
Menteri Pendidikan akan jumpa PIBG dari 11 sekolah Cina - Fahmi
Kumpulan itu membantah pelaksanaan sekurang-kurangnya satu kelas menggunakan BM sebagai bahasa pengantar dalam Program DLP di sekolah itu.
Kolej Thailand lancar Kursi Ismail Sabri, promosi pengajian Melayu dan ketamadunan
Katanya, kursi itu permulaan bagi memperkenal pengajian Bahasa Melayu dan Ketamadunan Melayu di kolej dan universiti lain di Thailand.
Pengajian bahasa dan peradaban Melayu harus diperluas ke seluruh Asia Tenggara - Ismail Sabri
Ismail Sabri berharap cadangan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua ASEAN diteruskan.
Inisiatif merakyat sastera melalui penterjemahan akan dibentang kepada PM - ITBM
Empat inisiatif bagi merakyatkan sastera melalui penterjemahan akan dibentang kepada Perdana Menteri bagi memohon pandangan dan kelulusan bagi pelaksanaannya.
SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini
Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar.
Isu kekuatan ekonomi akan jadi tumpuan khusus kerajaan pada 2024 - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan kestabilan politik negara yang ada ketika ini memudahkan kerajaan memberi tumpuan kepada isu ekonomi.
Penguasaan Bahasa Melayu kekal syarat asas permohonan taraf kewarganegaraan - KDN
Proses saringan dilakukan antaranya ujian bertulis, temu duga secara lisan dan bersemuka melalui ujian pengetahuan Bahasa Melayu pemohon.