KLANG:Orang ramai yang tinggal di kawasan dilaksanakan sekatan jalan raya di mukim Klang yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai hari ini perlu mendapatkan kebenaran polis untuk keluar dari kawasan itu bagi tujuan bekerja dan urusan penting.
Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin berkata borang kebenaran itu boleh dimuat turun dari laman Facebook Polis Daerah Klang Selatan.
Beliau berkata pelaksanaan sekatan jalan itu diadakan di Bayu Perdana, Sri Andalas serta Bukit Tinggi dalam mukim Klang.
"Untuk memudahkan orang ramai, pihak polis turut menyediakan sebuah balai polis bergerak di kawasan ini untuk mengendalikan borang kebenaran agar mereka tidak bersesak di balai polis berdekatan.
"Selain itu, mereka juga perlu mengemukakan borang daripada majikan untuk tujuan tersebut.
"Setiap permohonan, kami akan pertimbangkan sama ada ia merupakan perkhidmatan perlu atau tidak sebelum kebenaran diberi," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan di kawasan yang dikenakan PKPB di sini, tengah malam tadi.
Turut hadir, Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli.
Noor Azam berkata pihaknya amat berharap masyarakat di kawasan berkenaan dapat memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa dalam usaha memerangi pandemik COVID-19.
Rabu lepas, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, kerajaan mengenakan PKPB di zon merah iaitu Sandakan, Papar, Tuaran di Sabah dan Klang di Selangor, bermula 9 Okt susulan peningkatan kes COVID-19 di kawasan berkenaan.
Ismail Sabri dilaporkan berkata pelaksanaan PKPB adalah bagi membendung penularan COVID-19 di kawasan terbabit, selain bagi membolehkan aktiviti pengesanan kes secara bersasar dilaksana sepanjang tempoh 14 hari.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 09 2020
PDRM mula melakukan sekatan jalan raya di Taman Sri Andalas, Klang bagi memastikan orang awam tidak melanggar Perintah Kawalan Pegerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa 12 tengah malam tadi. - Bernama
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
PERKESO sasar sejuta pencarum OBS menjelang akhir tahun ini
PERKESO menyasarkan untuk mencapai sejuta pencarum bagi kategori Orang Bekerja Sendiri menjelang akhir tahun ini.
Reda dengan pemergian anak walaupun bukan pengakhiran diharapkan - Ayah Nidza Afham
Ayah kepada penyanyi dan Youtubers Muhammad Nidza Afham Mokhtar reda dengan pemergian anak lelakinya walaupun itu bukan pengakhiran yang beliau harapkan.
Mayat lelaki di jambatan Klang dipercayai Nidza Afham - Ketua Polis Selangor
Mayat tersebut dijumpai sekitar 7 malam, kira-kira satu kilometer dari lokasi Nidza dilaporkan hilang.
Lencongan sementara di susur Lebuh Gambus dari 29 Jun hingga 1 Julai
Kedua-dua jalan susur keluar Lebuh Gambus, Klang akan dilencong dan ditutup secara berkala bagi memudahkan pelaksanaan kerja projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3), bermula dari 29 Jun hingga 1 Julai.
Wanita maut dikelar suami di Klang
Seorang wanita warga tempatan maut dipercayai dibunuh suami sendiri dalam kejadian di sebuah pangsapuri di Klang, Selangor pada Jumaat lepas.
KPDN tumpas kegiatan seleweng diesel subsidi di Klang
Serbuan anggota penguat kuasa daripada KPDN Putrajaya itu membawa kepada penahanan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan.
Jabatan Imigresen tahan 48 pendatang tanpa izin di Klang
Jabatan Imigresen (JIM) menyerbu sebuah kilang barangan kitar semula menahan 48 pendatang asing tanpa izin di Klang, semalam.
Pusat jagaan, rawatan ibu bersalin tanpa lesen diserbu
Sebuah pusat jagaan dan rawatan ibu bersalin beroperasi secara haram di Bandar Bukit Raja Klang digempur pihak berkuasa.
Pesawat terhempas di Klang: Proses bedah siasat dilakukan 8 pagi Rabu
Proses bedah siasat kedua-dua mangsa nahas pesawat ringan di di Kampung Tok Muda, Kapar akan dilakukan pada 8 pagi Rabu di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.
Pesawat terhempas di Klang: Mayat mangsa dihantar ke HTAR untuk bedah siasat
Mayat kedua-dua mangsa yang terlibat dalam nahas udara di Kampung Tok Muda, Kapar, telah berjaya dibawa keluar dari bangkai pesawat ringan kira-kira jam 7.55 malam Selasa.
KPDN Selangor rampas 6,800 paket minyak masak
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor merampas 6,800 paket minyak masak bersubsidi bersaiz satu kilogram (kg) dalam serbuan di sebuah premis di Klang.