Cadangan untuk menjadikan saringan kesihatan mental sebagai antara syarat dalam menilai kemasukan pekerja mempunyai kebaikannya.
Namun, menurut Presiden Persatuan Pegawai Psikologi Perkhidmatan Awam Dr Abdul Jalil Hassan, perkara ini tidak boleh dijadikan sebab untuk menafikan hak golongan yang mempunyai sejarah masalah mental.
"Secara umumnya, melihat kepada situasi pada hari ini, saringan (kesihatan mental) perlu dibuat kepada semua organisasi.
"Ini bukan untuk menafikan hak mereka yang mempunyai masalah mental tetapi memberi peluang kepada pihak majikan untuk mengenal pasti isu lebih awal dan mungkin boleh mengelakkan isu yang memudaratkan," katanya kepada Astro AWANI.
BACA: Sering diperli, kerani pejabat dicekik, ditikam hingga mati
BACA: Suspek kes cekik dan tikam rakan sekerja kuat menyindir direman 7 hari
Selain itu, tambah Dr Jalil, majikan juga mampu menentukan peranan paling sesuai buat pekerja mereka berdasarkan penilaian psikologi termasuk personaliti pekerja.
Menurut beliau, penentuan peranan yang baik untuk pekerja akan memberi kelebihan kepada majikan dalam operasi organisasi tersebut.
Sementara itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkongsi pandangan yang sama berhubung kewajaran mengenakan saringan kesihatan mental.
Namun, beliau berpendapat, majikan juga harus memainkan peranan yang penting dalam menangani masalah berhubung kesihatan mental pekerja.
"Masalah ini berlaku bukan hanya sebab ada sejarah (kesihatan mental) tetapi ia berlaku kerana tekanan hidup.
"Mungkin kita lihat sebelum ini rekod seseorang itu baik, namun dalam suasana tertentu, dia akan hadapi masalah sebegitu (mental), jadi ia perlu ditangani secara bijaksana oleh majikan," katanya kepada Astro AWANI.
Mahfuz dan Dr Jalil memberi ulasan kepada kewajaran saringan kesihatan mental diwajibkan selepas seorang pembantu makmal bertindak menikam dan mencekik rakan sekerjanya dalam satu kejadian di sebuah kolej vokasional di Banting pada dua hari lepas.
Siasatan lanjut mendapati suspek mempunyai sejarah masalah kesihatan mental.
Hafiz Marzukhi
Fri Jul 13 2018
Majikan juga mampu menentukan peranan paling sesuai buat pekerja mereka berdasarkan penilaian psikologi termasuk personaliti pekerja. - Gambar hiasan
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Tiga sekeluarga berdepan detik cemas terperangkap dalam kebakaran di Banting
Mangsa yang terperangkap di bahagian belakang rumah berjaya diselamatkan dengan bantuan orang awam dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pembantu bengkel diberkas, bakar mercun tengah jalan
Tindakan seorang lelaki membakar mercun di tengah jalan ketika menyertai perarakan mengiringi upacara pengebumian dekat pekan Banting di sini mengundang padah apabila diberkas polis pada Rabu.
Kanak-kanak 7 tahun lemas di taman tema
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun lemas semasa mandi di sebuah taman tema dekat Banting pada Sabtu.
Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.
Lima diberkas kes gaduh di padang bola
Kesemua suspek berusia lingkungan 20 hingga 25 tahun itu ditahan kira-kira jam 2 pagi di sekitar Banting.
Mabuk punca gaduh 3 lelaki di Banting
Pergaduhan itu menyebabkan seorang lelaki rebah dan cedera di kepala akibat dipukul menggunakan topi keledar.
Budak lelaki 7 tahun maut tertusuk kaca di dada
Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun maut selepas tertusuk serpihan kaca di bahagian dada ketika bermain di rumahnya di Kampung Bukit Changgang, Banting semalam.
Jengkaut tertimbus tanah runtuh, pemandu selamat
Kejadian tanah runtuh itu yang sempat dirakam itu kemudian menjadi tular di media sosial.
Mayat lelaki rentung ditemukan dalam kediaman terbakar di Kanchong Darat
Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan rentung dI sebuah rumah kayu yang 80 peratus terbakar di Kampung Kanchong Darat, Banting, malam ini.