KUALA LUMPUR : Buat peminat aktiviti sukan ekstrem memanjat tebing batu atau rock climbing, ini mungkin berita baik untuk anda.
Perlis memperkenalkan ClubRock yang mana merupakan kem induk berasaskan sukan lasak itu yang pertama di Malaysia.
Terletak di tapak khazanah, Gua Kelam, kem induk itu yang bakal dibuka pada awal tahun 2024, pastinya menjanjikan pengalaman istimewa buat pengunjung.
Dalam majlis pra-pelancarannya, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MyUS Group of Companies, Datuk Nellsen Young berkata ClubRock bakal menjadi nilai tambah kepada pelancongan negeri itu yang kaya dengan khazanah semula jadi.
"Kecantikan semula jadi Perlis benar-benar luar biasa dan merupakan khazanah berharga buat penggemar aktiviti luar.
"ClubRock Perlis bermatlamat untuk meletakkan Perlis di peta dunia khas dalam aktiviti pendakian.
"Misi kami adalah untuk membuka ruang pembangunan pembelajaran, komuniti dan penerokaan. Kami amat menggalakkan pengunjung menikmati keindahan flora dan fauna Perlis sambil memanfaatkan kemudahan moden dan aktiviti-aktiviti pengembaraan yang mengujakan," katanya.
Ujar beliau lagi, tidak hanya terhad kepada orang dewasa ClubRock juga bakal menawarkan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian untuk kanak-kanak.
"Kanak-kanak yang berusia tujuh tahun ke atas boleh meneroka Gua Kelam 1 atau lebih dikenali sebagai Cave of Darkness, pengembaraan untuk menikmati alam semula jadi dan hidupan liar.
"Matlamatnya adalah untuk menerapkan nilai sayang buat alam semula jadi kepada kanak-kanak, selain menjadikan destinasi ini sesuai untuk keluarga," tambah beliau.
Dalam pada itu, kewujudan ClubRock juga akan membuka peluang ekonomi buat masyarakat tempatan.
Ini termasuk peluang pekerjaan yang mana penduduk tempatan boleh turut serta sebagai kakitangan kem induk itu.
"Projek ini bakal menyediakan peluang pekerjaan buat komuniti tempatan dalam pelbagai sektor seperti hospitaliti, kulinari dan perkhidmatan seperti pemandu pelancong.
"Projek ini juga akan dimanfaatkan untuk mempromosi makanan-makanan tempatan yang ada di Perlis," katanya.
Sementara itu, bagi menjamin kelestarian alam, ClubRock juga akan menekankan penggunaan teknologi mesra alam dan mampan dalam pengoperasiannya nanti.
Justeru itu, beliau amat mengalu-alukan penyertaan melalui kerjasama universiti-universiti dan para pengkaji yang berminat untuk mempelajari ekosistem dan biodiversiti yang ada di Perlis.
Beliau berkata demikian dalam majlis pra-pelancaran 'Malaysia's 1st rock climbing, base camp & eco-adventure' di Livebox, KL Eco City pada Selasa.
Nickyson Nyambar
Wed Jul 12 2023
Majis pra-pelancaran ClubRock Perlis yang berlangsung di KL Eco City pada Selasa turut disertai oleh Menteri Besar Perlis Mohd Shukri Ramli. - ClubRockPerlis
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Perlis perkenal ClubRock, kem induk 'rock climbing' pertama di Malaysia
Terletak di Gua Kelam, kem induk berasaskan sukan ekstrem 'rock climbing' pastinya menjanjikan pengalaman berbeza buat penggemar.