ARAU: Perlis mula menjalankan pengimarahan masjid dengan melaksanakan solat fardu secara berjemaah dengan saf dirapatkan bermula hari ini.
Tinjauan di Masjid Negeri Arau mendapati walaupun kelonggaran diberikan untuk menunaikan solat secara saf dirapatkan, jemaah yang hadir untuk solat Zohor di masjid berkenaan masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) seperti yang sudah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sebelum ini.
Menurut Timbalan Pengerusi merangkap Imam II Masjid Negeri Arau, Zubair Abdullah, dengan kelonggaran yang dibenarkan oleh MAIPs setelah mendapat perkenan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail diharapkan ia dapat memberi peluang kepada masyarakat terutama di kawasan sekitar Arau untuk menunaikan solat di masjid berkenaan.
Katanya, pelaksanaan solat jemaah dengan saf dirapatkan bermula sejak Subuh pagi tadi dengan mengambil kira sejadah jemaah bersaiz ‘standard’ dirapatkan di ruang solat.
"Saf itu boleh dalam keadaan rapat tetapi mengikut sejadah masing-masing. Kita difahamkan negeri-negeri lain masih belum lagi dirapatkan seperti Perlis.
"Alhamdulillah, dengan SOP memang kita titik beratkan dan sentiasa memantau, jadi apabila jemaah hadir kita periksa suhu dan sediakan sanitizer.
"Kalau tidak ada MySejahtera, kita sediakan buku untuk tulis nama dan pemakaian pelitup muka memang kita wajibkan dan sekiranya ada yang terlupa, kita sediakan untuk jemaah yang hadir," jelasnya.
Katanya, sebelum pelaksanaan solat dengan saf dirapatkan ini, kehadiran adalah sekitar 200 hingga 250 orang.
Namun, kini bilangan jemaah bertambah melebihi 300 jemaah terutama ketika solat Isyak.
Jelas Zubair, perkembangan ini menjadikan Perlis sebagai negeri pertama di negara ini yang menjalankan solat dengan ketetapan baru ini.
Sementara itu, jemaah masjid yang ditemui melahirkan rasa syukur dengan kelonggaran solat berjemaah ini.
Seorang jemaah, Mahadzir Ahmad, 68, dari Taman Intan, Arau berkata, dengan ketetapan pelaksanaan solat seperti ini diharapkan akan menarik ramai lagi muslimin dan muslimat untuk terus mengimarahkan masjid.
"Walaupun rapatkan saf, sebenarnya rapatkan sejadah ikut sejadah masing-masing... tidak lah orang kata bersentuh antara bahu. Jadi, alhamdulillah dengan merapatkan ini kita dapati bilangan jemaah akan bertambah ramai," katanya.
Bagi Hamidun Hamzah, 70, beliau menganggap perkembangan sesuatu yang positif dalam memberi peluang kepada rakyat Perlis untuk terus melaksanakan ibadah solat di masjid dengan bilangan jemaah yang ramai.
Insya-Allah kalau di masa hadapan kalau dah COVID-19 dah berkurang boleh rapat balik tapi buat masa ni eloklah kita ikut SOP yang ada untuk kepentingan jemaah semua," ujarnya.
Khamis lalu Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, perkenan membenarkan seluruh masjid di negeri itu untuk melaksanakan solat berjemaah secara merapatkan saf.
Titah baginda, kebenaran itu diberikan setelah meneliti perkembangan semasa penularan COVID-19 semakin berkurangan dan selepas meneliti kadar 100 peratus vaksinasi lengkap, selain peningkatan dos penggalak di negeri ini yang mencapai kadar 16.9 peratus atau 30,575 penerima sehingga 2 Januari lalu.
Adie Sufian Zulkefli
Sat Jan 08 2022
![Perlis mula laksana solat jemaah rapat saf Perlis mula laksana solat jemaah rapat saf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61641632553_TBsolatjemaah.jpg)
Perlis mula menjalankan pengimarahan masjid dengan melaksanakan solat fardu secara berjemaah dengan saf dirapatkan bermula hari ini. - Foto Astro AWANI
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![Solat berjemaah: Pahang benar rapat sejadah tanpa sentuhan fizikal Solat berjemaah: Pahang benar rapat sejadah tanpa sentuhan fizikal](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81648654224_solatsolatjenazah.jpg)
Solat berjemaah: Pahang benar rapat sejadah tanpa sentuhan fizikal
Pahang membenarkan pelaksanaan solat berjemaah di masjid dan surau secara merapatkan sejadah tanpa berlaku sentuhan fizikal.
![Bermula 1 April, solat jemaah di Negeri Sembilan ikut aturan sejadah saiz besar - MB Bermula 1 April, solat jemaah di Negeri Sembilan ikut aturan sejadah saiz besar - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61641632553_TBsolatjemaah.jpg)
Bermula 1 April, solat jemaah di Negeri Sembilan ikut aturan sejadah saiz besar - MB
Jemaah yang dibenarkan masuk ke masjid dan surau adalah lelaki, wanita dan kanak-kanak, warga tempatan dan bukan warganegara yang telah lengkap menerima vaksin COVID-19.
![Pasangan remaja dikecam solat jemaah 'online' Pasangan remaja dikecam solat jemaah 'online'](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81647302786_SolatJemaahPakwe.jpg)
Pasangan remaja dikecam solat jemaah 'online'
Video tersebut yang pernah dimuat naik di aplikasi TikTok pertengahan tahun lalu kembali tular sehingga mendapat perhatian ramai.
![Perlis mula laksana solat jemaah rapat saf Perlis mula laksana solat jemaah rapat saf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/61641632553_TBsolatjemaah.jpg)
Perlis mula laksana solat jemaah rapat saf
Perlis mula menjalankan pengimarahan masjid dengan melaksanakan solat fardu secara berjemaah dengan saf dirapatkan bermula hari ini.
![Selangor benar solat Jumaat di masjid, kapasiti 100 jemaah - Exco Selangor benar solat Jumaat di masjid, kapasiti 100 jemaah - Exco](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/81630659307_RekabentukMasjidS.jpg)
Selangor benar solat Jumaat di masjid, kapasiti 100 jemaah - Exco
Seramai 100 orang jemaah termasuk pentadbir dibenar hadir menunaikan solat Jumaat di semua masjid di negeri ini berkuat kuasa mulai solat Subuh pagi tadi.
![Sultan Perak perkenan bilangan jemaah solat Jumaat, fardu ikut keluasan dewan utama Sultan Perak perkenan bilangan jemaah solat Jumaat, fardu ikut keluasan dewan utama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-07/71625642577_solatsunatterawih.jpg)
Sultan Perak perkenan bilangan jemaah solat Jumaat, fardu ikut keluasan dewan utama
Sultan Perak telah disembah maklum panduan aktiviti di masjid dan surau semasa tempoh Pelan Pemulihan Negara (PPN) berfasa di negeri itu.
![COVID-19: Melaka batal SOP masjid, surau terdahulu, kurangkan bilangan jemaah COVID-19: Melaka batal SOP masjid, surau terdahulu, kurangkan bilangan jemaah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/81621350014_solatsolatjenazah.jpg)
COVID-19: Melaka batal SOP masjid, surau terdahulu, kurangkan bilangan jemaah
Pengarahnya Datuk Che Sukri Che Mat berkata, ketetapan baharu yang berkuatkuasa hari ini hingga 7 Jun depan.
![Perlis benar kapasiti maksimum jemaah solat fardu di masjid Perlis benar kapasiti maksimum jemaah solat fardu di masjid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/41611848428_masjidperlis.jpg)
Perlis benar kapasiti maksimum jemaah solat fardu di masjid
Bermula esok, Perlis membenarkan kehadiran jemaah solat fardu di masjid mengikut kapasiti maksimum masjid berkenaan sepanjang tempoh pelaksanaan perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
![Solat jemaah, aktiviti di masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang ditangguh - JAIS Solat jemaah, aktiviti di masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang ditangguh - JAIS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-10/81602259619_Lapanganterbang.jpg)
Solat jemaah, aktiviti di masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang ditangguh - JAIS
JAIS mengarahkan agar solat Jumaat, solat fardu lima waktu di Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang dekat sini ditangguhkan bermula petang semalam.
![COVID-19: Garis panduan solat jemaah berdasarkan perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan COVID-19: Garis panduan solat jemaah berdasarkan perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-06/81591671686_ZulkifliMohamad.jpg)
COVID-19: Garis panduan solat jemaah berdasarkan perbincangan Majlis Fatwa Kebangsaan
Tatacara solat berjemaah yang dilaksana ketika ini telah diperjelas secara terperinci dalam sebuah buku bertajuk 'Soal Jawab Fiqh COVID-19'