Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail bertitah Perlis bukanlah negeri yang mengamalkan ajaran Wahabi seperti didakwa pihak tertentu.
Titah baginda Perlis tetap berpegang kepada Sunnah Waljamaah iaitu mengguna pakai keempat-empat mazhab, berbeza dengan beberapa negeri lain yang mengamalkan Sunnah Waljamaah bermazhab.
"Beta ingin mengulangi dan menegaskan bahawa Perlis tidak mengamalkan (ajaran) Wahabi yang mengikut tafsiran negara-negara barat Wahabi ialah kumpulan pengganas yang turut melakukan pembunuhan.
"Saya sendiri tidak faham apa itu Wahabi sebenarnya. Justeru, jangan ada lagi dakwaan bahawa Perlis negeri Wahabi," titah baginda semasa merasmikan Masjid Al-Qufran Batu 2 Lama, Jalan Kaki Bukit, dekat sini malam tadi.
Majlis perasmian itu antara acara sambutan bersempena ulang tahun ke-75 keputeraan baginda tahun ini. Turut berangkat Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).
Tuanku Syed Sirajuddin turut menegur sikap segelintir imam di negeri ini yang masih ingkar arahan dan peraturan MAIPs supaya mengamalkan solat berpandukan ajaran Sunnah Waljamaah.
Titah baginda panduan tersebut telah disediakan oleh Jabatan Mufti Perlis iaitu sebuah badan yang bertanggungjawab terhadap pelaksanaan hukum-hukum Islam di Perlis.
"Perkara ini tidak sepatutnya berlaku. Kalau ada imam yang masih ragu-ragu mengenai hal ini mereka sepatutnya rujuk setiap permasalahan atau kekeliruan kepada Jabatan Mufti," titah baginda.
Tuanku Syed Sirajuddin menasihatkan imam-imam berkenaan supaya tidak menjadikan amalan imam-imam masa lalu sebagai panduan.
"Sebaiknya sentiasa berbincang dengan Mufti agar setiap amalan berteraskan Al-Quran dan hadis dilaksanakan. Jika masih ada imam-imam yang cenderung terhadap sesuatu ajaran, janganlah dibawa dalam masjid bagi mengelak menjadi ikutan jemaah," titah baginda.
Masjid Al-Qufran dibina pada Ogos 2013 dengan kos RM7 juta di atas tapak yang diwakafkan beberapa penduduk tempatan bagi menggantikan masjid lama yang dibina pada awal tahun 60-an.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 26 2018
![Perlis bukan negeri Wahabi - Raja Perlis Perlis bukan negeri Wahabi - Raja Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/51532583148_TBTuankuSyedPutra.jpg)
Perlis tetap berpegang kepada Sunnah Waljamaah iaitu mengguna pakai keempat-empat mazhab.
![Ekonomi China teruskan momentum pemulihan Ekonomi China teruskan momentum pemulihan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674060668_ChinaPopulation.jpg)
Ekonomi China teruskan momentum pemulihan
Ekonomi China meneruskan momentum pemulihan dan trend perkembangan ke arah baik dengan operasinya kekal stabil secara keseluruhannya pada separuh pertama tahun ini.
![PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714481430_TBNAIM.jpg)
PPZ-MAIWP catat RM511 juta kutipan zakat tahun ini, naik 10 peratus
PPZ-MAIWP mencatat kutipan zakat sebanyak RM511 juta dari Januari hingga Jun tahun ini dengan peningkatan sebanyak 10 peratus berbanding tempoh sama pada 2023.
![Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721144143_TBBANGLADESHCAMPUS.jpg)
Empat terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Abu Sayeed, seorang daripada penyelaras dan pelajar di Universiti Begum Rokeya di Rangpur utara, terbunuh semasa pertempuran dengan polis.
![Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721130378_JohariAbdulGhani.jpg)
Misi ekonomi produk agrikomoditi ke India perkukuh hubungan dua hala
KPK akan mengadakan Misi Ekonomi Produk Agrikomoditi Malaysia ke India pada 17-18 Julai ini.
![Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715247870_SohThianLaijpg.jpg)
Golongan belia pemacu penting bentuk masa depan industri pembuatan Malaysia - FMM
Pemimpin perniagaan dan usahawan daripada golongan belia merupakan pemacu penting yang akan membentuk masa depan industri pembuatan Malaysia, kata Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia.
AWANI Tonight: 16 July 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt mulls amending Penal Code to deal with cyberbullying
2. England's Southgate resigns after Euro 2024 Final defeat
#AWANIEnglish #AWANINews
![9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober 9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718630490_Smokerises.jpg)
9,241 pelajar Palestin terbunuh dalam serangan Israel sejak 7 Oktober
9,318 pelajar terbunuh dan 14,671 lagi cedera di Semenanjung Gaza manakala di Tebing Barat, 103 pelajar terbunuh dan 505 lagi cedera.
![Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721142800_AirbusA.jpg)
Penumpang Singapore Airlines meningkat hampir 14 peratus pada Jun
Rangkaian penumpang Kumpulan SIA meliputi 125 destinasi setakat Jun dan rangkaian kargo terdiri daripada 129 destinasi.
![Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41716613114_TBsprm.jpg)
Empat individu termasuk pasangan pempengaruh bebas tahanan reman
Kesemua individu juga perlu hadir ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebulan sekali untuk melaporkan diri.
![KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81719822088_ZambryAbdKadir.jpg)
KPT alu-alukan syor PAC guna garis panduan pelaburan universiti awam untuk anak syarikat
KPT mengalu-alukan cadangan PAC berhubung pelaksanaan dan pemakaian Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024, kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan kementerian itu.
![Bekalan air di Arau dan Kangar kembali pulih Bekalan air di Arau dan Kangar kembali pulih](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81651651977_WaterPipe.jpg)
Bekalan air di Arau dan Kangar kembali pulih
Kerja baik pulih kerosakan suis utama pam air bersih di LRA berkenaan siap sepenuhnya dan loji itu telah beroperasi pada tahap maksimum 100 peratus.
![Sports Toto mohon kebenaran semakan semula kehakiman terhadap pemberhentian lesen oleh kerajaan Perlis Sports Toto mohon kebenaran semakan semula kehakiman terhadap pemberhentian lesen oleh kerajaan Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71716431431_SportsToto.jpg)
Sports Toto mohon kebenaran semakan semula kehakiman terhadap pemberhentian lesen oleh kerajaan Perlis
STM Lottery dan empat individu mahu mahkamah batalkan keputusan kerajaan negeri yang menafikan pembaharuan lesen premis perniagaan mereka.
![[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman [KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41714456434_MOHDSHUKRIRAMLIjp.jpg)
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
![Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024 Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714303659_FAMAMalaysia.jpg)
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
![MAIPs peruntuk RM3.06 juta Bantuan Mikro Baik Pulih Kediaman MAIPs peruntuk RM3.06 juta Bantuan Mikro Baik Pulih Kediaman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61711462954_MAIPS.jpg)
MAIPs peruntuk RM3.06 juta Bantuan Mikro Baik Pulih Kediaman
MAIPs memperuntukkan RM3.06 juta bagi Bantuan Mikro Baik Pulih Kediaman yang diagihkan menerusi kariah masjid seluruh negeri itu sepanjang tahun ini.
![Perlis, Hulu Perak dan Beaufort catat gelombang haba - MetMalaysia Perlis, Hulu Perak dan Beaufort catat gelombang haba - MetMalaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710756648_TBGENERICPANAS.jpg)
Perlis, Hulu Perak dan Beaufort catat gelombang haba - MetMalaysia
Menurut MetMalaysia, sebanyak 29 kawasan di Semenanjung, tiga di Sarawak dan satu di Sabah merekodkan suhu panas tahap satu atau berjaga-jaga.
![Polis Perlis pantau penjualan mercun dan periksa stor penyimpanan Polis Perlis pantau penjualan mercun dan periksa stor penyimpanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707467707_mercun.jpg)
Polis Perlis pantau penjualan mercun dan periksa stor penyimpanan
Pemantauan dan semakan itu bagi memastikan kaedah penyimpanan mercun tersebut mematuhi peraturan, antaranya, disimpan di kawasan selamat.
![Kadar zakat fitrah di Perlis ditetapkan RM7 dan RM10 Kadar zakat fitrah di Perlis ditetapkan RM7 dan RM10](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710115597_zakatfitrah.jpg)
Kadar zakat fitrah di Perlis ditetapkan RM7 dan RM10
Bagi umat Islam yang menunaikan zakat fitrah dengan beras, kadar pengeluaran ialah satu gantang Nabawi seorang atau bersamaan 2.6 kilogram.
![Perlis tutup premis judi terakhir Perlis tutup premis judi terakhir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61709868235_TBserbupremisjp.jpg)
Perlis tutup premis judi terakhir
Sebelum ini, Perlis mempunyai enam cawangan loteri tetapi telah menghentikan operasi antara Julai dan Oktober tahun lepas.
![Peralatan tangkap ikan haram bernilai lebih RM615,000 dirampas di Kedah, Perlis Peralatan tangkap ikan haram bernilai lebih RM615,000 dirampas di Kedah, Perlis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/71705659264_TBOPERASIKHASMAR.jpg)
Peralatan tangkap ikan haram bernilai lebih RM615,000 dirampas di Kedah, Perlis
1,494 unit bubu naga serta peralatan menangkap ikan haram bernilai RM615,280 dirampas dalam operasi khas dilaksanakan Jabatan Perikanan Malaysia.