Perlembagaan Persekutuan telah membentuk sebuah kerajaan pusat yang cukup kuat dalam mengawal negeri-negeri dengan pelbagai cara termasuk dalam hal pindaan perlembagaan, kata pakar undang-undang perlembagaan, Profesor Emeritius, Datuk Dr Shad Saleem Faruqi.
Shad Saleem, penyandang Kursi Tunku Abdul Rahman di Universiti Malaya, berkata kuasa meminda Perlembagaan adalah sebahagian besarnya milik Parlimen kecuali dalam tiga bidang seperti termaktub dalam Perkara 2 (b), Perkara 159 dan Perkara 161E Perlembagaan Persekutuan.
Beliau berkata tiga bidang tersebut ialah Perkara 2 (b) melibatkan pengubahan sempadan mana-mana negeri, Perkara 161E (perlindungan kedudukan dari segi perlembagaan negeri Sabah dan Sarawak) dan ketiga, kedaulatan Raja atau mana-mana 10 topik yang disebut dalam Perkara 159 (5) seperti kedudukan agama Islam dan kewarganegaraan.
"Hanya tiga bidang ini perlu mendapatkan persetujuan insitusi atau pihak berkuasa di luar Parlimen dan sekiranya tidak, negeri-negeri tidak mempunyai kuasa untuk menghalang pindaan perlembagaan," katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk: "Hubungan Negeri dan Persekutuan di Malaysia" pada Persidangan Fahaman Persekutuan di Malaysia: Mentakrif Semula Hubungan Persekutuan-Negeri di Malaysia, di sini, pada Isnin.
Persidangan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di sini bertujuan menggalakkan pemahaman dan wacana yang lebih luas, serta membolehkan generasi Malaysia masa kini menghargai visi para pengasas negara dan kaitan fahaman persekutuan dalam persekitaran zaman sekarang.
Persidangan dua hari itu dirasmikan oleh Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.
Sementara itu, Prof Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar, dalam kertas kerja berjudul: 'Sebuah Nota Prakemerdekaan Negeri Sembilan Menerusi Kaca Mata Fahaman Persekutuan dan Perlembagaan', berkata salah satu tujuan fahaman persekutuan adalah untuk mencapai perpaduan dan memelihara kepelbagaian negeri-negeri persekutuan.
Penceramah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu berkata perpaduan dan kepelbagaian penting dalam prinsip persekutuan kerana fahaman persekutuan mengungkapkan dan menyalurkan dua kekuatan sosial iaitu kekuatan perpaduan dan daya memelihara perbezaan.
"Idea perpaduan dalam kepelbagaian dalam susunan perlembagaan, saya rasa relevan dalam konteks Negeri Sembilan sebagai salah satu negeri dalam persekutuan. Berbanding dengan negeri-negeri lain di Persekutuan, Negeri Sembilan mempunyai keunikan budaya dan tradisi yang berbeza.
"Secara umum diketahui keunikan itu berasal daripada tradisi Adat Perpatih. Negeri-negeri lain dalam Semenanjung mengamalkan Adat Temenggung. Ini menunjukkan bagaimana konsep fahaman persekutuan membenarkan pengekalan adat dan tradisi di negeri-negeri," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 01 2019
![Perlembagaan bentuk sebuah kerajaan pusat yang cukup kuat Perlembagaan bentuk sebuah kerajaan pusat yang cukup kuat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71562001226_MuhrizTuankuMunawi.jpg)
Tuanku Muhriz menyampaikan sijil kepada Naib Canselor USIM Prof Datuk Dr Musa Ahmad (kanan) ketika berkenan merasmikan persidangan mengenai Federalisme di Malaysia di USIM, Nilai, 1 Julai, 2019. - Foto BERNAMA
![Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720085306_FadillahYusof.jpg)
Kerajaan lihat semula perjanjian penjualan air kepada Singapura - Fadillah
Fadillah berkata perkara itu sudah berlaku ketika zaman pentadbiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.
![Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/51658407048_Cabul.jpg)
Pelancong asing ditahan disyaki cabul pekerja spa di Pulau Perhentian
Polis menahan seorang pelancong lelaki warga Maghribi kerana disyaki mencabul seorang juruterapi wanita rakyat tempatan di Pulau Perhentian.
Warga Thailand seludup diesel dihadapkan mahkamah
Seorang pemandu lori warga Thailand dihadapkan ke mahkamah atas menyeleweng 322 liter minyak diesel minggu lalu.
ADUN Rembia sertai Pas: YB Kampar minta buka riben putih
Susulan pengumuman ADUN Rembia sertai Pas dalam sidang media, YB Kampar, Chong Zhemin kemuka Peraturan Mesyuarat dan menyifatkan satu penghinaan besar buat Parlimen.
#SisiTVParlimen
#AWANInews
#SisiTVParlimen
#AWANInews
![Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720590984_DatukSeriMohamadH.jpg)
Malaysia, Brunei dalam proses rundingan muktamad sempadan darat negara - Mohamad
Mohamad Hasan berkata buat masa ini, kerja-kerja penandaan dan pengukuran di lapangan telah meliputi 175.96 km atau 33.3 peratus daripada keseluruhan jarak sempadan.
Kim Pan Gon undur diri kesan kepada Harimau Malaya
Apa reaksi peminat Harimau Malaya dan penganalisis sukan mengenai peletakan jawatan Kim Pan-Gon?
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
![Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51712121864_TBADLYZAHARIjp.jpg)
Perang berlarutan antara punca kelewatan penghantaran Black Hawk
Perkara itu dimaklumkan pihak Aerotree Defence and Services Sdn Bhd iaitu syarikat yang dipertanggungjawabkan dalam kontrak perolehan perkhidmatan sewaan helikopter berkenaan.
Keghairahan final Euro 2024 dibawakan ke restoran mamak
Kemeriahan dan keghairahan perlawanan final UEFA EURO 2024 antara Sepanyol dengan England di Berlin, Jerman dirasai di Malaysia, dibawakan oleh 'Astro BizOne Watch Party' di Restoran Hakim, Seksyen 7, Shah Alam.
![Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721115027_MuhammadAdiLagik.jpg)
Polis kesan remaja lelaki hilang sejak enam hari lepas
Polis sedang berusaha mengesan seorang remaja lelaki yang dilaporkan hilang oleh keluarganya di Kuala Pilah sejak enam hari lepas.
![Wujudkan undang-undang khusus kekang kejadian buli - Pensyarah Wujudkan undang-undang khusus kekang kejadian buli - Pensyarah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-11/81636022398_buli.jpg)
Wujudkan undang-undang khusus kekang kejadian buli - Pensyarah
Sama ada tindakan undang-undang terhadap perbuatan buli boleh dibawa ke mahkamah atau tidak, ia bergantung pada fakta kes dan kecederaan yang dialami serta akibat kecederaan yang dialami.
![Golongan antivaksin sebar berita palsu boleh dipenjara, didenda RM50,000 - Khairil Azmin Golongan antivaksin sebar berita palsu boleh dipenjara, didenda RM50,000 - Khairil Azmin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/51596111186_ProfMadyaDrKhairi.jpg)
Golongan antivaksin sebar berita palsu boleh dipenjara, didenda RM50,000 - Khairil Azmin
Sebarang kenyataan palsu atau fitnah yang didorong oleh niat jahat akan berhadapan tindakan undang-undang.
![Maklum majoriti secara telus, jangan kelirukan rakyat - Pensyarah undang-undang Maklum majoriti secara telus, jangan kelirukan rakyat - Pensyarah undang-undang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-07/51596111186_ProfMadyaDrKhairi.jpg)
Maklum majoriti secara telus, jangan kelirukan rakyat - Pensyarah undang-undang
Beliau berkata jika terdapat pemimpin parti yang mendakwa mendapat sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baharu, maka ia juga perlu dimaklumkan kepada rakyat secara terbuka.
![Perlembagaan bentuk sebuah kerajaan pusat yang cukup kuat Perlembagaan bentuk sebuah kerajaan pusat yang cukup kuat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-07/71562001226_MuhrizTuankuMunawi.jpg)
Perlembagaan bentuk sebuah kerajaan pusat yang cukup kuat
Kuasa meminda Perlembagaan adalah sebahagian besarnya milik Parlimen kecuali dalam tiga bidang seperti termaktub dalam Perkara 2 (b), Perkara 159 dan Perkara 161E Perlembagaan Persekutuan.