SHAH ALAM: Kebebasan bersuara rakyat Malaysia seperti yang diperuntukkan dalam perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan mempunyai had dan tidak sesekali melindungi aktiviti penyebaran berita palsu serta fitnah terhadap pihak berkuasa, kerajaan mahupun individu.
Pakar Undang-Undang dan Perlembagaan daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Madya Dr Khairil Azmin Mokhtar berkata, setiap negara mempunyai batasan atau sekatan yang sama terhadap kebebasan bersuara.
Beliau berkata, sebarang kenyataan palsu atau fitnah yang didorong oleh niat jahat akan berhadapan tindakan undang-undang.
Katanya, ini termasuk penyebaran maklumat palsu berkenaan vaksin COVID-19 sama ada menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) atau media sosial oleh golongan antivaksin di mana mereka boleh didakwa di bawah Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
"Sekiranya didapati bersalah, golongan tersebut boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih setahun, atau kedua-duanya," katanya.
Menurutnya, individu yang cuba untuk memutar belit fakta dan salah lapor maklumat dengan sengaja biasanya dibuat dengan niat dan tujuan jahat tertentu.
“Ini pastinya akan menggugat ketenangan dan ketenteraman awam, malah dikhuatiri menimbulkan kemarahan serta ketegangan dengan pihak kesihatan yang berusaha memelihara kesihatan awam.
“Kita tidak mahu usaha kerajaan untuk mengatasi pandemik COVID-19 terhalang disebabkan oleh fakta dan berita yang palsu atau diputar belit.
“Biasanya antivaksin ini akan menyebarkan maklumat palsu melalui media sosial seperti WhatsApp, Facebook dan Telegram hingga menyebabkan perkara yang tidak betul pun akan berkembang dengan meluas, akhirnya berlaku salah faham,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Khairil Azmin turut mengakui bahawa berita palsu yang dikeluarkan akan memburukkan lagi keadaan dan menjejaskan usaha kerajaan dalam memastikan setiap rakyat di negara ini menerima vaksinasi lengkap.
“Contohnya, kita lihat masih ada yang mempertikaikan dan menafikan hasil penyelidikan vaksin yang diluluskan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
“Mereka akan cuba untuk menularkan dan mensensasikan laporan palsu serta negatif berkaitan vaksin untuk mengubah pendirian individu lain.
“Ini sekali gus membuat ramai rakyat berbelah bahagi dan menjatuhkan keyakinan mereka terhadap pengambilan vaksin COVID-19,” jelasnya.
Pada Jumaat, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dalam ciapan di Twitter menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan segera terhadap kumpulan antivaksin yang menyebarkan dakwaan dan berita palsu mengenai vaksin COVID-19.
Khairy turut memaklumkan bahawa KKM sudah mengambil langkah dengan membuat beberapa laporan polis terhadap golongan tersebut.
BACA: Khairy gesa kumpulan antivaksin disiasat, didakwa segera
Mengulas lanjut, Khairil Azmin berkata, kerjasama yang lebih proaktif melibatkan organisasi-organisasi berkaitan perlu dijalankan segera bagi mengekang tindakan kumpulan antivaksin yang dilihat semakin berani dan keterlaluan.
“Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melalui Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh meningkatkan lagi usaha dan kerjasama mengekang penyebaran berita palsu terutama berkaitan vaksin COVID-19 menggunakan kuasa dan undang-undang sedia ada.
“Mungkin KDN juga boleh bekerjasama dengan KKM kerana isu ini turut melibatkan hal berkaitan penyelidikan perubatan dan kesihatan.
“Malah pihak berkuasa agama juga boleh memainkan peranan kerana terdapat dakyah palsu membabitkan isu halal dan haram serta hukum syariah berkaitan vaksin COVID-19,” ujar beliau.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 16 2021
KHAIRIL AZMIN: Sekiranya didapati bersalah, golongan tersebut boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau dipenjara tidak lebih setahun, atau kedua-duanya. -Gambar fail
Kesetiaan kriteria utama dalam mencari ketua jurulatih beregu lelaki negara - Subramaniam
Mereka memerlukan seseorang yang mempunyai disiplin tinggi dan berdedikasi untuk membawa pemain badminton negara ke tahap lebih tinggi.
Tujuh maut, 33 cedera dalam nahas tiga kenderaan di Ayer Keroh
Mangsa yang terbunuh membabitkan tiga lelaki dewasa, tiga perempuan dewasa dan seorang bayi perempuan.
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Lelaki dakwa kematian ibu jadi modal antivaksin sebar dakyah palsu
Mohamad Faeez mendakwa golongan antivaksin memfitnah ibunya menggunakan kerusi roda selepas menerima suntikan vaksin.
Rayuan visa ditolak, Djokovic berlepas dari Australia
Pesawat yang membawa bintang tenis nombor satu dunia itu berlepas dari Lapangan Terbang Melbourne pada Ahad 10.30 malam.
COVID-19: Rusia tangguh kuat kuasa sekatan tidak popular
Keputusan itu dibuat walaupun berlaku wpeningkatan kes harian dan amaran yang dikeluarkan berhubung penularan varian Omicron.
Kerana hormatkan suami, Ellie Suriaty akhirnya terima vaksin
Pelakon Ellie Suriaty nafi dia seorang yang antivaksin, cuma persoal keberkesanan vaksin.
Isu tular: Guru antivaksin diasingkan, tunggu siasatan lengkap
Orang ramai diminta supaya tidak memperbesarkan perkara itu, dan perlu menunggu laporan hasil siasatan dijalankan.
COVID-19: Jerman mula hadkan akses kepada golongan antivaksin
Parlimen Jerman dikatakan akan mengundi rang undang-undang baharu bagi sekatan COVID-19 yang dirangka oleh parti-parti yang dijangka membentuk kerajaan seterusnya di negara itu.
'Kumpulan antivaksin, jangan guna haka kami!' - Amaran suku kaum Maori
Suku Ngati Toa menyelar penggunaan haka Ka Mate untuk mendesak dan mempromosi mesej antivaksin.
COVID-19: Greece kenakan sekatan lebih ketat terhadap golongan antivaksin
Mereka yang enggan menerima vaksin diwajibkan untuk membuktikan keputusan ujian saringan negatif sebelum memasuki semua premis awam.
Usaha mengatur pertemuan KKM dengan kumpulan antivaksin belum berhasil
Cadangan untuk mengadakan perjumpaan tersebut adalah bagi memberikan penerangan berkaitan kepentingan pengambilan vaksin.
Kakitangan MBPP, MBSP enggan divaksin berdepan ditamatkan perkhidmatan
Kakitangan Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) yang enggan menerima suntikan vaksin COVID-19 akan dikenakan tindakan tatatertib.