LABUAN: Perlawanan futsal Liga Sukan Komuniti anjuran Jabatan Belia dan Sukan yang berlangsung Gelanggang Futsal, Jalan Tanjung Purun, di sini semalam, kecoh apabila pemain dan penyokong kedua-dua pasukan terlibat dalam pergaduhan.
Pergaduhan yang berlarutan kira-kira setengah jam dan tular di sosial media itu, menyebabkan kecederaan dan 18 individu berusia antara 17 dan 32 tahun ditahan.
Insiden berlaku pada 1 tengah hari selepas ketegangan yang tercetus antara kedua pasukan memuncak hingga melibatkan serangan fizikal seperti tumbukan, sepakan dan melontar objek.
Seorang pemain cedera di kepala ketika pergelutan yang memburukkan lagi keadaan ketika itu.
Timbalan Ketua Polis Labuan Robin@Ridzuan Ismail mengesahkan kejadian itu dan pihak polis telah mengambil tindakan pantas.
"Kita telah menyaksikan rakaman video berdurasi 22 saat yang menunjukan pergaduhan itu dan individu terlibat dalam pergaduhan tersebut ditahan pada hari yang sama. Mereka direman tiga hari untuk siasatan lanjut," katanya kepada Bernama hari ini.
Menurutnya polis meminta saksi pergaduhan agar tampil bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
--BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2023
![Perlawanan futsal dicemari pergaduhan, 18 ditahan di Labuan Perlawanan futsal dicemari pergaduhan, 18 ditahan di Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684490629_HANDCUFF.jpg)
18 individu berusia antara 17 dan 32 tahun ditahan polis Labuan. - Gambar hiasan
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 7 Julai 2024.
Enam cedera hari pertama Festival Larian Lembu di Sepanyol
Meskipun ada yang cedera, acara tersebut sentiasa mendapat perhatian dan tahun ini, ratusan orang mengejar enam ekor lembu jantan di bandar itu.
10 Berita Pilihan - (07 Julai 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720367469_TBAnwarIbrahim.jpg)
PM Anwar seru NGO, gerakan belia tolak rasuah, salah guna kuasa
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan gerakan belia di negara ini supaya menyahut seruan kerajaan bagi menolak rasuah, salah guna kuasa dan penindasan.
Acara bola tampar atas air di Slovenia tarik perhatian
Pemain bola tampar dari pelbagai negara turun ke gelanggang terapung di Slovenia untuk bermain sukan mereka dalam persekitaran yang agak luar biasa.
Kawasan gunung Etna masih lagi tidak selamat
Letusan Gunung Etna dilaporkan masih lagi memuntahkan abu sehinggakan menjejaskan kawasan ruang udara yang kini dikaburi dengan asap hitam pada Ahad.
![Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153 Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719304919_TBisraelairstrike.jpg)
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 38,153
Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 38,153, kata Pihak Berkuasa Kesihatan Gaza dalam satu kenyataan pada Ahad.
Empat terbunuh serangan ketika parti hari lahir
Pemeriksaan di rumah itu mendapati tujuh mangsa yang mana empat daripadanya telah meninggal dunia.
Rafah kini dilitupi debu, runtuhan bangunan memenuhi bandar
Dulunya Rafah sibuk dengan urusan seharian penduduk namun kini ia umpama bandar hantu yang diliputi debu, sunyi hampir sepanjang masa.
![Perlawanan futsal dicemari pergaduhan, 18 ditahan di Labuan Perlawanan futsal dicemari pergaduhan, 18 ditahan di Labuan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/71684490629_HANDCUFF.jpg)
Perlawanan futsal dicemari pergaduhan, 18 ditahan di Labuan
Perlawanan futsal Liga Sukan Komuniti di Labuan semalam, kecoh apabila pemain dan penyokong kedua-dua pasukan terlibat dalam pergaduhan.