Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) hari ini memaklumkan telah mengesan dakwaan perlakuan kartel untuk menaikkan harga ais dan juga bekalan alat tulis.
Menurut MyCC, penelitian awal telah pun dibuat mengenai dakwaan tersebut dan ianya diambil berikutan pengumuman baru-baru ini melalui iklan di akhbar tempatan bertarikh 24 Disember 2013 tentang keputusan menaikkan harga ais tiub oleh beberapa pengeluar ais.
Perkara tersebut menyatakan bahawa mulai dari Januari 2014 harga ais tiub boleh dimakan dinaikkan sebanyak 50 sen setiap beg dan RM2.50 setiap blok ais.
Persekutuan Pertubuhan Penjual Alat Tulis dan Buku Malaysia juga telah mengumumkan kenaikan harga alat tulis berikutan kenyataan presiden persatuan tersebut seperti yang dilaporkan pada 27 Disember 2013 untuk menaikkan harga alat tulis pada suku pertama tahun 2014.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan juga telah menyeru MyCC untuk meneliti kemungkinan tingkah laku kartel oleh Persekutuan Pertubuhan Penjual Alat Tulis dan Buku Malaysia.
“Kenaikan harga bukanlah suatu perlakuan anti-persaingan tetapi jika kenaikan harga tersebut merupakan hasil daripada perjanjian untuk menetap harga oleh mana-mana persatuan atau kumpulan penjual, pembekal atau pengeluar, perlakuan tersebut dianggap pelanggaran Seksyen 4 Akta Persaingan 2010," kata Ketua Pegawai Eksekutif MyCC, Shila Dorai Raj.
Tambahnya lagi, MyCC telah memberikan mesej yang tegas kepada persatuan-persatuan dalam beberapa bulan yang lepas untuk menghentikan perlakuan pakatan sulit mahupun penetapan harga, tetapi tingkah laku persatuan-persatuan yang semakin berleluasa baru-baru ini telah memberi MyCC tiada pilihan tetapi mengambil langkah untuk menghentikan tingkah laku sedemikian.
Katanya, jika perusahaan ingin menaikkan harga oleh kerana faktor kos yang semakin meningkat, ianya patut dilakuan secara bebas serta tidak terikat kepada apa-apa perjanjian.
Menurutnya lagi, mana-mana persatuan atau kumpulan yang berpakat untuk menaikkan harga merupakan salah laku yang serius di sisi undang-undang dan penalti maksimum sebanyak 10% perolehan boleh dikenakan jika didapati melanggar akta tersebut.
Jelas Shila, meskipun MyCC tidak berperanan mengawal atau memantau kenaikan harga tetapi jika kenaikan harga tersebut merupakan hasil daripada perjanjian untuk menetap harga oleh mana-mana persatuan atau kumpulan penjual, pembekal atau pengeluar, perlakuan tersebut dianggap pelanggaran Seksyen 4 Akta Persaingan 2010.
Seksyen 4 Akta Persaingan 2010 melarang perusahaan, termasuk persatuan, dari menetapkan, secara langsung atau secara tidak langsung suatu harga belian atau jualan atau apa-apa syarat perdagangan yang lain untuk barang-barang dan perkhidmatan.
Astro Awani
Thu Jan 02 2014
MTL: Sistem amaran awal kurangkan risiko - TPM Zahid
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata sistem amaran awal dapat mengurangkan risiko bencana dengan memberitahu kumpulan berpotensi menghadapi banjir untuk berpindah lebih awal.
#AWANInews
#AWANInews
Selepas 14 tahun, kapal USS Abraham Lincoln kembali ke Malaysia
Kapal pengangkut pesawat kelas Nimitz, USS Abraham Lincoln berlabuh di Malaysia pada Sabtu untuk lawatan pelabuhan berjadual.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dan bekas Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
Keputusan ini dianggap sebagai satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman di Gaza.
SFC sahkan penemuan bangkai ikan paus di Triso
Sarawak Forestry Corporation (SFC) mengesahkan penemuan bangkai ikan paus berhampiran Jambatan Triso.
Liputan 5G capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk mencapai 82.1 peratus setakat akhir Oktober lalu.
2TM: Liputan 5G di kawasan berpenduduk capai 82.1 peratus
Capaian liputan 5G di kawasan berpenduduk negara kini mencapai 82.1 peratus setakat hujung Oktober lepas.
Polis tidak pernah henti siasat kes Faisal disimbah asid
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menegaskan polis tidak pernah menghentikan siasatan kes simbah asid membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim di sebuah pusat belah belah di Kota Damansara, dekat sini Mei lalu.
Hanya berbaki 1,000 topi keledar di kaunter JPJ pada hari kedua 2TM
Hanya 1,000 unit topi keledar lagi yang berbaki untuk hari kedua Program Dua Tahun Kerajaan MADANI (2TM).
"Bila saya kata saya tak ambil gaji, kena sindir.." - PM Anwar
"Kita tak ambil gaji. Elaun Parlimen kita ambil, Azizah pun ada elaun Parlimen. Jadi campur-campur okaylah," kata Perdana Menteri mengenai sindiran pendirian beliau tidak mengambil gaji.
#AWANInews
#AWANInews
Masters China: Pang Ron-Su Yin mara final, bakal bertemu pilihan pertama
Bregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, kini tiba di pentas final Masters China susulan kemenangan yang dilakar dalam aksi separuh akhir.
New York alami salji lebat lebih 1.5 meter
Wilayah ini telah menerima 30 hingga 91sm salji dalam beberapa hari kebelakangan ini.
Ais cair mendadak di Antartika, penyelidik 'panik'
Antartika boleh hilang ais sepenuhnya dan ia bakal disaksikan oleh generasi yang akan datang.
'Iceberg' terbesar dunia, separuh saiz negeri Kedah kini hanyut di lautan
Terbaru, sebuah bongkah ais terbesar di dunia - panjang 175 kilometer, lebar 25 kilometer - terpisah dari lokasi asalnya di Antartika.
MBI keluarkan surat amaran kepada peniaga ais tanpa lesen
Isu peniaga ikan itu menjual ais tanpa lesen menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan peniaga lain.
Berdiri dalam kotak dipenuhi ais, lelaki Austria ini cipta rekod baharu!
Josef Koeberl, 42, berjaya menahan diri dalam suhu sejuk itu selama dua jam, 30 minit dan 57 saat.
Fenomena aneh hamparan 'ais telur' di pantai Finland
Risto Mattila tidak menyangka kunjungannya ke kawasan pantai bersama isteri memberikan pengalaman dan anugerah luar biasa yang tidak pernah dialaminya.
Jalan dipenuhi ais di Oklahoma, kemalangan jalan raya meningkat
Keadaan cuaca yang sejuk melampau menyebabkan pemanduan menjadi sukar dan memaksa sekolah di sekitar bandar itu ditutup.
'Ada ais di sayap pesawat bawa Emiliano Sala' - Pakar penerbangan
Pesawat yang membawa bintang bola sepak Emiliano Sala mungkin telah terhenti di atas udara dan jatuh ke laut akibat pembentukan ais yang berlaku di kipas sayap pesawat, kata pakar penerbangan.
Pencairan ais di Greenland berlaku lebih pantas daripada yang dijangka
Peningkatan berterusan suhu purata global menyumbang kepada pencairan tersebut sekali gus mempercepatkan kenaikan paras air laut dunia.
Ais Artik semakin pantas mencair, bakal cetus kerugian trilion dolar - Kajian
Ais Artik yang sedang mencair kini sedang mencairkan permafrost di bawah bangunan dan jalan raya dari Siberia ke Alaska, dan menaikkan paras laut di seluruh dunia dan menggangu suhu.