KUALA LUMPUR: Perkongsian data dan maklumat antara negara-negara serta agensi penguatkuasaan undang-undang berhubung kecenderungan jenayah siber adalah penting bagi meminimumkan ancaman siber.
Ketua Pegawai Kawal Selia Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) Zulkarnain Mohd Yasin berkata, ini kerana perkongsian data akan membolehkan pihak berkuasa menyekat modus operandi pelaku jenayah ini.
"Pengumpulan maklumat mengenai kecenderungan itu boleh dilakukan antara negara menerusi analisis kes, atau memerhati aktiviti yang mencurigakan di alam siber yang sering berubah dari semasa ke semasa," katanya semasa berucap di Forum Keselamatan Siber Asean di persidangan Cyber Defence and Security Exhibition and Conference (CYDES) 2021, berlangsung secara maya hari ini.
Sehubungan itu katanya, kolaborasi antara negara-negara perlu diperkukuhkan bagi mengatasi isu batasan data dan maklumat yang ada bagi analisis kecenderungan itu.
Beliau berkata negara-negara yang terlibat dalam kolaborasi perlu menyekat perkara-perkara yang berkaitan dengan isu kecenderungan jenayah serta bersifat ancaman yang tidak diduga.
Sementara itu, Zulkarnain berkata, setiap negara berhadapan dengan cabaran dalam mencegah jenayah siber kerana setiap mereka mempunyai undang-undang yang tidak terpakai oleh negara lain.
Beliau berkata, perkara itu perlu diselesaikan bagi membantu penguatkuasaan undang-undang dalam kalangan negara-negara, terutama yang melibatkan jenayah rentas sempadan, yang dikenali sebagai jenayah siber.
Persidangan sulung CYDES 2021 dengan tema 'Embedding Resilience Within Our Cyberspace' itu dianjurkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Agensi Keselamatan Siber Negara (NASCA).
Kira-kira 80 pempamer dan 2,500 pelawat perdagangan daripada 12 negara mengambil bahagian dalam CYDES 2021 dari 28 hingga 30 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 29 2021

Perkongsian data akan membolehkan pihak berkuasa menyekat modus operandi pelaku jenayah ini. - Gambar hiasan
Sumbangan PMX: lelaki perlu implan tempurung kepala terima sumbangan PM
Seorang lelaki yang tular menjual daging salai bagi mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan memasang implan tempurung kepala, mendapat perhatian Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyalurkan sumbangan RM15,000 kepadanya.

Perak FC hajat sekat JDT di SSI minggu depan
Bagaimanapun, Yusri berkata, ia bukan tugas mudah lebih-lebih lagi JDT baru sahaja mengecap kejayaan mara ke pusingan 16 ACLE.
Wajib dapatkan permit langkah tepat jamin keselamatan ruang udara negara
Tindakan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yang mewajibkan semua pengendali dron di negara ini untuk mendapatkan permit sebelum menerbangkan dron mereka merupakan tindakan tepat dalam memastikan keselamatan ruang udara negara terjamin.
MAVCOM: Syarikat penerbangan perlu bayar balik pelanggan jika lewat lebih 5 jam
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) sekali lagi menegaskan bahawa penumpang syarikat penerbangan mempunyai pilihan untuk mendapatkan kembali bayaran tiket mereka sekiranya penerbangan mereka terlewat lebih lima jam.
Pendigitalan kesihatan: KKM cadang perluas EMR ke 16 hospital, 300 klinik kesihatan tahun ini
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang memperluaskan sistem Rekod Perubatan Elektronik (EMR) ke 16 hospital dan 300 klinik kesihatan tahun ini.

Jangan terburu-buru jual tanah di Tanjung Embang - Menteri Sarawak
Harga tanah berhampiran lokasi itu berpotensi melonjak daripada 20 hingga 30 peratus.
Dewan rakyat: isu TVET, projek tembatan banjir, kewangan KWSP tumpuan hari ini
Langkah kerajaan untuk menarik minat golongan muda terhadap Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), projek tebatan banjir dan isu berkaitan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), menjadi antara tumpuan perbincangan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
Singapura tangguh hukuman mati warga Malaysia, Pannir Selvam
Mahkamah Singapura pada Rabu membenarkan hukuman mati terhadap banduan warga Malaysia, Pannir Selvam Pranthaman ditangguhkan, hanya beberapa jam sebelum hukuman itu dijadualkan dilaksanakan. #AWANInews
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

2 daripada 5 kanak-kanak di negara ini berkomunikasi dengan orang tidak dikenali - UNICEF
Dua daripada lima kanak-kanak di negara ini didapati pernah berkongsi maklumat peribadi mereka termasuk gambar tidak senonoh dengan orang tidak dikenali secara dalam talian.

Undang-undang keselamatan siber perlu tangani penipuan pembelian data
Undang-undang siber Malaysia, terutamanya undang-undang keselamatan siber perlu mempunyai proses dan peraturan yang lebih jelas untuk menjejak pembelian dan urus niaga dalam Bitcoin.

Kanak-kanak Malaysia mula cenderung layari laman web jenayah - Kajian
Hasil kaji selidik program Cybersafe Malaysia menunjukkan kanak-kanak di negara ini beralih kepada laman web yang mempunyai unsur jenayah ketika melayari internet.

Pendidikan kewarganegaraan digital penting dalam sistem pendidikan
Ia perlu bagi menangani dan mengekang isu sosial di ruang siber, kata seorang ahli akademik.