Kementerian Pertahanan setakat ini tidak berhasrat menamatkan perkhidmatan pesawat Hawk 108.
Menterinya Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, kementerian tidak boleh menghentikan perhidmatannya hanya kerana tragedi yang berlaku pada Khamis memandangkan siasatan terperinci ke atas insiden tersebut masih berjalan.
"Kita perlu tunggu laporan siasatan ke atas pesawat itu secara terperinci dan ia sedang dilakukan. Buat masa ini, perkhidmatan pesawat tersebut akan terus digunakan dalam TUDM. Jenis pesawat Hawk masih lagi digunakan oleh kebanyakan negara lain.
"Kita tidak boleh hanya kerana satu kes, kita (mengambil keputusan) menghentikannya. Saya difahamkan, pesawat yang digunakan semalam baru sahaja menjalani penyelenggaraan dan telah melakukan dua penerbangan," ujar beliau.
Tambah Hishammuddin, apa yang penting ketika ini adalah untuk menjaga kebajikan keluarga kedua-dua juruterbang tersebut dan nasib mereka terbela.
Hishammuddin ditemui pada majlis penyampaian sumbangan Hari Raya Aidilfitri 2017 kepada angkatan tentera yang turut dihadiri oleh Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri (BAKTI), Datin Seri Rosmah Mansor.
Raja Hisyam Raja Zaid
Fri Jun 16 2017
HISHAMMUDDIN: Kita perlu tunggu laporan siasatan ke atas pesawat itu secara terperinci.
Indonesia kecewakan China, raih kejuaraan badminton berpasukan campuran remaja dunia
Indonesia menewaskan China untuk muncul Juara Badminton Berpasukan Campuran Remaja Dunia dengan kemenangan 110-103 (mata terkumpul).
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Ketiga-tiga mangsa lelaki itu masing-masing berusia 24, 26 dan 32 tahun terkandas dengan anggaran ketinggian dua tingkat.
Hulu Perak daerah terbaharu dilanda banjir kilat
Banjir kilat berlaku disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam di sekitar Gerik.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
eWarga Emas bentuk sistem penyampaian perkhidmatan berkesan, bersepadu - Noraini
Portal sistem warga emas (eWarga Emas) dibangunkan bagi membentuk sistem penyampaian perkhidmatan warga emas yang berkesan dan bersepadu.
MITRA lulus lebih RM95 juta untuk 11 program masyarakat India
Kesemua program yang dalam pelaksanaan itu memberi tumpuan kepada usaha memperkasakan sosioekonomi komuniti India dalam negara.
Kestabilan sosiopolitik Sabah bolehkan agihan ekonomi saksama - Juhar
Smber daya, kekayaan alam semula jadi dan potensi ekonomi dalam masyarakat dapat dibahagi dengan cara memberi peluang sama kepada rakyat.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
Johor sasar jumlah ternakan cecah 200,000 ekor pada 2027
Johor menyasarkan jumlah ternakan di negeri ini mencapai hingga 200,000 ekor pada 2027 setelah berjaya mencapai jumlah pengeluaran ternakan sebanyak 152,000 ekor hingga bulan lepas.
Pesawat pejuang terhempas: TUDM jalankan siasatan terperinci
Leftenan Jeneral Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan berkata, siasatan juga akan menjurus kepada aspek teknikal ke atas nahas.
Pesawat Red Arrows terhempas, jurutera maut
Menurut Kementerian Pertahanan Britain dalam satu tweet, juruterbang pesawat itu selamat dan sedang menerima rawatan.
Radar TUDM rakam nahas pesawat Hawk 108 sehingga saat terhempas
Radar pengesan milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) merakam penuh tragedi nahas pesawat Hawk 108 M40-02 sehingga ke saat akhir ia terhempas.
Pesawat Hawk masih mampu jalankan tugas - Hishammuddin
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan, pesawat Hawk masih mampu menjalankan tugas-tugas yang dilaksanakan TUDM.
'Hasrat berhari raya di kampung bagai terlaksana, dia pulang buat selama-lamanya'
Menurut isteri Allahyarham Mejar Mohd Hasri, mereka sepatutnya pulang ke Jempol esok dan ini akan menjadi Aidilfitri pertama bersama anak mereka Nur Hafiya, 6 bulan.
Perkhidmatan pesawat Hawk akan diteruskan - Hishammuddin
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata kementerian tidak boleh menghentikan perhidmatannya hanya kerana tragedi yang berlaku pada Khamis.
Amaran pesawat TUDM terbang rendah
Beberapa pesawat pejuang, pengangkut dan helikopter akan membuat terbang lintas di ruang udara Lembah Klang sempena istiadat Penganugerahan Panji-panji Skuadron oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.