'Hasrat suami untuk pulang berhari raya di kampung halaman akhirnya terlaksana dan dia pulang buat selama-lamanya', kata isteri Allahyarham Mejar Mohd Hasri Zahari, Assyuhada Ahmad.
Menurut Assyuhada, mereka sepatutnya pulang ke Jempol esok dan ini akan menjadi Aidilfitri pertama bersama anak mereka Nur Hafiya, 6 bulan.
"Arwah teruja untuk beraya bersama keluarga ditambah dengan kehadiran bayi kami," katanya ketika ditemui selepas majlis pengebumian Mohd Hasri di Tanah Perkuburan Felda Lui Muda di sini, hari ini.
Bagaimanapun katanya, rancangan balik kampung kali ini sedikit berbeza kerana Allahyarham suaminya tidak meninggalkan pesan agar mengemas baju lebih awal walaupun itu adalah kebiasaan baginya.
"Kali ini dia hanya bagi tahu akan sampai ke Labuan 10 pagi hari ini dan akan pulang ke kampung esok.
"Kami akan kembali ke Labuan hari raya kedua tapi nampaknya memang arwah balik, tapi untuk selamanyalah," ujarnya sambil menahan sebak.
Sementara itu, ibu Allahyarham Mohd Hasri, Hatijah Abdul Hamid berkata, bagi memenuhi hasrat anaknya untuk pulang ke rumah, mereka memutuskan untuk membawa jenazahnya ke rumah terlebih dahulu sebelum dikebumikan.
"Kali terakhir dia hubungi makcik pada hari minggu untuk tanya tentang kain batik.
"Dia anak yang baik, tak pernah melawan. Dia nak balik esok, tapi dah tiba dia balik buat selama-lamanya," ujarnya.
Mohd Hasri merupakan anak ketiga daripada empat beradik dan anak lelaki tunggal dalam keluarga.
Menurut Hatijah, anaknya itu menyimpan cita-cita untuk menjadi juruterbang TUDM sejak dari bangku sekolah.
Mejar Mohd Hasri merupakan salah seorang juruterbang pesawat Hawk 108 yang terhempas di Chukai, Kemaman tengah hari semalam.
Seorang lagi juruterbang yang maut adalah Mejar Mohd. Yasmi Mohamed Yusof.
Astro Awani
Fri Jun 16 2017
Jenazah Mejar Mohd Hasri Zahari dibawa untuk diterbangkan ke Tanah Perkuburan Islam Felda Lui Muda, Jempol. - Bernama
Fasa akhir pembinaan kapal LCS pertama siap akhir tahun ini
Fasa akhir pembinaan kapal tempur pesisir (LCS) pertama akan disiapkan pada penghujung tahun ini, menurut Kementerian Pertahanan.
Pekerja bank ditipu, jadi 'orang suruhan' sindiket penipuan telefon
Seorang mangsa sindiket membuat laporan polis pada 28 Oktober lalu kerana ditipu hingga kerugian RM138,000.
Kajian New Zealand menunjukkan kesan buruk internet terhadap kanak-kanak 8 tahun
Kanak-kanak yang mengalami masalah tingkah laku atau memiliki lebih banyak peranti peribadi berisiko lebih tinggi terdedah kepada bahaya dalam talian.
Rasuah: Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara 30 bulan bekas polis
Bekas inspektor polis berusia 42 tahun itu akan memulakan hukuman penjara hari ini.
IPTA, IPTS diminta pastikan pelajar tidak laksana aktiviti luar ketika MTL
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku membabitkan pelajar.
Pantau Agenda Reformasi: Kedudukan semasa ekonomi Korea Selatan, dampak kepada Malaysia
Bagaimana boleh kita memahami kedudukan ekonomi Korea Selatan dan apa yang boleh kita belajar? Sejauh mana ia beri impak signifikan kepada rantau ini termasuk Malaysia?
Malaysia minta perolehan pesawat FA-50M dari Korea Selatan dipercepat - PM Anwar
Malaysia telah meminta perolehan 18 unit pesawat pejuang ringan FA-50M yang ditempah daripada syarikat pertahanan Korea Selatan dipercepatkan.
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
'Hasrat berhari raya di kampung bagai terlaksana, dia pulang buat selama-lamanya'
Menurut isteri Allahyarham Mejar Mohd Hasri, mereka sepatutnya pulang ke Jempol esok dan ini akan menjadi Aidilfitri pertama bersama anak mereka Nur Hafiya, 6 bulan.