ALOR SETAR: Perkhidmatan feri bagi laluan Langkawi-Kuala Perlis-Langkawi pada 1 dan 2 Mac depan terpaksa dihentikan berikutan paras air laut di alur pelayaran Kuala Perlis dijangka berada di bawah paras 1.6 meter.
Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Venture Sdn Bhd Kapten Dr Baharin Baharom berkata keadaan paras air itu mungkin akan menyebabkan tidak selamat untuk dimasuki oleh feri.
"Penumpang dinasihatkan untuk menggunakan laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi pada 1 dan 2 Mac depan. Terdapat lima masa perjalanan dari Langkawi ke Kuala Kedah iaitu pada 7.30 pagi, 10 pagi, 1 tengah hari, 4 petang dan 7 malam.
"Manakala bagi laluan Kuala Kedah ke Langkawi, masa perjalanan adalah pada 7 pagi, 10.30 pagi, 1 tengah hari, 4 petang dan 7 malam," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata semakan dan tempahan tiket secara dalam talian boleh dilakukan melalui aplikasi 'Cuti-Cuti Langkawi'.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Feb 13 2023
Penumpang feri dinasihatkan untuk menggunakan laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi pada 1 dan 2 Mac depan. - Gambar fail
PBB akan berusaha cari jalan berkomunikasi dengan Netanyahu
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan berusaha mencari jalan untuk berkomunikasi dengan Benjamin Netanyahu.
AWFF: Kemenangan filem 'Abang Adik' suburkan harapan tersenarai dalam Oscar
Ia menyuburkan harapan untuk melihat ia tersenarai dalam pencalonan lima terbaik di Anugerah Akademi atau Oscar ke-97 tahun depan.
Netanyahu sifatkan keputusan ICC sebagai antisemitik
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menyifatkan keputusan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran untuk menangkapnya atas dakwaan jenayah perang sebagai antisemitik.
COP29: Adakah capai persetujuaan?
Apabila Persidangan Perubahan Iklim (COP29) dimuktamadkan, adakah capai persetujuan mengenai dana kewangan iklim disalurkan kepada negara membangun?
Huawei lancar MatePad 12 X, jam pintar Huawei Watch D2
HUAWEI MatePad 12 X merupakan sebuah tablet yang menggabungkan produktiviti dan kreativiti dalam reka bentuk yang 'ultra-stylish'.
Ringgit ditutup rendah selepas kenaikan selama tiga hari
Ringgit mengakhiri urus niaga Jumaat dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat kenaikan selama tiga hari berturut-turut, sebelum ini.
Dua beranak mengaku tidak bersalah tipu pelaburan durian
Dua beranak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menipu seorang lelaki dalam urusan pelaburan perniagaan durian di Singapura, tahun lalu.
Bachok jajahan pertama Kelantan dilanda banjir, sebuah PPS dibuka
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan yang dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu lepas, dan sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka.
SPRM masih siasat isteri dan keluarga Daim
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjelaskan siasatan ke atas keluarga Allahyarham Tun Daim Zainuddin berhubung perolehan aset-aset di luar negara masih diteruskan.
[TERKINI] Bachok daerah pertama dilanda banjirm hujan berterusan sejak Rabu
Bachok menjadi daerah pertama di Kelantan dilanda banjir susulan hujan berterusan sejak Rabu dan sebuah PPS dibuka.
Perkhidmatan feri Langkawi-Kuala Perlis-Langkawi pada 1 & 2 Mac dihentikan
Kapten Baharin berkata, keadaan paras air itu mungkin akan menyebabkan tidak selamat untuk dimasuki oleh feri.