TAIPING: Rapid Bus Sdn Bhd anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang mengendalikan perkhidmatan bas Rapid Kamunting, di Perak, hari ini mengumumkan penamatan perkhidmatan berkenaan pada 15 Jun ini selepas beroperasi lebih lima tahun.
Menurut kenyataan Rapid Bus, langkah berkenaan diambil kerana kekangan dana dan permintaan rendah bagi perkhidmatan bas sejak awal perkhidmatannya.
Kenyataan itu menyebut memulakan operasi pada Mac 2016, Rapid Kamunting adalah satu inisiatif di bawah Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) oleh kerajaan melalui kerjasama dengan Lembaga Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA), Majlis Perbandaran Taiping (MPT) dan Prasarana.
Berdasarkan inisiatif berkenaan, Rapid Bus menyediakan perkhidmatan di tiga laluan iaitu Laluan 10 (Taiping Loop), Laluan 20 (Jejak Warisan Loop) dan Laluan 30 (Bukit Jana - Kg Boyan).
"'Rapid Kamunting diadakan sebagai usaha memangkinkan pertumbuhan ekonomi, kesalinghubungan dan kemudahan rakyat serta penduduk setempat.
"Sokongan dan dana daripada NCIA telah tamat pada Februari 2019. Selepas penamatan pemberian dana dan kontrak tersebut, pihak berkuasa tempatan dan kerajaan negeri tidak lagi menyatakan minat untuk meneruskan perkhidmatan Rapid Kamunting," menurut kenyataan itu.
Namun begitu, Rapid Bus telah meneruskan perkhidmatan atas komitmennya untuk menyediakan kemudahan pengangkutan awam walaupun terus mengalami kerugian.
"Seperti juga syarikat-syarikat pengangkutan awam lain, Rapid Kamunting tidak terkecuali daripada kesan impak COVID-19.
"Ini dapat dilihat melalui kemerosotan jumlah penumpang kepada 30 peratus sahaja. Rentetan daripada keadaan yang semakin meruncing tersebut operasi Rapid Kamunting berhadapan dengan cabaran yang getir untuk menampung kos pengoperasian," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu, Rapid Bus memohon maaf daripada pelanggan-pelanggan setia Rapid Kamunting di sekitar Taiping dan Kamunting kerana terpaksa mengundur diri kerana ia bukan keputusan mudah dan telah dibincangkan pada peringkat tertinggi bersama kesemua pemegang berkepentingan.
"Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk merakamkan ucapan terima kasih atas sokongan semua pelanggan kami dan juga atas sumbangan kakitangan Rapid Kamunting selama ini.
"Sebagai satu entiti pengoperasian, Rapid Bus menyedari akan tugasnya untuk menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam yang selamat, boleh dipercayai dan selesa kepada rakyat.
"Kami juga menyedari bahawa untuk memastikan sesuatu perkhidmatan disediakan itu adalah mapan dan lestari ia perlu menjanakan pendapatan mencukupi demi kesinambungan perkhidmatan," tambah kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 31 2021

Rapid Bas Sdn Bhd beroperasi di Taiping sejak 2016 membabitkan laluan Kamunting-Taiping. --fotoBERNAMA

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Polis Sri Lanka lancar pemeriksaan bas selepas beberapa siri kemalangan
Siasatan ke atas beberapa kemalangan bas yang serius mendedahkan pelbagai kecacatan mekanikal dan struktur pada kenderaan.

Diesel: Naikkan kuota munasabah demi kepentingan awam - Ahmad Zahid
Kata Ahmad Zahid, kenaikan sebanyak 4,000 liter berbanding kuota ketika ini itu dilihat munasabah dan sejajar keperluan penggunaan setiap bas.

12 terbunuh, 33 cedera kemalangan bas di Mesir
Media tempatan melaporkan, kemalangan itu melibatkan pelajar Universiti Galala yang terletak di bandar Galala.

Rapid KL sedia perkhidmatan 24 jam rel, laluan bas terpilih sempena Hari Kebangsaan
Perkhidmatan yang dipertingkat itu adalah sebagai inisiatif Prasarana dalam menyokong usaha kerajaan menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan.

Bas terjunam ke dalam cerun ragut 23 nyawa di Peru
Kemalangan itu berlaku di lebuh raya Los Libertadores di Ayacucho di selatan-tengah Andes.

Pesara tentera maut dilanggar lori menggelongsor
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menyalurkan maklumat berkenaan kepada pegawai penyiasat kes.

Ops Hari Raya: 42 bas dilarang beroperasi
Sebanyak 42 bas dikenakan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan atas pelbagai kesalahan peraturan teknikal menerusi Ops Hari Raya Aidilfitri 2024.

Kemalangan di lebuh raya ragut 12 nyawa di Jawa Barat
Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini.

Aidilfitri: Johor sedia 23 bas bawa pulang mahasiswa dari 11 IPT
Kerajaan negeri memperuntukkan RM100,000 menerusi inisiatif Program Jom Balik Raya Bas Percuma Mahasiswa Johor bermula 29 Mac hingga semalam.

32 maut, 60 cedera dalam nahas jalan raya di Mesir
Sekurang-kurangnya 32 maut manakala 60 lagi cedera dalam nahas jalan raya melibatkan beberapa kenderaan termasuk sebuah bas, di Cairo-Alexandria Mesir pada Sabtu.