PUTRAJAYA: Warga perkhidmatan awam perlu melaksanakan tanggungjawab dan terus bekerja bagi memastikan segala pengurusan serta pentadbiran kerajaan berjalan lancar seperti biasa, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman.
Beliau berkata perubahan landskap politik semasa tidak sewajarnya mempengaruhi perjalanan penyampaian sistem perkhidmatan awam.
Beliau berkata perkhidmatan awam merupakan jentera dalam sistem pentadbiran negara dan ia ditadbir urus bagi membolehkan dasar dan program negara berjalan dengan lancar.
"Semua penjawat awam adalah diingatkan supaya tidak terlibat dengan polemik politik semasa. Kita perlulah sentiasa berpegang kepada prinsip neutral dan tidak berpolitik.
"Kesetiaan penjawat awam adalah kepada Raja, negara dan kerajaan. Tidak kira sama ada bertugas di mana jua peringkat dan kedudukan, penjawat awam mesti memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Agong perkenan peletakan jawatan Muhyiddin, melantik beliau 'caretaker' PM
Sehubungan itu, Mohd Khairul Adib berkata semua ketua-ketua jabatan diarahkan untuk melaksanakan tugas selari dengan dasar semasa yang telah ditetapkan.
Ini bagi membolehkan semua perancangan di bawah dasar sedia ada seperti pelaksanaan projek pembangunan, perancangan program menangani pandemik COVID-19 dan program vaksinasi serta program pemulihan negara dapat dilaksanakan dengan lancar seperti yang telah ditetapkan, katanya.
"Berdasarkan situasi semasa, tatkala negara dalam usaha mencari kesepakatan politik, sebagai tunjang kepada struktur pentadbiran negara, penjawat awam akan memastikan keutuhan dan kelancaran sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan diteruskan dengan baik dan berkesan selari dengan ikrar "Berkhidmat Untuk Negara"," katanya.
Beliau berkata dalam keadaan negara dan rakyat terkesan dengan keadaan ekonomi dan kehidupan, penjawat awam mestilah tampil ke hadapan untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi meringankan beban negara dan rakyat.
"Kita yakin semua anggota perkhidmatan awam mampu untuk melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan baik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 16 2021
Mohd Khairul berkata perubahan landskap politik semasa tidak sewajarnya mempengaruhi perjalanan penyampaian sistem perkhidmatan awam. - Gambar fail
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Inflasi meningkat, ringgit lemah, rasionalisasi subsidi akan tingkatkan lagi inflasi?
Kupasan lanjut tetang impak peningkatan inflasi terhadap rakyat, ekonomi bersama Provost, Malaysia University of Science and Technology, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai.
Angka kematian akibat bencana alam di Brazil meningkat kepada 151
Dalam tempoh 24 jam lepas, bilangan mangsa yang meninggal dunia telah meningkat dari 149 ke 151 orang.
Prestasi Bursa Malaysia setakat 17 Mei 2024
Jumlah dagangan melonjak kepada 6,332 lot daripada 3,684 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka menokok kepada 49,699 kontrak berbanding 47,476 kontrak sebelumnya.
Prestasi ringgit setakat 17 Mei 2024
Indeks Harga Pengguna AS yang diumumkan semalam menunjukkan inflasi negara itu mereda kepada 3.4 peratus pada April daripada 3.5 peratus pada Mac.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data terbaharu itu terus menunjukkan trend penurunan inflasi.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata data terbaharu itu terus menunjukkan trend penurunan inflasi.
Cabaran penuhi citarasa jemaah dalam peraturan ketat Arab Saudi
Cabaran untuk menepati peraturan dan undang-undang kerajaan Arab Saudi yang lebih ketat berbanding di Malaysia antara kekangan utama buat petugas katering dalam operasi haji musim 1445M/2024 dalam menyediakan 2 juta pek makanan buat jemaah.
Inflasi 2023 meningkat 2.5%, restoran, hotel penyumbang utama
Ketua Perangkawan Malaysia berkata, peningkatan perlahan inflasi pada tahun 2023 ini adalah selari dengan penyusutan kebanyakan harga komoditi global, gangguan bekalan yang mereda, kawalan harga dan pemberian subsidi untuk barangan terpilih.
Ekonomi suku pertama 2024, atas atau bawah 4 peratus?
KDNK suku pertama dijangka 4.0 hingga 4.2 peratus, adakah ia mampu dicapai dan apakah faktor yang menjadi penyumbang utama suku tersebut. Kupasan lanjut bersama Pakar Ekonomi, MIDF Research, Muhammad Zafri Zulkeffeli.
Berita mahkamah perlu tepat, tidak tokok tambah - Peguam, wartawan
Wartawan perlu melaporkan berita yang tepat, tidak membuat tajuk sensasi dan mengelirukan, hanya untuk mendapat sambutan daripada pembaca.
Sudah tiba masanya jawatan TPM diberi kepada pemimpin Sabah, Sarawak - Penganalisis
Kepimpinan negara yang baharu diharap dapat melakukan pembaharuan dalam kepimpinan tertinggi dengan mempertimbangkan jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak.
GPS konsisten sokong pihak yang perjuang hak Sarawak - Penganalisis
Gabungan Parti Sarawak (GPS) memiliki 18 kerusi di Dewan Rakyat dan jumlah itu boleh menjadi penentu siapa yang memiliki majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.
Tinggalkan Istana Negara, Muhyiddin kembali ke kediaman peribadi
Kenderaan membawa Ahli Parlimen Pagoh itu memasuki perkarangan kediaman peribadi beliau sekitar pukul 1.09 tengah hari.
[LAPOR LANGSUNG] Agong perkenan peletakan jawatan Muhyiddin, lantik beliau PM 'caretaker'
YDP Agong Al-Sultan Abdullah memberi perkenan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan melantik beliau sebagai PM 'Caretaker'.