Tengku Zafrul akui tidak sempurna, harap babak politik hari ini jadi lembaran baharu
Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berharap babak politik yang berlaku pada hari ini akan menjadi satu lembaran baharu buat Malaysia.
Satu nafas baharu ke arah pentadbiran Malaysia yang lebih stabil, supaya tumpuan penuh dapat diberikan kepada usaha menangani cabaran pandemik COVID-19, katanya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kerajaan campuran boleh dibentuk jika tiada pihak ada majoriti - Penganalisis
Peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri membuka lebaran baharu kemelut politik negara, lebih-lebih lagi ketika belum ada mana-mana pihak yang dilihat mempunyai sokongan majoriti di Dewan Rakyat.
Menurut Penganalisis Politik Universiti Malaya, Profesor Madya Awang Azman Awang Pawi, beliau tidak menolak kemungkinan pembentukan kerajaan campuran wakil daripada semua parti politik.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Bersatu Johor, Perak kekal sokongan kepada kerajaan negeri
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor menyatakan pendirian terus kekal menyokong kerajaan negeri Perikatan Nasional (PN) Johor, yang dipimpin UMNO susulan pengumuman peletakan jawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dan jemaah menterinya.
Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Bersatu Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata sokongan itu kekal meliputi kesemua 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Susah senang kita bersama - Hadi Awang
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau akan terus bersama di waktu senang dan susah.
Menerusi perkongsian di Facebook, Abdul Hadi menjelaskan komitmennya itu masih sama seperti yang pernah disebutkan sebelum ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Bersatu Johor, Perak kekal sokongan kepada kerajaan negeri
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor menyatakan pendirian terus kekal menyokong kerajaan negeri Perikatan Nasional (PN) Johor, yang dipimpin UMNO susulan pengumuman peletakan jawatan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin dan jemaah menterinya.
Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Bersatu Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata sokongan itu kekal meliputi kesemua 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Rakyat marah kalau ahli politik paksa adakan PRU15
Jika tidak ada mana-mana ahli Dewan Rakyat yang mempunyai kepercayaan majoriti, YDPA tidak mempunyai sebarang pilihan melainkan membubarkan Parlimen dan membuka jalan ke arah pilihan raya.
Pengasas Pergerakan Rakyat Penyelamat Negara (RAPERA), Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos, berkata namun memandangkan negara menghadapi krisis kesihatan ekoran COVID-19, rakyat pasti akan marah kepada ahli politik jika mereka tidak dapat berkompromi dalam memilih seorang ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri yang akan diperkenan YDPA.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Antara Ismail Sabri, Anwar dan Shafie, siapa lebih berpeluang jadi PM?
Setelah Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan Perdana Menteri, siapa yang akan mengisi jawatan tersebut dan membentuk kerajaan terus menjadi tanda tanya.
Antara nama yang disebut-sebut, Presiden Parti Warisan (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, calon alternatif dari gabungan pembangkang selain Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Zahid nafi calonkan diri sebagai PM, cadang 'War Cabinet'
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau menamakan dirinya sebagai calon Perdana Menteri seperti dakwaan sesetengah pihak.
Dalam satu kenyataan, Zahid menjelaskan UMNO akan mencadangkan beberapa nama untuk mengetuai sebuah kerajaan baharu yang akan dibentuk susulan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Bersatu serah kepada Muhyiddin tentukan sokongan kepada Ismail Sabri sebagai calon PM
Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk membuat keputusan mengenai sokongan terhadap Datuk Seri Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri.
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Datuk Kamarudin Jaffar, berkata, mereka telah memberi mandat kepada presiden Bersatu itu untuk menentukan sokongan terhadap Naib Presiden UMNO berkenaan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pemimpin parti politik menghadap Agong esok
Semua pemimpin parti politik akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Selasa.
Memetik laporan Utusan Malaysia, perjumpaan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan perbincangan berhubung calon Perdana Menteri ke-9.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Amanah ajak Ahli Parlimen yang pernah bersama PH kembali
Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub mengajak semua Ahli Parlimen yang pernah bersama Pakatan Harapan (PH) agar kembali kepada gabungan tersebut.
"Pintu kasih sayang terbuka luas untuk kawan-kawan seperjuangan kembali semula bersama Pakatan Harapan. Mari kita bina semua rakyat dan negara. Rakyat menunggu jasa bakti kita," katanya menerusi akaun Twitternya, hari ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Harus lantik PM baharu secepat mungkin - Penganalisis
Pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri 'Caretaker' seakan dejavu buat rakyat Malaysia apabila sejarah Mac 2020 berulang kembali.
Menurut Penganalisis Politik Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Sivamurugan Pandian, tumbangnya kerajaan Perikatan Nasional (PN) disebabkan wujud percanggahan dalaman terutamanya berhubung agenda rakyat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Adakan undi percaya di Parlimen untuk tentukan calon PM baharu - PSB
Parti Sarawak Bersatu (PSB) menggesa agar persidangan Dewan Rakyat diadakan segera bagi menentukan calon perdana menteri baharu menerusi undi percaya.
Parti itu menyatakan pendiriannya dengan tegas bahawa pelantikan perdana menteri perlu mendapat sokongan majoriti ahli dewan.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Sudah tiba masanya jawatan TPM diberi kepada pemimpin Sabah, Sarawak - Penganalisis
Kepimpinan negara yang baharu diharap dapat melakukan pembaharuan dalam kepimpinan tertinggi dengan mempertimbangkan jawatan Timbalan Perdana Menteri diberikan kepada pemimpin dari Sabah dan Sarawak.
Menurut Penganalisis Ekonomi, Datuk Madeline Berma, sekiranya berjaya dilaksanakan, ia dilihat sebagai peluang baik untuk kedua-dua negeri ini membawa agenda pembangunan negeri.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pemimpin wanita Sarawak harap PM baharu laksana tanggungjawab dengan baik
Ahli Parlimen Batang Sadong, Datuk Seri Nancy Shukri berharap perdana menteri baharu nanti dapat menerajui pentadbiran Malaysia selain melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin atas kepercayaan meneraju Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Nancy berkata peluang itu membolehkannya bekerja rapat dengan Muhyiddin.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Tidak lagi bergelar Menteri, Zulkifli akan kembali tulis buku
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Zulkifli Mohamad Al-Bakri akan kembali menulis buku selepas tidak lagi menjadi menteri.
Beliau berkata selain menulis buku, beliau juga akan aktif di YouTube dan Twitter serta menyampaikan kuliah agama.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Penjawat awam terus beri khidmat berkualiti, berkesan untuk rakyat - Cuepacs
Penjawat awam akan terus memberi perkhidmatan berkualiti dan berkesan untuk rakyat serta negara bersandarkan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Mustafa Billah Shah.
Menurut presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Adnan Mat, penjawat awam akan kekal bebas tanpa dipengaruhi sebarang ideologi politik dalam meneruskan khidmat menjaga kesejahteraan negara secara menyeluruh di bawah payung institusi diraja.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Perkhidmatan awam tidak terkesan - KSN
Perkhidmatan awam tidak akan terkesan dengan situasi semasa negara, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Beliau berkata penjawat awam akan terus menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan berpegang teguh kepada ikrar Perkhidmatan Awam dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan negara.
BACA BERITA PENUH DI SINI
'Terima kasih atas kepercayaan, mohon maaf jika ada kesilapan' - Ka Siong
Datuk Seri Wee Ka Siong menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga Kementerian Pengangkutan (MOT) yang banyak membantunya sepanjang menjadi Menteri Pengangkutan sejak 11 Mac tahun lalu.
Ujarnya, beliau sudah melakukan yang terbaik untuk kementerian dan memohon maaf jika ada sebarang kekurangan sepanjang memikul tugas diamanahkan itu.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Tiada mesyuarat di ibu pejabat Bersatu, pimpinan Bersatu adakan perjumpaan di Publika
Mesyuarat tergempar Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu yang dijadual berlangsung di ibu pejabat parti itu di sini tidak berlangsung seperti yang dirancang selepas Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak menghadirinya.
Sebaliknya, kesemua pimpinan parti itu bergegas keluar daripada bangunan tersebut dan difahamkan menuju ke ibu pejabat Perikatan Nasional (PN) di Publika di sini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
GPS konsisten sokong pihak yang perjuang hak Sarawak - Penganalisis
Gabungan Parti Sarawak (GPS) dianggap sebagai king maker kerana memiliki 18 kerusi di Dewan Rakyat bagi menentukan siapa yang memiliki majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Awang Azman Awang Pawi bagaimanapun berkata, pendirian GPS sentiasa konsisten iaitu menyokong pemimpin yang memperjuangkan hak rakyat Sarawak dan pada masa sama mengharapkan pemimpin itu mampu menstabilkan kembali iklim politik negara.
BACA BERITA PENUH DI SINI
'Mohon maaf atas segala kekurangan saya' - Annuar Musa
Terima kasih Malaysia.”
Itu ucapan Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa yang turut memohon maaf atas segala kekurangannya sepanjang berkhidmat sebagai Menteri Wilayah Persekutan sebelum ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Kerajaan PN sudah lakukan yang terbaik - GPS
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) telah melakukan yang terbaik dalam menangani penularan COVID-19 di negara ini.
Sambil menghormati keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletak jawatan, Gabungan Parti Sarawak (GPS) berasa terkilan apabila Muhyiddin terpaksa berdepan tekanan 'politiking' yang menyebabkan Ahli Parlimen Pagoh itu mengambil keputusan berundur.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Sebagai Perdana Menteri Caretaker, peranan Muhyiddin berbeza, kuasa juga sangat terbatas
Sepanjang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Caretaker, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan akan tetap berpegang pada prinsip.
Selain itu, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, beliau hanya melakukan tugas berdasarkan nasihat Yang di-Pertuan Agong dan Peguam Negara sahaja.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Anwar sambut baik Muhyiddin letak jawatan, ucap terima kasih
Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan selaku Perdana Menteri disambut baik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ahli Parlimen Port Dickson itu menerusi hantarannya di Facebook berkata, keputusan itu akan membuka ruang untuk perubahan terhadap negara ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
GPS konsisten sokong pihak yang perjuang hak Sarawak - Penganalisis
Penganalisis politik, Profesor Madya Awang Azman Awang Pawi bagaimanapun berkata, pendirian GPS sentiasa konsisten iaitu menyokong pemimpin yang memperjuangkan hak rakyat Sarawak dan pada masa sama mengharapkan pemimpin itu mampu menstabilkan kembali iklim politik negara.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Ini curahan hati Muhyiddin, akhiri perjalanan di Perdana Putra
Bercakap semasa perjumpaan perpisahan bersama pegawai Pejabat Perdana Menteri pagi tadi, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, beliau dan seluruh anggota Kabinet di bawah pentadbirannya sedaya upaya melakukan yang terbaik demi kelangsungan hidup rakyat.
BERITA PENUH DI SINI
"Saya akan terus berbakti dalam apa juga kapasiti" - Hishammuddin
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berikrar akan terus berbakti dalam apa juga kapasitinya demi kebaikan rakyat dan negara.
Menurut beliau, memegang jawatan Menteri Kanan Luar Negara ketika seluruh dunia dilanda pandemik COVID-19 bukanlah satu perkara yang mudah.
BACA BERITA PENUH DI SINI
'Terima kasih, Rakyat Malaysia' - Muhyiddin
Ahli Parlimen Pakatan Harapan perlu kembali bersatu - Mat Sabu
Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu menyeru kepada semua Ahli Parlimen yang memenangi Pilihan Raya Umum lalu atas tiket Pakatan Harapan (PH) agar kembali bersatu di bawah parti itu agar mandat yang diberikan rakyat dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
BERITA PENUH DI SINI
'15 Ahli Parlimen UMNO tarik sokongan, saya telah hilang majoriti' - Muhyiddin
Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini memaklumkan tidak dapat menyambut rayuan rakyat Malaysia yang mahukan beliau meneruskan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana telah hilang kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.
Muhyiddin yang kini dilantik sebagai Perdana Menteri 'caretaker' berkata, susulan itu beliau telah mengambil keputusan meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh ahli Jemaah Menteri sebagaimana yang dikehendaki oleh Perlembagaan Persekutuan.
BERITA PENUH DI SINI
'Tiada noktah dalam perjuangan...' - H2O
'Program vaksinasi tidak boleh terganggu bagi capai imuniti kelompok' - Muhyiddin
Perdana Menteri Caretaker, Tan Sri Muhyiddin Yassin berharap Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) tidak terganggu susulan peletakan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada Isnin.
Jelasnya, Malaysia telah merekodkan jumlah vaksinasi harian antara tertinggi di dunia dan ia seharusnya dikekalkan.
BERITA PENUH DI SINI
PRU15 bukan pilihan terbaik - Agong
Pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bukan satu pilihan terbaik dalam menyelesaikan kemelut politik negara ketika ini.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, pelaksanaan PRU15 bukan jalan terbaik kerana faktor kemaslahatan dan keselamatan rakyat negara ini.
BACA ARTIKEL PENUH DI SINI
Agong perkenan peletakan jawatan, lantik Muhyiddin sebagai 'caretaker' PM - Istana Negara
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin menerusi kenyataan Istana Negara, susulan peletakan jawatan ini, Baginda berkenan supaya Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Muhyiddin meninggalkan kediamannya ke PMO
Muhyiddin Yassin dilihat meninggalkan kediamannya menuju ke Bangunan Perdana Putra di Putrajaya sekitar jam 2.30 petang tadi.
Astro AWANI mengikuti perkembangan terbaharu pada setiap masa.
Stay tuned!
It has been an honour and a privilege to serve our beloved country and her people - H2O
It has been an honour and a privilege to serve our beloved country and her people. May Allah SWT bless us all.
— Hishammuddin Hussein ?? (@HishammuddinH2O) August 16, 2021
Terima kasih, @Khairykj - Kian Ming
1) With the resignation of the current cabinet, I'd like to thank the services of the following Ministers. Firstly, thank you to @Khairykj for your efforts in the national vaccination program. Having been in the CITF meetings, I can attest to the challenge of the task.
— Ong Kian Ming ?? (@imokman) August 16, 2021
'Semoga Tuhan merahmati Malaysia' - KJ sahkan anggota Kabinet serah surat letak jawatan
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mengesahkan barisan Jemaah Kabinet telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini.
Khairy memaklumkan perkara tersebut menerusi kemas kini di Instagram Story sebentar tadi.
[BERITA PENUH DI SINI]
Kabinet telah menghantar surat letak jawatan kepada YDP Agong - KJ di pautan terbaharu IG peribadinya
'We stand tall and proud of you, Tan Sri President'
Muhyiddin sempat lambai ke arah media
[13.02] Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat melambai ke arah media selepas selesai mengadap YDP Agong di Istana Negara. Sama ada status beliau masih YAB atau sudah bertukar jadi YB, sama-sama kita nantikan perkembangan seterusnya. @501Awani pic.twitter.com/qrBFG2MgBs
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 16, 2021
Muhyiddin selesai menghadap Agong
Kenderaan membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat keluar dari pekarangan Istana Negara selepas beliau selesai menghadap YDP Agong.
Cari titik persamaan MKT, Ahli Parlimen: UMNO perlu ketepi kepentingan peribadi
Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Ahli-ahli Parlimen UMNO perlu mencari titik persamaan dan mengenepikan kepentingan peribadi dalam soal menentukan hala tuju negara.
Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Datuk Rizalman Mokhtar berkata keputusan secara muafakat penting yang akhirnya bukan sahaja menguntungkan parti, tetapi yang lebih penting menyelamatkan nasib rakyat.
BACA BERITA PENUH DI SINI
KPN meninggalkan Istana Negara
Sementara itu Ketua Polis Negara juga telah meninggalkan perkarangan Istana Negara. @501Awani pic.twitter.com/19LwFwUu0Y
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 16, 2021
Ketua Polis Negara meninggalkan Istana Negara
Kenderaan membawa Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani beredar dari Istana Negara jam 12.39 tengah hari pic.twitter.com/W47ERB5k5B
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 16, 2021
Pertemuan dijangka kurang 1 jam
Dijangka sesi pertemuan Perdana Menteri dan YDP Agong mengambil masa kurang satu jam. Apa apa pun terus dengan @501Awani untuk perkembangan lanjut. https://t.co/tIhYhNNB2C
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 16, 2021
Perdana Menteri tiba di Istana Negara
Kenderaan rasmi yang membawa Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara sekitar jam 12.20 tengah hari tadi.
Dari dalam kenderaan, Perdana Menteri melambai ke arah petugas media yang telah menanti sejak awal pagi tadi di pintu masuk utama Istana Negara.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Ismail Sabri meninggalkan Perdana Putra
Kenderaan dinaiki TPM @IsmailSabri60 keluar dari Perdana Putra pukul 12.25 tengah hari pic.twitter.com/vTa1ADoVC7
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 16, 2021
Muhyiddin tiba di Istana Negara
Kenderaan membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Istana Negara.
Kenderaan bawa PM masuk ke Istana Negara
Kenderaan yang dinaiki Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat memasuki Pintu 1, Istana Negara pada 12.23 tengah hari. pic.twitter.com/LobNulOeNn
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 16, 2021
Muhyiddin selesai mesyuarat, beredar ke Istana Negara
Selepas lebih tiga jam berada di pejabatnya, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat meninggalkan bangunan Perdana Putra sebentar tadi.
Muhyiddin dijadual menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara berhubung peletakan jawatannya.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Alhamdulillah. Selesai mesyuarat kabinet terakhir kerajaan PN pagi ini
Alhamdulillah. Selesai mesyuarat kabinet terakhir kerajaan PN pagi ini. YAB Perdana Menteri akan bergerak untuk mengadap YdPA. Tawakal kepada Allah selepas bertekad seusai mesyuarat. وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ ۖ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَي اللَّهِ
— Dr Khairuddin Takiri (@UstDrTakiri) August 16, 2021
Pembentukan 'kerajaan rakyat' boleh selesaikan krisis dan strategi keluar daripada pandemik
Pembentukan kerajaan berasaskan kepartian mungkin tidak mampu untuk menyelesaikan kemelut politik pada ketika ini.
Penganalisis Politik Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Mazlan Ali berpendapat, kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membentuk 'kerajaan rakyat' atau gabungan ahli politik rentas parti boleh mewujudkan solusi kepada permasalahan yang dihadapi negara pada ketika ini.
BACA BERITA PENUH DI SINI
15 Ahli Parlimen UMNO mungkin beri sokongan semula sekiranya calon PM daripada parti - Dr Jeniri
Langkah penarikan sokongan 15 Ahli Parlimen UMNO terhadap kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat sebagai strategi kumpulan itu untuk kembali dominan dan memegang jawatan penting kerajaan, termasuk jawatan nombor satu negara, Perdana Menteri.
Felo Kanan Majlis Profesor Negara Dr Jeniri Amir, berpandangan kesemua Ahli Parlimen yang bersama Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ini akan kembali menyokong Perikatan Nasional sekiranya calon Perdana Menteri datang dari kalangan ahli UMNO sendiri.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Pengamal media berkampung di hadapan Istana Negara
Sebilangan besar petugas media dari pelbagai agensi tempatan dan antarabangsa telah mula berkampung di hadapan pintu utama Istana Negara sejak awal pagi Isnin.
Hari ini, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembahkan surat peletakan jawatan beliau.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Selesai mesyuarat Kabinet terakhir kerajaan Perikatan Nasional pagi ini - Khairuddin
Pengerusi SPR beredar dari Istana Negara
Kenderaan membawa Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh dilihat keluar dari Pintu 2 Istana Negara pada 12 tengah hari. pic.twitter.com/in6rMA17EU
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 16, 2021
Kenderaan bawa Muhyiddin keluar dari Perdana Putra
Kenderaan dinaiki Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar dari bangunan Perdana Putra pukul 12 tengah hari pic.twitter.com/XTz0ZEOh27
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 16, 2021
Peguam Negara meninggalkan Istana Negara
[Terkini] Kenderaan membawa Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun meninggalkan Istana Negara pada 12 tengah hari. pic.twitter.com/ulseIFDdWa
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 16, 2021
Muhyiddin meninggalkan Perdana Putra
Muhyiddin beredar dari Perdana Putra
Mon Aug 16 2021Kenderaan membawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meninggalkan Perdana Putra dipercayai dalam perjalanan ke Istana Negara untuk menghadap YDP Agong.
Pada mulanya, pihak media menyangkakan sebuah kereta dan polis pengiring yang meninggalkan PMO lima minit sebelum itu dipercayai membawa PM Muhyiddin.
Sangkaan itu meleset semata-mata, apabila Muhyiddin keluar tidak lama sekitar jam 12 tengah hari tadi.
Peguam Negara meninggalkan Istana Negara
Mon Aug 16 2021Selepas kira-kira sejam, kenderaan rasmi membawa Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun dilihat meninggalkan perkarangan Istana Negara.
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 16, 2021Reaksi Dr Mazlan Ali berhubung isu politik semasa
Mon Aug 16 2021Kenderaan VIP keluar dari Perdana Putra
Mon Aug 16 2021Beberapa kenderaan membawa VIP dilihat keluar dari bangunan Perdana Putra.
Lebih sejam mesyuarat berlangsung
Mon Aug 16 2021[11.45AM] Sudah lebih satu jam mesyuarat khas kabinet berlangsung, namun belum ada sebarang pergerakan berlaku di pintu utama bangunan Perdana Putra.@501awani#AWANInews#PolitikMalaysia
— Najib Aroff AWANI (@NajibAroffAWANI) August 16, 2021'Ini bukan masanya berpolitik' - Abang Jo
Mon Aug 16 2021Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengulangi pendiriannya bahawa ketika ini bukan masanya untuk berpolitik.
Sebalikny, Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu berkata, apa yang harus dilakukan ialah terus memberikan fokus dengan usaha menangani pandemik COVID-19 yang ternyata memberi kesan teruk kepada rakyat dan sektor ekonomi.
BACA BERITA PENUH DI SINITimbalan KPN tiba di Istana Negara
Mon Aug 16 2021Kenderaan membawa Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mazlan Lazim tiba di Pintu 2 Istana Negara pada 11.28 pagi. pic.twitter.com/kviY3NgO59
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 16, 2021Kenderaan bawa Ketua Polis Negara tiba
Mon Aug 16 2021Kenderaan yang membawa Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani memasuki Pintu 1, Istana Negara pada 11.23 pagi
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 16, 2021
? Muammar pic.twitter.com/UVopYC58ocKPN tiba di Istana Negara
Mon Aug 16 2021[11.25AM] Kenderaan rasmi membawa Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dilihat memasuki perkarangan Istana Negara.@501awani#AWANInews#PolitikMalaysia pic.twitter.com/QKGgmwkU5b
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 16, 2021Kenderaan Peguam Negara memasuki Istana Negara
Mon Aug 16 2021Dua kenderaan yang salah satunya dipercayai membawa Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun memasuki Istana Negara melalui pintu 1 pada jam 10.47 pagi Isnin.
Kenderaan dengan lambang 'Peguam Negara' itu dilihat masuk ketika Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan masih berada di Putrajaya bagi mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet.
Kehadiran Idrus dipercayai sebagai penasihat dalam urusan peletakkan jawatan Muhyiddin berlandaskan Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanapun setakat ini masih belum ada sebarang pengesahan kepada media berhubung perkara tersebut.
Kira-kira 100 petugas media masih berkampung di perkarangan pintu 1 Istana Negara bagi menanti kehadiran Muhyiddin yang dijangka tiba pada jam 12 tengah hari. -Sinar Harian
Idrus Harun masuk ke Istana Negara
Mon Aug 16 2021Kenderaan membawa Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun memasuki Pintu Utama, Istana Negara pada 10.47 pagi
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 16, 2021
? Muammar pic.twitter.com/u7SAB6910oPeguam Negara tiba di Istana Negara
Mon Aug 16 2021[Kemaskini] Kenderaan rasmi membawa Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun dilihat memasuki perkarangan Istana Negara. @501Awani#AWANINews#PolitikMalaysia pic.twitter.com/zXRDk8Vtff
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 16, 2021Suasana di Pintu 1 Istana Negara
Mon Aug 16 2021Suasana terkini di Pintu 1, Istana Negara yang dipenuhi pengamal media seawal 8 pagi tadi bagi menunggu ketibaan PM Tan Sri @MuhyiddinYassin.
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 16, 2021
Beliau dijangka menghadap Yang di-Pertuan Agong tengahari ini.
? Muammar pic.twitter.com/XzOEI9UdsfPH komited pilih Anwar
Mon Aug 16 2021Pakatan Harapan komited menamakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon pilihan mereka.
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 16, 2021
Namun jumlah sokongan yang diperolehi masih belum mencukupi. @501Awani#AWANINews#PolitikMalaysia pic.twitter.com/mcGO2a1SncNama Tengku Razaleigh juga antara yang disebut-sebut
Mon Aug 16 2021Selain itu, Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah juga disebut-sebut sebagai calon PM yang baharu.
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 16, 2021
Dikatakan hubungan baik dengan Institusi Diraja memberi x-factor.@501Awani#AWANINews#PolitikMalaysia pic.twitter.com/8wrr1Sjp1LMuhyiddin terus galas tanggungjawab?
Mon Aug 16 2021Selagi belum ada Perdana Menteri seterusnya, berkemungkinan besar Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menggalas tanggungjawab itu sementara waktu bagi memastikan pentadbiran masih berjalan.
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 16, 2021
Bagaimanapun ini adalah budi bicara YDP Agong.@501Awani#AWANINews#PolitikMalaysia pic.twitter.com/ZdLyLL92dxNama Ismail Sabri disebut-sebut
Mon Aug 16 2021TPM Datuk Seri Ismail SABRI Yaakob, yang juga Naib Presiden UMNO, disebut-sebut PM seterusnya.
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 16, 2021
Namun pemerhati berpendapat, Ia hanya akan berlaku jika Ahli Parlimen Bera itu mampu meyakinkan YDPA beliau mempunyai sokongan yang mencukupi.@501Awani#AWANINews#PolitikMalaysia pic.twitter.com/mDORjKZPlAPerkembangan dari Istana Negara
Mon Aug 16 2021Perkembangan semasa mesyuarat khas Kabinet
Mon Aug 16 2021Reaksi Dr Jeneri Amir berhubung perkembangan politik semasa
Mon Aug 16 2021Peguam Negara meninggalkan Perdana Putra
Mon Aug 16 2021Kenderaan membawa Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun meninggalkan bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada 10.24 pagi
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 16, 2021
? Norhayati Akhir pic.twitter.com/s3aQ18QtVNKPN meninggalkan Perdana Putra
Mon Aug 16 2021Kenderaan membawa Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani keluar meninggalkan bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada 10.11 pagi
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 16, 2021
? Norhayati pic.twitter.com/RojdbQhGPFRadzi Jidin tiba di Perdana Putra
Mon Aug 16 2021Lebih banyak kenderaan membawa Menteri Kabinet mula tiba di bangunan Perdana Putra antaranya kenderaan membawa Menteri Pendidikan @RadziJidin @501Awani pic.twitter.com/w3wWrJBLWX
— Najib Aroff AWANI (@NajibAroffAWANI) August 16, 2021Beberapa kenderaan menteri dilihat masuk ke Perdana Putra
Mon Aug 16 2021Beberapa kenderaan membawa menteri turut dilihat memasuki bangunan Perdana Putra di Putrajaya sejak 9.30 pagi tadi
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 16, 2021
? Mohd Ashraf pic.twitter.com/xDcztdSbEkPanglima Angkatan Tentera beredar dari Perdana Putra
Mon Aug 16 2021Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Affendi Buang meninggalkan bangunan Perdana Putra pukul 10.10 pg
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 16, 2021
? Mohd Ashraf pic.twitter.com/X4UvYY4lVVHamzah, Khairy tiba di Perdana Putra
Mon Aug 16 2021Turut kelihatan kereta membawa Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi @Khairykj
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 16, 2021
? Samantha pic.twitter.com/1dhH8vtoepIsmail Sabri tiba di Perdana Putra
Mon Aug 16 2021Kenderaan membawa TPM Datuk Seri @IsmailSabri60 tiba di bangunan Perdana Putra pukul 10 pagi bagi menghadiri mesyuarat khas Kabinet
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 16, 2021
? Samantha pic.twitter.com/ZHZ66wQBwYIsmail Sabri tiba di Perdana Putra
Mon Aug 16 2021Timbalan Perdana Menteri @IsmailSabri60 tiba di bangunan Perdana Putra. @501Awani pic.twitter.com/rvOrcV6FYn
— Najib Aroff AWANI (@NajibAroffAWANI) August 16, 2021Azmin tiba di bangunan Perdana Putra
Mon Aug 16 2021Datuk Seri @AzminAli tiba di bangunan Perdana Putra pukul 9.39 pagi bagi menghadiri mesyuarat khas Kabinet
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 16, 2021
? Samantha pic.twitter.com/YTbumuiaQtKetua Pesuruhjaya SPRM tiba di Istana Negara
Mon Aug 16 2021Kenderaan dipercayai membawa Pesuruhjaya SPRM Azam Baki dilihat memasuki Istana Negara.
Mustapa tiba di Perdana Putra
Mon Aug 16 2021Kenderaan membawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri @Mustapa_Mohamed memasuki bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada 9.52 pagi
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 16, 2021
? Norhayati pic.twitter.com/RRlUxP92D4Alexander Nanta Linggi tiba di Perdana Putra
Mon Aug 16 2021Kenderaan membawa Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri @AlexNantaLinggi tiba di bangunan Perdana Putra pukul 9.47 pagi
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 16, 2021
? Mohd Ashraf pic.twitter.com/UIZfBsxcGYTengku Zafrul tiba di Perdana Putra
Mon Aug 16 2021Kenderaan membawa Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri @tzafrul_aziz memasuki bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada 9.45 pagi
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 16, 2021
? Norhayati Mohd Akhir pic.twitter.com/ZyXnYUibDMKenderaan menteri masuk ke Perdana Putra
Mon Aug 16 2021Beberapa kenderaan menteri dilihat mula tiba di bangunan Perdana Putra bagi menghadiri mesyuarat kabinet. @501Awani pic.twitter.com/7j3Y8LgZBb
— Najib Aroff AWANI (@NajibAroffAWANI) August 16, 2021Ketibaan Menteri Kabinet
Mon Aug 16 2021Wartawan Astro AWANI di Putra Perdana melaporkan ketibaan menteri-menteri Kabinet di bangunan Perdana Putra difahamkan bagi menghadiri mesyuarat khas Kabinet jam 10 pagi ini.
Istana Negara kembali jadi tumpuan
Mon Aug 16 2021Pekarangan Pintu 1 Istana Negara pada Isnin menjadi tumpuan media sejak jam 8 pagi susulan suhu politik negara yang semakin panas.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka hadir menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berhubung status jawatannya sebagaimana yang disahkan oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof pada Ahad.
Ahli Parlimen Pagoh itu dilaporkan keluar dari kediamannya pada jam 7.45 pagi tadi.
Ketika ini Muhyiddin berada di Pejabat Perdana Menteri bagi mempengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet sebelum ke Istana Negara.
-Sinar HarianMuhyiddin tak pernah sebut letak jawatan
Mon Aug 16 2021Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah menyebut akan meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri sebaliknya mahu memperkukuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Datuk Mohamed Farid Mohamed Zawawi berkata, kerajaan di bawah kepimpinan Muhyiddin sudah melakukan yang terbaik untuk rakyat dan inginkan negara segera pulih daripada COVID-19.
BACA BERITA PENUH DI SINIPergerakan Muhyiddin jadi tumpuan
Mon Aug 16 2021Pergerakan Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menjadi tumpuan rakyat Malaysia khususnya petugas media susulan perkembangan politik semasa negara.
Perdana Menteri ketika dibawa keluar dari kediamannya di Bukit Damansara pada 7.42 pagi ini dilihat melambai ke arah media yang telah berada di sekitar kawasan itu sejak awal pagi.
Beliau kemudian tiba di bangunan Perdana Putra, Putrajaya pada 8.07 pagi, dijangka untuk menghadiri mesyuarat khas Kabinet.
Turut kelihatan tiba di bangunan itu, kenderaan-kenderaan membawa Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun.
-BERNAMA
Keadaan semasa di hadapan Istana Negara
Mon Aug 16 2021Keadaan semasa di hadapan Istana Negara. pic.twitter.com/erQthIvESx
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 16, 2021Media berkampung di pekarangan Istana Negara
Mon Aug 16 2021Petugas media berkampung di pekarangan pintu 1 Istana Negara, Kuala Lumpur bagi membawakan perkembangan terkini berhubung senario politik tanah air, hari ini. pic.twitter.com/D3TB4Ak3qI
— SinarOnline (@SinarOnline) August 16, 2021Peguam Negara tiba di Perdana Putra
Mon Aug 16 2021Kenderaan membawa Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun memasuki bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada 8.29 pagi ini
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 16, 2021
? Norhayati Mohd Akhir pic.twitter.com/FYWDb8sBa2Panglima Angkatan Tentera tiba di Perdana Putra
Mon Aug 16 2021Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Affendi Buang tiba di bangunan Perdana Putra. @501Awani pic.twitter.com/NxChQOxqPe
— Najib Aroff AWANI (@NajibAroffAWANI) August 16, 2021Muhyiddin melambai kepada media
Mon Aug 16 2021PM Tan Sri @MuhyiddinYassin melambai petugas media ketika tiba di Bangunan Perdana Putra pada 8.07 pagi ini, dijangka bagi menghadiri mesyuarat khas Kabinet
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 16, 2021
? Thivya pic.twitter.com/y2eLc8RNcXMuhyiddin dijangka pengerusikan mesyuarat Kabinet
Mon Aug 16 2021Muhyiddin dijangka mempengerusikan mesyuarat kabinet pada pukul 10 pagi sebelum dijangka menghadap YDP Agong, Al Sultan Abdullah. @501Awani
— Najib Aroff AWANI (@NajibAroffAWANI) August 16, 2021Ketua Polis Negara tiba di Perdana Putra
Mon Aug 16 2021Kenderaan membawa Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani memasuki bangunan Perdana Putra pukul 8.10 pagi ini
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 16, 2021
? Mohd Ashraf pic.twitter.com/xBNTaVA2WCMuhyiddin tiba di Perdana Putra
Mon Aug 16 2021Muhyiddin tiba di Perdana Putra
Mon Aug 16 2021Perdana Menteri @MuhyiddinYassin tiba di Pejabat Perdana Menteri di bangunan Perdana Putra pada pukul 8.06 pagi. @501Awani pic.twitter.com/JpnOZOmBn0
— Najib Aroff AWANI (@NajibAroffAWANI) August 16, 2021Muhyiddin tiba di Perdana Putra untuk mesyuarat khas Kabinet
Mon Aug 16 2021Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di Pejabat Perdana Menteri di bangunan Perdana Putra pada jam 8.06 pagi ini.
Beliau dijangka mempengerusikan mesyuarat Kabinet pada jam 10 pagi.
BACA BERITA PENUH DI SINI
Petugas media menanti ketibaan Muhyiddin
Mon Aug 16 2021Petugas media sedang menanti ketibaan Perdana Menteri @MuhyiddinYassin di hadapan Pejabat Perdana Menteri di bangunan Perdana Putra. @501Awani pic.twitter.com/zhSvKarpwD
— Najib Aroff AWANI (@NajibAroffAWANI) August 16, 2021Kenderaan PM keluar dari kediaman
Sun Aug 15 2021Kenderaan membawa PM Tan Sri @MuhyiddinYassin keluar dari kediamannya di Jalan Setia Bakti, Bukit Damansara pada pukul 7.42 pagi ini
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 15, 2021
? Lucia pic.twitter.com/ruCRC59SWkKenderaan Muhyiddin dilihat keluar dari kediaman
Sun Aug 15 2021Kenderaan milik Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat keluar daripada kediamannya pada jam 7.45 pagi hari ini.
Muhyiddin sempat melambai tangan kepada petugas-petugas media yang berkampung di sini sejak jam 6.30 pagi.
BACA BERITA PENUH DI SINIKenderaan pengiring polis tiba di kediaman PM
Sun Aug 15 2021Media & kenderaan pengiring polis mula kelihatan di perkarangan kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini, susulan laporan beliau akan bertemu dengan Yang di-Pertuan Agong hari ini berhubung kedudukannya selaku Perdana Menteri.
— BERNAMA (@bernamadotcom) August 15, 2021
? Lucia pic.twitter.com/hybuomcXCJPM pengerusikan Kabinet Khas sebelum menghadap Agong
Sun Aug 15 2021Media dimaklumkan Pengerusi SPR dan Peguam Negara akan mengadap YDP Agong terlebih dahulu. Unverified.
— Firdaus Azil (@FirdausAzil) August 15, 2021
PM pula dijadual mengadap pada pukul 12.30 pm. Unverified.
Beliau akan pengerusikan Kabinet Khas di Putrajaya dahulu. Verified.@501Awani#AWANINews#PolitikMalaysia pic.twitter.com/67MJvlAgWLMuhyiddin dijangka buat pengumuman khas hari ini
Sun Aug 15 2021Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka membuat satu pengumuman khas hari ini berkaitan kedudukannya selaku Perdana Menteri.
Pengumuman itu akan dibuat selepas beliau menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
BACA BERITA LANJUT DI SINIKrisis Politik: Apa jangkaan selepas ini?
Sun Aug 15 2021Siapa calon ganti jika PM letak jawatan?
Sun Aug 15 2021Apa akan jadi sekiranya Perdana Menteri letak jawatan? - Pensyarah
Sun Aug 15 2021Apa akan jadi sekiranya Perdana Menteri letak jawatan? - Penganalisis politik
Sun Aug 15 2021Situasi di Sabah jika Perdana Menteri letak jawatan? - Felo
Sun Aug 15 2021Luahan hati rakyat: Henti politik retorik, tumpu usaha bendung wabak
Sun Aug 15 2021Peletakan jawatan pemimpin negara bukan luar biasa
Sun Aug 15 2021Apa jadi pada perjuangan melawan COVID-19?
Sun Aug 15 2021Pemuda Pas tempelak sikap ahli politik sibuk kumpul SD
Sun Aug 15 2021Pemuda Pas Selangor menempelak sikap ahli politik yang sibuk mengumpul surat akuan bersumpah (SD) ketika barisan hadapan sedang bertungkus-lumus menangani pandemik COVID-19.
Ketua Pemuda Pas Selangor, Hanapi Zulkapli berkata, malah rakyat masih terbeban dengan pelbagai kesan pandemik dan sudah tentu keadaan semasa ini juga akan membawa gangguan kepada kestabilan politik negara.
BERITA PENUH DI SINISaya akan bekerja hingga ke garisan penamat - Annuar
Sun Aug 15 2021Saya akan terus bekerja sehingga ke garisan penamat, " kata Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa berkenaan ura-ura peletakan jawatan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka pada Isnin.
Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh berkata, beliau tidak dapat memastikan kesahihan perkara tersebut dan hanya mendengar isu itu melalui spekulasi yang bertebaran.
BERITA PENUH DI SINITerima apa jua keputusan esok, usah lagi bangkitkan soal keabsahan - Penganalisis
Sun Aug 15 2021Semua pihak terutamanya ahli politik harus menghormati setiap keputusan yang akan diputuskan esok terutamanya sekiranya ada nama dipilih bagi jawatan Perdana Menteri, menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya beliau memilih untuk meletakkan jawatan.
Penganalisis Politik, Prof Madya Sivamurugan Pandian berkata, keputusan itu juga memberi petanda wujudnya keabsahan kepada pemimpin yang dipilih esok dan sepatutnya tidak lagi dibangkitkan isu mengenainya.
BERITA PENUH DI SINIPertemuan pemimpin parti politik
Sun Aug 15 2021Mesyuarat tergempar: Hotel di ibu negara jadi tumpuan media
Sun Aug 15 2021Pengamal media mula tertumpu di perkarangan sebuah hotel di ibu negara petang ini selepas dilaporkan terdapat pertemuan pemimpin parti politik sedang berlangsung.
Pemerhatian Astro AWANI mendapati terdapat beberapa kenderaan dipercayai membawa pemimpin kanan politik memasuki kawasan tempat letak kenderaan hotel tersebut pada jam 4.15 petang.
BERITA PENUH DI SINISiapa calon ganti jika PM letak jawatan?
Sun Aug 15 2021Calon terbaik yang akan menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri perlu datang sama ada pemimpin kanan kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau individu dalam UMNO sendiri, kata Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia Prof Dr Ahmad Marthada Mohamed.
BERITA PENUH DI SINIMP UMNO dalam PN masih ada ruang dalam parti
Sun Aug 15 2021Bersatu akur perlembagaan, serah kepada Agong
Sun Aug 15 2021Ismail Sabri, Hamzah Zainudin hadir mesyuarat tergempar - Laporan
Sun Aug 15 2021Di sebalik desas-desus Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan esok, beberapa pemimpin kanan UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sedang mengadakan mesyuarat di sebuah hotel di ibu negara.
Beberapa media melaporkan, kelibat Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, yang juga Naib Presiden UMNO dilihat memasuki hotel berkenaan kira-kira pukul 2.45 petang.
BERITA PENUH DI SINIApa akan jadi sekiranya Perdana Menteri letak jawatan? - KITA
Sun Aug 15 2021Letak jawatan bukan perkara luar biasa, lapan negara telah lakukannya - Najib
Sun Aug 15 2021Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memaklumkan bahawa peletakan jawatan pemimpin negara setelah kehilangan keyakinan rakyat dan hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen bukan satu perkara luar biasa.
Sebaliknya kata Najib, perkara itu berlaku selepas berlaku kegagalan kerajaan dalam membendung COVID-19 seperti dilakukan oleh lapan negara sebelum ini.
BERITA PENUH DI SINICalon terbaik ganti PM perlu dari PN, UMNO - Penganalisis
Sun Aug 15 2021Calon terbaik yang akan menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri sekiranya beliau meletakkan jawatan perlu datang sama ada dari pemimpin kanan kerajaan Perikatan Nasional (PN) atau individu dalam UMNO sendiri.
Penganalisis Politik Universiti Utara Malaysia Prof Ahmad Marthada Mohamed berkata, ia tidak mustahil kerana nama-nama yang diketengahkan sebelum ini seperti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein atau Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob adalah dalam kalangan mereka yang berpengalaman.
BERITA PENUH DI SINI'Saya maafkan fitnah dan dakyah anda semua' - Zahid Hamidi
Sun Aug 15 2021Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menempelak tindakan pihak tertentu yang dikatakan melemparkan tuduhan ke atas beliau sebelum ini, sebaliknya kini menawarkan jajaran baharu bersama parti politik tertentu.
Menerusi entri terbaharu di laman Facebooknya pada Ahad, Zahid antara lain mempersoalkan tindakan tersebut yang disifatkannya sebagai satu pembohongan.
BERITA PENUH DI SINIAhli Parlimen UMNO dalam PN masih ada ruang dalam parti - Khaled Nordin
Sun Aug 15 2021Semua Ahli Parlimen UMNO di dalam Perikatan Nasional (PN) masih mempunyai ruang dalam parti itu meskipun keputusan yang diambil bertentangan dengan keputusan parti, kata Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Dalam muat naik di Facebook pada Ahad beliau turut mengakui keputusan UMNO menarik balik sokongan dan keluar dari PN memberi kesan kepada kerajaan dan keabsahan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
BERITA PENUH DI SINIKingmaker kerajaan baharu bergantung konfigurasi politik semasa - Penganalisis
Sun Aug 15 2021Apa akan jadi sekiranya PM letak jawatan?
Sun Aug 15 2021PM letak jawatan? Muhyiddin masih Pengerusi PN - Penganalisis
Sun Aug 15 2021Sekiranya Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan, beliau masih mempunyai peranan besar dalam rundingan pembentukan kerajaan kerana beliau masih merupakan Pengerusi Perikatan Nasional (PN).
Begitupun, penganalisis politik Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, sekiranya perkara itu terjadi, beberapa situasi dijangka berlaku, namun ia tidak akan terus kepada proses pertukaran kerajaan.
BERITA PENUH DI SINIApa akan jadi sekiranya PM letak jawatan? - Penganalisis politik
Sun Aug 15 2021MPT Bersatu selesai mesyuarat
Sun Aug 15 2021'Kingmaker' kerajaan baharu akan bergantung kepada konfigurasi politik semasa - Penganalisis
Sun Aug 15 2021'Kingmaker' (penentu) kerajaan baharu akan bergantung kepada perubahan sokongan sesebuah parti politik kepada seorang tokoh yang bakal dilantik menjadi Perdana Menteri nanti.
Bagaimanapun Pensyarah Kanan Politik Dan Hubungan Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani berpandangan, pada masa kini mungkin Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perikatan Nasional (PN) masih dikira dalam blok besar pemerintahan negara.
BERITA PENUH DI SINI
Muhyiddin akan letak jawatan esok?
Sun Aug 15 2021Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meletakkan jawatan esok?
Walaupun ini masih menjadi tanda tanya pemerhati politik negara, namun, laporan portal Malaysiakini memetik Ahli Majlis Pimpinan Bersatu, Datuk Seri Redzuan Yusof sebagai berkata 'peletakan jawatan Muhyiddin akan diumumkan pada Isnin'.
BERITA PENUH DI SINIApa akan berlaku jika PM Muhyiddin hilang majoriti?
Sun Aug 15 2021Kemelut politik negara ibarat tiada penghujung.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini menjelaskan tidak meletakkan jawatan kerana tiada seorang ahli Dewan Rakyat lain yang dapat membuktikan mempunyai majoriti yang mencukupi.
BERITA PENUH DI SINIMulakan babak baharu, elak berdendam - Anwar
Sat Aug 14 2021Kedudukan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin
Thu Aug 12 2021[INFOGRAFIK] Kedudukan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin (Setakat 12 Ogos 2021)
Thu Aug 12 2021[INFO GRAFIK] Kedudukan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin (Setakat 12 Ogos 2021)
BERITA PENUH DI SINI
Niaga AWANI
Berita niaga dan ekonomi dalam dan luar negara serta analisis dan temubual bersama tokoh-tokoh perniagaanAWANI Jr
AWANI Jr adalah satu platform yang kami sediakan untuk memberi ruang kepada pelajar-pelajar sekolah mengetengahkan hasil kreativiti untuk dikongsikan.Komuniti AWANI
Ada pelbagai cerita kemanusiaan dalam setiap komuniti, dan impaknya adalah besar. Saksikan cerita komuniti yang dihantar oleh anda, disampaikan oleh artis kesayangan tanahair.AWANI Sarawak
Laporan berita ringkas, padat komprehensif dari Negeri Bumi Kenyalang.Awani 7.45
Jarum jam bergerak terlalu pantas. Kerana pembinaan semula negara sedang gigih digerakkan, buletin utama Astro AWANI kini bersiaran seawal 7.45 malam. Jangan lupa janji temu anda dengan kami di Saluran 501 Awani!Agenda AWANI
Isu utama harian dan mingguan dikupas dengan mendalam oleh ahli panel.AWANI Pagi
Kupasan lebih mendalam beberapa tajuk beritaCerita Normal Baharu
Penularan COVID-19 memaksa semua pihak mengubah setiap aspek kehidupan dan operasi kepada normal baharu. Apa cabaran untuk setiap syarikat dan industri mengubah kebiasaan mereka secara drastik demi kelangsungan hidup?Consider This
There are multiple sides to the stories and issues of the day. Melisa and Sharaad speak to various experts and stakeholders to understand their perspectives – so you can consider all sides of the news.Notepad with Ibrahim Sani
Notepad examines what is hot in the world of business and technology. Ibrahim Sani attends global business and tech conferences like the CES, WWDC, WEF, and more, and reports directly from these locations to for you.Let's Talk
Sharaad Kuttan takes a deeper look at events packed in this half hour show for wider knowledge, greater understanding and better comprehension of the news that matter to you. He rocks!The Future is Female
Women with extraordinary stories share their experience with Melisa Idris, on The Future Is FemaleAWANI Review
Fronted by Cynthia Ng, AWANI Review is a series of in-depth conversations with industry captains and influential leaders shaping the future of business.AWANI Byte
AWANI Byte merupakan laporan ringkas berkaitan isu-isu semasa yang sesuai ditonton di pelbagai platform. Laporan dalam tempoh 1 hingga 3 minit ini memaparkan perkembangan terkini dalam dan luar negara.Undi Bootcamp
You're 18, you can vote: now what? Undi Bootcamp is a one-stop series for new voters (and those who just need a refresher). Join us as we find answers to real questions and put your favourite experts on the grill.KiniTV
Laporan berita dalam dan luar negara berbahasa Inggeris terbitan KiniTV Sdn BhdMenang Saham
Menang Saham Bersama DDNK berkongsi tips mudah untuk orang menyertai saham serta analisis terkini berkaitan pasaran saham Malaysia dan Dunia.Kamek Anak Sarawak
A series of exclusive interviews with the Sarawak State Government Senior Officials to feature the development and success stories of Sarawak State.Lan Berdagang
Sharing the success of SME-Small and Medium Entrepreneurs in Sarawak. Contents related to market form, career opportunities, assistance and supportHealth Matters
Explore the wonderful world that is the human body. Dishen Kumar speaks to physicians, clinicians, researchers, patients and more, as we explore our pursuit to be healthyBual Bola
Perbincangan bola sepak dari analisis perlawanan mingguan BPL hingga ke perkongsian liga fantasi pilihan anda.Week Ahead
Week Ahead brings you the latest of what’s coming so you can stay on top of things.Fokus Minggu Depan
FokusMingguDepan - Melengkapi setiap sudut pemberitaan dengan liputan apa yang akan terjadi dalam dan luar negara.Agenda AWANI Asia
Agenda AWANI Asia dengan kerjasama China Radio International membincangkan masa depan Asia serta impak terhadap perkembangan teknologi, ekonomi, pertanian, pendidikan dan pembangunan.AWANI Global
AWANI Global dihoskan oleh Rizal Zulkapli, meneroka isu-isu Antarabangsa dan kesannya kepada Malaysia Baharu.AWANI Tonight
AWANI Tonight is Astro AWANI’s signature English News programme featuring facts, insights, and bite-sized analyses behind major headlines of the day in 15 minutes.