PUTRAJAYA: Penjawat awam tekad melaksanakan agenda pembangunan negara dengan memberikan perkhidmatan terbaik dan berintegriti untuk negara sebagai melunaskan kepercayaan yang diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap perkhidmatan awam.
Berkongsi aspirasi perkhidmatan awam sempena setahun Kerajaan Perpaduan, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Zulkapli Mohamed berkata, penjawat awam perlu melaksanakan setiap tugas diberikan dengan sepenuh hati kerana Perdana Menteri amat komited menaikkan nama negara.
"Kita sebagai penjawat awam beri perkhidmatan 100 peratus dan itu sangat jelas. Saya rasakan Perdana Menteri seorang pemimpin yang mahu bawa negara ke tahap lebih baik," katanya dalam pertemuan dengan Bernama baru-baru ini.
Beliau berkata, Perdana Menteri amat menekankan kebajikan warga perkhidmatan awam melalui arahan kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA), peningkatan prasarana dan pembangunan infra.
"Perdana Menteri ini kita lihat beliau bukan sahaja tingkat kebajikan rakyat biasa tetapi penjawat awam juga dan ia terserlah dari segi pemberian untuk meningkatkan prasarana dan tempat tempat tinggal," katanya
Zulkapli berkata, fokus Perdana Menteri supaya penjawat awam muda diberikan latihan dalam bidang baharu seperti kecerdasan buatan (AI) membuktikan kerajaan pimpinannya ingin menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai banyak bakat besar.
"Jadi kita perlu sama-sama meraikan hasrat Perdana Menteri untuk melahirkan masyarakat berpengetahuan dan seterusnya jadikan Malaysia sebuah negara talent pool," katanya.
Beliau berkata, konsep MADANI perlu dihayati dan ditekankan dalam perkhidmatan awam bagi melahirkan penjawat awam yang berakhlak dan berintegriti.
Pada 7 Nov lepas, Anwar berkata, kerajaan akan menyalurkan peruntukan antara RM30 juta dan RM40 juta bagi melatih penjawat awam muda dalam bidang khusus serta baharu seperti AI dan peralihan tenaga, dan latihan itu dilihat sebagai keperluan mendesak kerana negara amat bergantung kepada konsultan luar yang menelan kos tinggi.
Terdahulu pada 19 Jan, Anwar memperkenalkan Malaysia MADANI sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia. MADANI itu diacu berteraskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan. - BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023
![Perkhidmatan awam tekad lunas kepercayaan PM Anwar Perkhidmatan awam tekad lunas kepercayaan PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699597972_ZulkapliMohamed.jpg)
Datuk Seri Zulkapli Mohamed berkata, penjawat awam perlu melaksanakan setiap tugas diberikan dengan sepenuh hati kerana Perdana Menteri amat komited menaikkan nama negara.
PDRM kutip lebih RM1 juta diskaun saman
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pahang Deputi superintanden Ahmad Ridha Hariri berkata jumlah itu ialah hasil bayaran yang diterima daripada 2,000 pengunjung yang mendapatkan tawaran diskaun 50 peratus daripada PDRM.
AWANI Ringkas: Tuntutan RM100 juta tidak berasas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Borneo [07/07/2024] - Tiada kemalangan jiwa | PRN Sabah | Maal Hijrah 2024
Awani Borneo 7 Julai 2024 bersama Jasmine Abu Bakar;
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
1. Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
2. Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shadie Apdal
3. Yang di-Pertuan Agong gesa kerajaan tingkat kuatkuasa kandungan ajaran sesat
![Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720350574_ExistsUngu.jpg)
Exists, Ungu ‘berentap’ di pentas konsert pada 14 Julai ini
Bakal berlangsung selama 3 jam setengah ini, konsert ini akan dipenuhi dengan lagu-lagu hit daripada dua buah kumpulan ini.
Urus tadbir perlu bersifat telus, ambil kira cabaran rakyat
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg mahu urus tadbir wilayah itu sentiasa mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh manusia sejagat.
Pendekatan agresif noktahkan miskin tegar di Sabah
Kerajaan Negeri Sabah terus mengambil pendekatan bersifat agresif bagi menoktahkan isu miskin tegar di Sabah.
Graduan Iban pertama Universiti Al-Azhar penerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak 1446H
Graduan Iban pertama yang melanjutkan pengajian ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir antara 14 penerima yang menerima Anugerah Ma’al Hijrah Sarawak pada Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah Peringkat Sarawak Tahun 1446H/2024M di Hikmah Exchange Event Centre, Kuching hari ini.
![Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51720347946_Badminton.jpg)
Remaja Asia: Khai Xing-Aaron gagal akhiri kemarau tujuh tahun Malaysia
Beregu lelaki negara Kang Khai Xing-Aaron Tai gagal mengakhiri kemarau kejuaraan selama tujuh tahun Malaysia di Kejohanan Badminton Remaja Asia.
Sabah tidak perlu parti luar, perkukuh blok Borneo - Shafie
Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Shafie Apdal memberitahu parti berasal dari Sarawak tidak perlu memasuki Sabah untuk mengukuhkan kerjasama blok borneo.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Kundasang
Dua buah rumah jenis separuh kekal musnah dalam kebakaran di Kampung Lembai Permai, Kundasang pada Ahad.
![PM luang masa tonton filem Sheriff Narko Integriti PM luang masa tonton filem Sheriff Narko Integriti](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61718203078_TBANWARSHERIF.jpg)
PM luang masa tonton filem Sheriff Narko Integriti
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim malam ini meluangkan masa untuk menonton filem Sheriff Narko Integriti di sini.
![Cadangan wujudkan semula Tribunal Penjawat Awam, perlu dibincang dengan KPPA dan KSN - Fahmi Cadangan wujudkan semula Tribunal Penjawat Awam, perlu dibincang dengan KPPA dan KSN - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/71707033695_FahmiFadzil.jpg)
Cadangan wujudkan semula Tribunal Penjawat Awam, perlu dibincang dengan KPPA dan KSN - Fahmi
Fahmi Fadzil berkata sebarang perkara berkaitan perkhidmatan awam perlu dirujuk kepada kedua-dua pihak itu untuk diteliti.
![Sikap keterbukaan, minda digital jayakan Pelan Pendigitalan Negara - Gobind Sikap keterbukaan, minda digital jayakan Pelan Pendigitalan Negara - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-02/41707999535_GobindSinghDeo.jpg)
Sikap keterbukaan, minda digital jayakan Pelan Pendigitalan Negara - Gobind
Katanya, sikap itu dapat menggalakkan penjawat awam bergerak pantas, belajar melalui kesilapan dan meningkatkan kecekapan tugasan.
![Kuota 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan perlu dihapuskan - Nancy Kuota 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan perlu dihapuskan - Nancy](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705996018_TBnancyjpg.jpg)
Kuota 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan perlu dihapuskan - Nancy
Kira-kira 42 peratus wanita kini terlibat sebagai pembuat keputusan dalam sektor perkhidmatan awam.
![Lantikan kontrak perkhidmatan awam adalah sementara - JPA Lantikan kontrak perkhidmatan awam adalah sementara - JPA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61686806242_JPA.jpg)
Lantikan kontrak perkhidmatan awam adalah sementara - JPA
Peegawai yang dilantik menerusi lantikan kontrak (interim) akan dilantik secara tetap menerusi kaedah baharu di bawah sistem saraan perkhidmatan awam yang akan dimuktamadkan kelak.
![Devaki tokoh inspirasi kepada wanita India di Malaysia Devaki tokoh inspirasi kepada wanita India di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/51705788265_TBDevaki.jpg)
Devaki tokoh inspirasi kepada wanita India di Malaysia
Prabhakaran menekankan perjalanan luar biasa mendiang Devaki yang menentang arus dan meninggalkan jejak berkekalan dalam politik Malaysia.
![Henti buat tuduhan, kenyataan fitnah dakwaan siasatan terhadap KSN - PPTD Henti buat tuduhan, kenyataan fitnah dakwaan siasatan terhadap KSN - PPTD](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/71668950736_TBMohdZukiAli.jpg)
Henti buat tuduhan, kenyataan fitnah dakwaan siasatan terhadap KSN - PPTD
Semua pihak diminta supaya tidak membuat sebarang tuduhan dan mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas berhubung dakwaan fitnah terhadap Ketua Setiausaha Negara.
![Pemukiman Jemaah Menteri 2024 perkasa sinergi dengan kepimpinan perkhidmatan awam - KSN Pemukiman Jemaah Menteri 2024 perkasa sinergi dengan kepimpinan perkhidmatan awam - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81705628107_TBTanSriDatoSe.jpg)
Pemukiman Jemaah Menteri 2024 perkasa sinergi dengan kepimpinan perkhidmatan awam - KSN
Katanya, pelbagai strategi dan hala tuju baharu kerajaan bagi jangka masa pendek, sederhana dan panjang dirangka sepanjang sesi permukiman.
![Perkhidmatan awam tekad lunas kepercayaan PM Anwar Perkhidmatan awam tekad lunas kepercayaan PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699597972_ZulkapliMohamed.jpg)
Perkhidmatan awam tekad lunas kepercayaan PM Anwar
Penjawat awam perlu melaksanakan setiap tugas diberikan dengan sepenuh hati kerana Perdana Menteri amat komited menaikkan nama negara.
![DUN lulus Rang Undang-Undang Ombudsman Sarawak 2023 DUN lulus Rang Undang-Undang Ombudsman Sarawak 2023](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/71652870542_TBDUNBSWKjpg.jpg)
DUN lulus Rang Undang-Undang Ombudsman Sarawak 2023
DUN Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-undang Ombudsman Sarawak 2023, yang akan membenarkan orang ramai melaporkan salah tadbiran oleh agensi perkhidmatan awam negeri.