Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) berharap lebih ramai pekerja ekonomi gig mendapatkan perlindungan keselamatan sosial menerusi Program Dana Padanan Caruman Ekonomi Gig Platform (PenjanaGig) yang telah dibuka bermula semalam hingga 31 Dis 2021.
Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dalam kenyataan pada Selasa berkata ini kerana golongan itu terdedah kepada pelbagai risiko berkaitan pekerjaan sendiri.
Beliau berkata berdasarkan anggaran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), seramai 28,425 pekerja ekonomi gig telah berdaftar dengan Perkeso sejak 1 Jan lepas dan jumlah itu merupakan tujuh peratus daripada kira-kira 400,000 individu yang terlibat dalam ekonomi gig di negara ini.
Menerusi PenjanaGig, Mohammed Azman berkata pekerja gig mendapat perlindungan keselamatan sosial melalui Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pelan Dua dengan caruman RM232.80 secara percuma selama setahun.
"Kerajaan membiayai 70 peratus bayaran caruman manakala baki 30 peratus oleh platform penyedia perkhidmatan.
"Ini bermakna kerajaan menyumbang sebanyak RM163 daripada caruman setahun Pelan Dua SKSPS di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017, sementara platform penyedia perkhidmatan menyumbang RM69.80," jelasnya.
Katanya, antara syarat kelayakan untuk bantuan PenjanaGig adalah bekerja secara aktif di bawah platform penyedia ekonomi gig yang berdaftar dengan MDEC.
Platform penyedia perkhidmatan gig boleh mendaftar PenjanaGig melalui gig.perkeso.gov.my dan layari www.perkeso.gov.my untuk sebarang maklumat lanjut atau hubungi 1-300-22-8000 atau e-mel kepada perkeso@perkeso.gov.my.
Pekerja ekonomi gig merupakan golongan yang menjalankan sesuatu tugas atau kerja melalui platform penyedia perkhidmatan dalam talian atau aplikasi digital untuk mendapat upah seperti GrabCar, FoodPanda, Lalamove, BungkusIt dan sebagainya.
Antara sektor yang mewakili pekerja ekonomi gig adalah sektor pengangkutan penumpang e-hailing, pengangkutan makanan dan barangan serta perniagaan dalam talian.
Antara faedah yang disediakan SKSPS Perkeso adalah Faedah Perubatan, Faedah Hilang Upaya Sementara, Faedah Hilang Upaya Kekal, Elaun Layanan Sentiasa, Faedah Orang Tanggungan, Faedah Pengurusan Mayat, Kemudahan Pemulihan Jasmani atau Vokasional dan Faedah Pendidikan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 16 2020
![Perkeso harap lebih ramai pekerja ekonomi gig dapat perlindungan keselamatan sosial Perkeso harap lebih ramai pekerja ekonomi gig dapat perlindungan keselamatan sosial](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/41584757644_grabfood.jpg)
Antara sektor yang mewakili pekerja ekonomi gig adalah sektor pengangkutan penumpang e-hailing, pengangkutan makanan dan barangan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39 Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739723174_MarshaMilanAJL.jpg)
Hening Rindu nyanyian Marsha rangkul trofi AJL39
Marsha Milan Londoh merangkul trofi Juara Lagu apabila lagu Hening Rindu ciptaan Ikhwan Fatanna dan Wan Saleh dengan lirik dihasilkan Ikhwan Fatanna mengungguli Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37.
![Pemerkasa PLUS: Kerajaan perlu beri fokus golongan M40 selain B40 Pemerkasa PLUS: Kerajaan perlu beri fokus golongan M40 selain B40](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-12/71607923683_GrabFood.jpg)
Pemerkasa PLUS: Kerajaan perlu beri fokus golongan M40 selain B40
Kerajaan perlu memberi fokus kepada golongan M40 yang terkesan susulan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 yang dilaksanakan bermula Selasa.
![Industri penghantaran makanan dijangka meningkat sehingga RM1.59 trilion pada 2024 Industri penghantaran makanan dijangka meningkat sehingga RM1.59 trilion pada 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-08/51596707626_gigekonomi.jpg)
Industri penghantaran makanan dijangka meningkat sehingga RM1.59 trilion pada 2024
Industri penghantaran makanan di bawah ekonomi gig tersebut seharusnya bertunjangkan kepada konsep pendigitalan.