Kementerian Sumber Manusia telah mengarahkan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), untuk mencari jalan supaya pekerja yang bekerja bebas (freelancer), mendapat perlindungan sosial sekiranya mereka ditimpa bencana.
Menterinya Datuk Seri M. Saravanan berkata, perkara itu susulan trend pekerjaan yang lebih fleksibel, seperti perniagaan dalam talian dan penghantar makanan, menjadi pilihan kebanyakan generasi muda dalam era ekonomi 'gig' masa kini.
"Pendirian saya ialah tidak kira semua jenis pekerjaan, mereka mesti ada jaringan keselamatan, sama ada melalui majikan atau sendiri... saya telah minta Perkeso cari jalan untuk mereka juga (freelancer), dapat libatkan diri dalam pencaruman," katanya selepas ditemui dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV, malam tadi.
Sebelum ini hangat dibincangkan di media sosial mengenai keselamatan dan kesihatan golongan freelancer, yang nasib mereka tidak terbela sekiranya berlaku kemalangan, hingga menyebabkan kematian atau hilang upaya, sekali gus mereka hilang punca pendapatan.
BACA: Pasca PKP: Kerajaan perlu rangka polisi untuk persiapkan pekerja ekonomi gig
BACA: Pasca PKP: Tingkatkan tabungan, pelbagaikan sumber pendapatan - Dr Madeline
BACA: Menghargai pengorbanan pekerja B40 dan ekonomi gig melawan COVID-19
Dalam pada itu Saravanan berkata, kementerian itu sedang mengatur program khas untuk membantu pekerja yang hilang pekerjaan, seperti dalam sektor perhotelan, penerbangan dan pelancongan, supaya diberi peluang latihan dan skil yang relevan, dengan pekerjaan baharu mereka.
"Saya berpendapat generasi Malaysia hari ini selepas pasca COVID-19, mereka akan rebut apa sahaja peluang pekerjaan yang ada, asalkan nasib keluarga mereka dibela, jadi sebahagian sudah sedia melibatkan diri dalam sektor pekerjaan 3D.
"Namun kerajaan tidak akan membuat secara drastik, termasuk usaha mengurangkan kebergantungan pekerja asing, dan jawatan itu akan diisi pekerja tempatan secara berperingkat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 01 2020
Pekerja penghantar makanan kelihatan menguruskan tempahan makanan di Cyberjaya, 17 April, 2020. --fotoBERNAMA/Hiasan
India akan belanja US$1.2 bilion dalam tujuh tahun bagi kurangkan import minyak makan
Kerajaan India pada Khamis meluluskan inisiatif untuk meningkatkan minyak bijian domestik kepada 69.7 juta tan menjelang 2030-31.
Kementerian Pendidikan Tinggi minta IPT buat persediaan hadapi banjir
Beliau yakin IPT di kawasan sering terjejas banjir seperti di pantai timur mempunyai keupayaan terbaik untuk berbuat demikian.
Lebih 16,000 anggota JBPM dalam mod siap siaga hadapi banjir lebih awal
Perbezaan pada trend taburan hujan lebat tahun ini menyebabkan bomba terpaksa meletakkan semua anggota dalam mod berjaga-jaga lebih awal.
Shamsul Iskandar dakwa kesepakatan parti dalam PN kian longgar
Shamsul Iskandar berkata, perpecahan dalaman PN itu dapat diukur melalui prestasi mereka pada PRK DUN Nenggiri dan DUN Mahkota.
Suruhanjaya Eropah saman Hungary atas dakwaan pelanggaran hak asasi
Budapest gagal hilangkan kebimbangan mengenai undang-undang baharu Hungary yang bertujuan mengehadkan pembiayaan asing bagi kempen politik.
PM Pakistan gembira atas perbincangan produktif dengan PM Malaysia
Bidang-bidang utama itu termasuk perdagangan, IT, tenaga, pertanian, eksport daging halal, pelancongan, pendidikan dan pertahanan.
Rwanda catat 7 lagi kes virus Marburg dan satu lagi kematian
Rwanda mencatatkan tujuh kes baharu penyakit virus Marburg dan satu lagi kematian.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Menurut angka terkini yang dikeluarkan lewat Rabu Kementerian Kesihatan Rwanda,
jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober
Lebih 140 sekolah UNRWA diserang sejak 7 Oktober dalam keadaan dimana penduduk Gaza berlindung di bawah naungan PBB.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
Perkara itu dimaklumkan Pesuruhjaya Agung Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) Philippe Lazzarini dalam satu hantaran di X.
28 petugas dilapor maut dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan
28 petugas kesihatan dilaporkan terbunuh dalam tempoh 24 jam lalu di Lubnan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Tedros Adhanom Ghebreyesus pada Khamis.
UNIFIL kekal pada posisi walaupun didesak berundur
Pasukan pengaman PBB di selatan Lubnan terus bertahan pada kedudukan mereka, di bawah mandat UNSC, walaupun diarah Israel untuk berundur.
PBB beri ancaman 'bencana yang semakin hampir' di Asia Barat
"Tiada penyelesaian ketenteraan yang akan membuat mana-mana pihak lebih selamat."
Singapura sumbang AS$100,000 untuk usaha bantuan banjir Bangladesh
Sumbangan itu akan menyokong usaha bantuan kemanusiaan dan memenuhi keperluan segera masyarakat terjejas akibat bencana alam berkenaan.
ASEAN perlu perkukuh kerjasama dengan komuniti tempatan bagi penyelesaian bencana
ASEAN mesti memperdalam kerjasama dengan komuniti tempatan, termasuk pertubuhan masyarakat sivil (CSO) untuk memanfaatkan kepakaran mereka dalam memperkasakan komuniti dan mempromosikan penyelesaian b
Amaran gempa bumi di Jepun selama seminggu berakhir selepas tiada perkembangan baharu
Nasihat gempa bumi Palung Nankai mendorong kerajaan pusat dan komuniti tempatan untuk memperhebatkan persiapan bencana sejak minggu lepas.
Kudis buta, bencana epidemiologi ancam penghuni kem perlindungan di Gaza
Amaran telah dikeluartkan tentang bencana alam sekitar baharu di kem-kem perlindungan berkenaan kudis dan penyebarannya.
Wisma Putra pantau kesan gempa bumi di Peru, rakyat Malaysia dinasihat berwaspada
Rakyat Malaysia di kawasan terjejas dinasihatkan untuk berwaspada dan mengikuti perkembangan terkini serta nasihat pihak berkuasa tempatan.
Lebih 670 dipercayai terkorban dalam tanah runtuh di Papua New Guinea
Lebih 670 individu dikhuatiri terbunuh selepas tanah runtuh melanda Kampung Kaokalam di Wilayah Enga, wilayah Enga, Papua New Guinea.
Angka korban akibat banjir di Sumatera Barat meningkat kepada 31 orang
Banjir yang bermula sejak Sabtu malam, telah membawa lumpur ke daerah tanah datar, lalu menjejaskan lima mukim.
Rantau ASEAN alami 47 bencana minggu lepas - Pusat AHA
Rantau ASEAN mengalami 47 bencana, termasuk banjir, tanah runtuh, ribut dan kejadian berkaitan angin dari 29 April hingga 5 Mei tahun ini.
Kerajaan siap sedia dengan pelan kecemasan, kebajikan jemaah haji diutamakan - Mohd Na'im
Kerajaan sentiasa bersiap sedia dengan pelan kecemasan bagi menjamin keselamatan jemaah haji Malaysia sekiranya berlaku sebarang insiden.