KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) membayar pampasan berjumlah RM1.4 bilion pada 2021 yang melibatkan kemalangan industri kepada pekerja tempatan dan juga asing.
Ketua bahagian pencegahan, perubatan dan pemulihannya, Dr Azlan Darus berkata, pada 2021, data interim Perkeso merekodkan sejumlah 61,447 kes kemalangan, yang mana 36,794 kes melibatkan kemalangan industri, dengan hampir 700 kematian dan lagi 24,683 kes adalah kemalangan semasa dalam perjalanan ke tempat kerja.
"Industri pembinaan merupakan antara yang tertinggi mencatatkan kemalangan maut. Oleh itu, dengan berakhirnya sekatan pergerakan akibat pandemik dan kita kini sedang menuju ke fasa pemulihan ekonomi, sudah sampai masanya untuk kita memberikan lebih penumpuan kepada kesihatan dan keselamatan untuk mengelakkan kerugian," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Persidangan Keselamatan dan Kesihatan Tahunan 2022 Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM) ke-20 yang bertemakan "Construction Safety - Beyond Compliance In The New Dawn".
Azlan juga membaca ucapan pembukaan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perkeso, Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed semasa pelancaran hari ini.
Menerusi ucapannya, Mohamed Azman berkata, setiap bencana pekerjaan merupakan kos kepada masyarakat dan negara apabila berlakunya insiden seperti kehilangan nyawa, hilang upaya fizikal dan mental, kerosakan harta benda, hasil produktiviti yang terjejas dan pelbagai lagi.
"Kecuaian dan kelemahan untuk memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (KKP) di tempat kerja dipatuhi menjadi antara faktor utama yang menyumbang kepada kadar kes kemalangan ini," katanya.
Sementara itu Azlan berkata, keselamatan sosial seharusnya bukan hanya sekadar pampasan semata-mata kerana apabila kemalangan berlaku, pampasan sahaja tidak mencukupi kerana mata pencarian keluarga akan turut terkesan.
"Pampasan adalah perkara selepas kemalangan. Kita perlu membicarakan mengenai perkara sebelum kemalangan, apakah langkah-langkah pencegahan, justeru, kita perlu melakukan sesuatu yang berbeza," katanya.
Pada 2017, katanya, kerajaan telah memperkenalkan garis panduan bagi keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk industri pembinaan yang mana tanggungjawab bagi memastikan keselamatan dan kesihatan di tapak pembinaqan bukan hanya terletak di bahu kontraktor sahaja tetapi juga pereka bentuk dan pemaju.
"Parlimen telah meluluskan pindaan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 pada tahun lepas dan di bawah pindaan itu, terdapat pemboleh bagi kerajaan untuk mengeluarkan garis panduan yang memasukkan tanggungjawab oleh pemaju serta pereka bentuk. Kami berharap ia akan dijadikan sebagai satu keperluan wajib tidak lama lagi.
"Jika kita menanda aras berbanding negara maju, mereka mempunyai peraturan yang menyertakan pemaju dan pereka bentuk," katanya.
Sementara itu, bekas presiden MBAM, Foo Chek Lee mengulas bahawa 40 peratus daripada kemalangan yang berlaku adalah disebabkan kegagalan reka bentuk untuk memasukkan aspek keselamatan dan sama ada ia boleh dilakukan oleh kontraktor.
"Jadi apabila kemalangan berlaku, bukan hanya waris terdekat yang menderita tetapi syarikat juga akan turut menerima kesan. Tapak akan ditutup sekurang-kurangnya sebulan dan 200 hingga 300 pekerja perlu menghentikan kerja. Siapa yang akan membayar pampasan? Jadi jika anda boleh menjaga aspek keselamatan anda juga boleh mendapat keuntungan yang selamat," katanya. - BERNAMA
Bernama
Tue Mar 29 2022
Pada 2021, Perkeso rekodkan sejumlah 36,794 kes libatkan kemalangan industri dan 24,683 kes kemalangan dalam perjalanan ke tempat kerja.
Tumpuan Rabu – 27 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Banjir di Kelantan memburuk, Terengganu beransur pulih, Johor kekal setakat 8 malam
Situasi banjir di Kelantan bertambah buruk manakala Terengganu beransur pulih dan Johor pula tiada perubahan setakat 8 malam ini.
Banjir: 13 kawasan berbukit dikenal pasti lokasi perpindahan penduduk Gua Musang
Ia merupakan usaha agensi kerajaan dan keselamatan di jajahan Gua Musang dalam melakukan kesiapsiagaan sekiranya berlaku banjir besar kali ini.
ACLE: JDT tewas tipis 0-1 kepada Shandong Taishan
Separuh masa pertama perlawanan menyaksikan insiden kad kuning mewarnai aksi JDT di atas padang.
Enam individu ditahan disyaki terlibat kes curi Ferrari di pusat cuci kereta
Susulan penangkapan itu, polis turut merampas empat buah kereta iaitu Ferrari, Naza Suria dan dua kereta jenis BMW.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
JBPM dilantik ILB bantu pacu sektor kebombaan negara
JBPM dilantik sebagai Badan Peneraju Industri (ILB) bagi industri kebombaan oleh JPK berkuat kuasa Julai lepas hingga Disember 2027.
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Populasi panda raksasa peliharaan di dunia cecah 757 ekor
China telah menubuhkan 67 rizab alam semulajadi panda raksasa dan Taman Negara Panda Raksasa, merangkumi kawasan seluas 2.58 juta hektar.
Waris kru kapal maut di perairan Bangladesh layak terima faedah Perkeso
Hasil semakan mendapati kru kapal MTT Sapangar itu adalah pencarum aktif di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4) sejak 2011.
Pemandu e-hailing cedera dalam kejadian pokok tumbang terima faedah Perkeso
Pemandu e-hailing yang cedera dalam kejadian itu menerima bayaran faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Pencen penakat bantu ringankan beban ibu tunggal besarkan anak
"Pencen yang diterima ini amat bermakna buat saya untuk meneruskan kehidupan membesarkan empat lagi anak yang masih bersekolah."
Kesedaran golongan belia terlibat dalam e-panggilan untuk mencarum akan dipertingkat
Adam Adli berkata pihaknya telah memulakan kempen mencarum sejak tahun lepas bagi memberi perlindungan buat diri sendiri dan keluarga mereka.
Caruman KWSP, Perkeso untuk atlet kurangkan beban Yakeb - Noorul Ariffin
Meskipun para atlet akan mencarum kelak, Yakeb tetap akan menyalurkan bantuan kepada atlet.
Perkeso perlu sentiasa perbaharui dasar selaras perkembangan semasa
Perkara itu disampaikan Menteri Sumber Manusia yang baharu Steven Sim Chee Keong, ketika ke melawat Menara Perkeso, Jalan Ampang pada Khamis.
Warga emas buat tuntutan palsu Perkeso untuk dapat pencen ilat dihadap ke mahkamah
Seorang lelaki warga emas dihadapkan ke Mahkamah Selayang pada Selasa atas pertuduhan membuat tuntutan palsu Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) semasa mendapatkan rawatan di Hospital Selayang.
Keluarga pemandu bas ekspres maut kemalangan ketika Aidilfitri terbela
Keluarga mangsa menerima Faedah Pengurusan Mayat berjumlah RM2,000 yang disampaikan oleh Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Kelantan Nora Yaacob.
Individu bekerja sendiri digesa carum SKSPS
Sehingga kini, terdapat kira-kira 8,600 orang yang mencarum dan berdaftar di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 (Akta 789).
KSM lihat kaedah lain bagi mudahkan pemberian pampasan Perkeso
Bayaran pampasan adalah berdasarkan peruntukan perundangan dan cadangan daripada jemaah doktor serta jemaah rayuan.