Empat mayat termasuk dua kanak-kanak dipercayai mempunyai kaitan dengan dengan pengganas ditemui oleh anggota pasukan keselamatan dalam sebuah rumah di Kampung Tanjung Batu.

Penemuan mayat yang dipercayai mati akibat terlibat dalam pertempuran dengan pihak keselamatan negara pada pagi berlaku selepas anggota keselamatan ternampak kelibat dua pengganas di kawasan itu.

Tiada dijumpai sebarang maklumat pengenalan diri pada mayat-mayat tersebut namun beberapa bekalan makanan yang dikumpulkan ditemui dalam rumah dimana mayat-mayat itu dijumpai.

Seorang kanak-kanak lelaki yang cedera juga dijumpai dalam rumah itu dan telah diterbangkan ke Hospital Sandakan untuk rawatan lanjut.

Berlaku beberapa pertempuran sebelum itu yang turut mengakibatkan sebuah rumah terbakar dan seorang anggota tentera cedera di tembak di kaki ketika cuba mendekati sebuah rumah yang digunakan oleh pengganas untuk bertahan.

Manakala, identiti ketua panglima pengganas dan isterinya yang ditahan di Semporna pada Sabtu dikenali sebagai Datu Amir Baha Hushin Kiram

Selain Datu dan isterinya, polis juga berjaya menangkap seorang warga tempatan dan isteri kerana membekalkan makanan, minuman, perubatan, pengangkutan, dan tempat tinggal kepada kumpulan pengganas Sulu.

Sehingga hari ini, seramai 416 orang telah ditahan termasuk 110 orang ditahan di bawah Akta Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (SOSMA) 2012.

Sementara itu, penduduk Kampung Tanduo akan kembali ke rumah masing-masing untuk meneruskan kehidupan seharian mereka seperti biasa, selepas kampung itu diisytiharkan bersih pada minggu lepas.

Penduduk tersebut dijangka kembali ke rumah masing-masing selewat-lewatnya pada hari Selasa.

Ketua keluarga dan ketua kampung akan dibawa ke dalam kampung itu untuk menilai keadaan rumah mereka.

Mereka akan diiringi oleh wakil pejabat daerah dan pasukan keselamatan.