Tan Sri Ambrin Buang yang bersara baru-baru ini setelah 11 tahun berkhidmat sebagai Ketua Audit Negara berharap kebebasan jabatan itu dapat diperkasakan lagi pada masa akan datang.
Menurut beliau, Jabatan Audit Negara (JAN) perlu diperkasakan lagi dari segi kebebasan daripada kawalan luar jabatan serta diberi autonomi dari segi pengurusan sumber manusia dan bajet.
Dalam temu bual dengan Bernama baru-baru ini, Ambrin yang bersara pada 22 Feb lepas berkata, langkah ini penting ke arah menjadikan jabatan itu sebuah institusi audit negara yang benar-benar bertaraf dunia dan setanding dengan negara-negara maju.
Berikut ialah transkrip penuh temu bual berkenaan:
SOALAN: Laporan Ketua Audit Negara dilihat banyak membantu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan lanjut dan seterusnya membawa kes ke mahkamah dalam usaha memerangi ketirisan dalam pengurusan kewangan negara.
Sebagai contoh kes membabitkan pegawai kanan Jabatan Air Negeri Sabah. Itu pun berdasarkan sebahagian kecil sahaja audit yang dijalankan ke atas kementerian dan agensi kerajaan.
Apakah yang JAN perlukan jika usaha itu hendak merangkumi kesemua secara menyeluruh?
AMBRIN: Disebabkan kekangan sumber seperti anggota dan bajet adalah sukar bagi JAN membuat pengauditan menyeluruh setiap tahun meliputi setiap jabatan dan agensi kerajaan di peringkat persekutuan, negeri dan tempatan.
Dari segi pengurusan kewangan kebanyakan jabatan dan agensi diaudit setiap tiga tahun bagi menentukan Indeks Akauntabiliti mereka, satu jangka masa yang difikir mencukupi untuk memantau penambahbaikan-penambahbaikan yang perlu dilakukan oleh mereka.
Dari segi pengauditan prestasi aktiviti-aktiviti jabatan dan agensi kerajaan, sebilangan kajian akan dijalankan mengikut rancangan audit tahunan JAN.
Selain itu JAN juga menjalankan pengauditan khas atas permintaan agensi-agensi tertentu seperti SPRM , Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Kementerian Kewangan.
SOALAN: Sekarang ini boleh dikatakan setiap minggu, SPRM membuat tangkapan dan pendedahan mengenai kes rasuah. Orang ramai nampaknya berpuas hati dengan tindakan SPRM itu yang menunjukan keseriusan SPRM menangani jenayah itu.
Adakah perlu JAN mengeluarkan laporannya setiap minggu, dan bukannya tiga kali setahun seperti amalan sekarang? Maknanya setiap minggu JAN membuat pendedahan mengenai kepincangan pengurusan kewangan negara oleh kementerian dan agensi.
AMBRIN: Proses pengauditan dan penyediaan laporan audit yang berkenaan memerlukan ketelitian dan masa.
Misalnya empat hingga lima bulan diperlukan bagi mengaudit prestasi sebelum penyediaan laporan yang hanya boleh dimuktamadkan selepas mengadakan 'exit conference' dengan pihak yang diaudit, yang disertai juga oleh wakil-wakil SPRM dan lain-lain agensi pusat.
Maka, adalah sukar untuk JAN membentang laporan audit lebih kerap dari amalan sekarang mengambil kira keupayaan JAN dari segi sumber manusia dan bajet.
SOALAN: Selalunya JAN dilihat membuat audit hanya setelah masalah dan kerugian berlaku. Bolehkah JAN mengambil 'pre-emptive action' sebelum masalah dan kerugian itu berlaku?
AMBRIN: Mengambil kira keupayaan terhad JAN untuk mengaudit setiap jabatan dan agensi kerajaan yang begitu banyak sekali gus adalah sukar bagi JAN mengambil 'pre-emptive action'. Namun jika diberi maklumat atau tips JAN boleh menjalankan penyiasatan.
Namun tanggungjawab mengambil 'pre-emptive action' adalah terserah kepada ketua-ketua jabatan dan agensi sendiri yang merupakan Pegawai Pengawal.
Mereka boleh menggunakan mekanisme-mekanisme yang sedia ada seperti audit dalaman, jawatankuasa pengurusan kewangan dan akaun, dan jawatankuasa audit dengan memastikan mekanisme ini benar-benar berkesan dan mengambil tindakan-tindakan 'corrective' dan 'punitif' sewajarnya.
SOALAN: Daripada pemerhatian Tan Sri, sejauh mana kementerian dan agensi kerajaan membuat tindakan pembetulan setelah teguran dibuat oleh Laporan Ketua Audit Negara?
AMBRIN: Sejak beberapa tahun yang lepas kerajaan telah mewajibkan ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan mengambil tindakan pembetulan terhadap teguran-teguran audit dan tindakan-tindakan ini dipantau sendiri oleh Jabatan Audit Negara secara berterusan dan dilaporkan kepada masyarakat menerusi sistem AG's Dashboard (Paparan Susulan Laporan Ketua Audit Negara) yang boleh diakses bila-bila masa.
SOALAN: Bagaimana Tan Sri ingin melihat Jabatan Audit Negara, contohnya, 10 tahun akan datang?
AMBRIN: JAN mampu menjadi institusi audit negara yang benar-benar bertaraf dunia dan setanding dengan negara-negara maju sekiranya diperkasakan lagi dari segi kebebasan daripada kawalan oleh cabang eksekutif negara serta diberi autonomi dari segi pengurusan sumber manusia dan bajet.
Ini memerlukan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.
SOALAN: Apakah pengalaman yang Tan Sri tidak boleh lupakan sepanjang 11 tahun menjadi Ketua Audit Negara?
AMBRIN: Antara pengalaman yang tidak boleh dilupakan ialah pengauditan ke atas kes-kes berprofil tinggi seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Port Klang Free Zone (PKFZ) dan National Feedlot Corporation (NFCorp).
Melaksanakan sistem Index Akauntabiliti bagi pengurusan kewangan sektor awam, melaksanakan pengkaderan unit-unit audit dalam, menubuhkan Institut Audit Tertinggi ASEAN (ASEANSAI), pelantikan sebagai Pengerusi Pertubuhan Audit Negara Asia (Asosai) dan mempengerusikan Jawatankuasa Tindakan Susulan Laporan Ketua Audit Negara.
Saya amat berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia yang menyokong inisiatif-inisiatif memperkasakan peranan Jabatan Audit Negara bagi membantu meningkatkan kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan awam dalam pengurusan kewangan dan pembangunan negara.
SOALAN: Apakah perancangan Tan Sri selepas bersara?
AMBRIN: Buat masa ini saya hanya merancang untuk menulis buku mengenai pengalaman saya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 13 2017
Tan Sri Ambrin Buang yang bersara baru-baru ini setelah 11 tahun berkhidmat sebagai Ketua Audit Negara berharap kebebasan jabatan itu dapat diperkasakan lagi pada masa akan datang.
China Masters: Impian final Tang Jie-Ee Wei berkecai
PERJALANAN gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di China Masters tersekat di separuh akhir pada Sabtu.
"Saya kadang-kadang bingung pejuang bangkit pertahan korup..." - PM
"Saya kadang-kadang bingung bagaimana mungkin seorang pejuang bangsa dan agama boleh bangkit pertahan korup guna hujan Melayu dan Islam..,"kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Conor McGregor disabit bersalah, lakukan serangan seksual terhadap wanita
Juri menyampaikan keputusan itu selepas enam jam perbincangan semalam, mendapati McGregor bersalah menyerang wanita berusia 35 tahun itu.
AWANI Ringkas: Korea Selatan berminat bangunkan lebuh raya di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemahaman penting dalam memaknai Madani - PM Anwar
"Kita punyai negara dan tahap keamanan yang membanggakan tetapi jangan anggap ini suatu yang kekal berlaku kalau kita tidak bertanggungjawab," kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
#AWANInews
#AWANInews
Kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita meningkat - Nancy
Walaupun angka mungkin tidak mencerminkan keseluruhan situasi sebenar, ia membuktikan wanita kini semakin berani mendapatkan bantuan.
Trump lantik pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan
Donald Trump mengumumkan pelantikan pengurus dana lindung nilai, Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan ke-79.
Keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan - PM Anwar
Perdana Menteri berkata keistimewaan Kerajaan Madani adalah ketegasan pimpinan yang bermula dari Jemaah Menteri untuk menetapkan setiap dana rakyat, kelulusan perolehan mesti melalui proses telus.
#AWANInews
#AWANInews
Tak perlu layan karenah picisan, kenyataan hambar - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tidak perlu sangat melayani karenah picisan dan kenyataan hambar kerana itu tidak akan membantu kepada perubahan menyeluruh.
#AWANInews
#AWANInews
Pengarah syarikat rugi lebih RM1 juta ditipu ‘Inspektor Harun’
Mangsa diberitahu oleh Inspektor Harun kad visa miliknya dijumpai dan kad itu didapati terlibat dalam kes penipuan serta pengubahan wang haram.
Ketua Audit Negara diberi kuasa audit akaun 1,856 badan lain, GLC
Jabatan Audit Negara sedang membangunkan garis panduan untuk pelaksanaan pengauditan syarikat GLC.
Ketua Audit Negara pertahan kerusi ahli ASOSAI Governing Board
Terdapat peningkatan dari 26 undi yang diperoleh pada 2021 untuk Ketua Audit Negara jadi ahli ASOSAI Governing Board bagi tempoh 2021-2024.
KPKT alu-alukan audit terhadap jabatan dan agensi, pastikan integriti dipatuhi
KPKT mengalu-alukan Jabatan Audit Negara untuk menjalankan audit terhadap mana-mana jabatan dan agensi di bawah kementerian itu.
Perluas skop tugasan JAN, ketika ini di peringkat perbincangan - PM Anwar
Kerajaan akan memperluaskan skop tugasan Jabatan Audit Negara (JAN) akan meliputi kerangka ombudsman.
Lelong kenderaan sita, JPJ kutip RM5.9 juta
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengutip RM5.9 juta hasil lelongan awam melibatkan 636 kenderaan sita di seluruh negara tahun ini.
PAC gesa audit khas perbelanjaan kerajaan semasa wabak COVID-19
Pengerusi PAC Wong Kah Woh dalam kenyataan hari ini berkata perkara itu telah dimaklumkan secara rasmi kepada Ketua Audit Negara semalam.
Peruntukan tambahan RM100 juta bagi urus kewangan, bajet kerajaan - Tengku Zafrul
Ini termasuk RM10 juta untuk Jabatan Audit Negara bagi memperkukuh keupayaan dan pengoptimuman proses pengauditan.
Laporan Ketua Audit Negara 2019 Siri 1 kesan 11 isu punitif
Jabatan Audit Negara mengesan 11 isu punitif yang boleh disiasat pihak berkuasa menerusi Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2019 Siri 1.
LKAN: PDRM terlebih bayar selenggara helikopter
Ketua Audit Negara, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid berkata, lebihan itu berlaku berikutan PDRM tetap membayar sepenuhnya meskipun helikopter berkenaan sudah tidak aktif lebih enam bulan.
LKAN: Kementerian Pertahanan tidak kenakan denda sejumlah RM116.54 juta
Ketidakpatuhan terhadap spesifikasi itu boleh merisikokan keselamatan anggota MALBATT.