Kerajaan akan mewujudkan perkampungan terbesar Orang Asli yang merangkumi pelbagai suku kaum dari seluruh negara.
Timbalan Ketua Setiausaha (Industri Pelancongan), Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan, Rashidi Hasbullah berkata, ia akan menjadi salah satu tarikan utama di dalam kalendar Tahun Festival Malaysia 2015
"Ia sekali gus berbeza dengan perkampungan Orang Asli sedia ada yang menonjolkan hanya satu kaum tertentu yang mewakili negeri tertentu sahaja.
"Kita bercadang untuk mengadakan perkampungan one stop centre untuk semua Orang Asli. Kalau kita dapat wujudkan perkampungan merangkumi semua sekali, jadi bila pelancong datang, mereka akan ke satu tempat sahaja,'' katanya selepas merasmikan Festival Orang Asli 2014 (FOA 2014) di Muzium Negara.
Festival empat hari yang bermula 7 sehingga 10 Jun itu menghimpunkan lebih 20 pengusaha dari pelbagai suku kaum Orang Asli di Semenanjung Malaysia.
Pengunjung turut berpeluang untuk melihat dan mendapatkan pelbagai hasil kesenian seperti kraf topeng, demonstrasi masakan, ubat-ubatan tradisional dengan harga murah sepanjang FOA 2014.
Festival itu turut mengetengahkan pelbagai aktiviti muzik, semi persembahan seperti tarian berkonsepkan setempat yang penuh dengan nilai kehidupan sebenar Orang Asli sendiri.
Jelasn Rashidi, perkampungan itu bakal menjadi produk baru pelancongan negara selain mengketengahkan keunikan orang asli di mata dunia.
Bagaimanapun ujarnya, lokasi sebenar perkampungan tersebut akan diputuskan kemudian.
Dalam perkembangan lain jelas Rashidi, kehadiran pelancong pada suku tahun pertama tahun ini mencatat peningkatan 10 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.
Katanya, kementerian juga yakin sasaran 28 juta pelancong sepanjang tempoh Tahun Melawat Malaysia (TMM) tahun ini mencapai kejayaan.
Wan Syamsul Amly
Sun Jun 08 2014
Perkampungan Orang Asli ini berbeza dengan yang sedia ada yang cuma menonjolkan hanya satu kaum tertentu.
Seorang maut, seorang cedera pesawat ringan terhempas di timur Australia
Polis NSW memaklumkan bahawa juruterbang pesawat meninggal dunia di lokasi kejadian.
Pemandu bas persiaran didenda RM6,000 rosakkan kereta warga Taiwan
Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan, serta turut diperintahkan ke atasnya penjara setahun sekiranya gagal membayar denda.
Squid Game: Pengarah 'umpan' penonton, musim ketiga janji kejutan
Dong-hyuk berjanji bahawa musim akan datang akan terus mencabar pelakon dan penonton dengan dilema dan kelainan.
Dua anggota tentera mengaku tidak bersalah rogol kanak-kanak
Mahadi dan Muhamad Aizat Hakim mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.
UK gesa siasatan nahas pesawat Azerbaijan Airlines susulan permohonan maaf Putin
United Kingdom (UK) menyeru siasatan bebas berhubung nahas pesawat Azerbaijan Airlines yang dipercayai ditembak jatuh oleh peluru berpandu Rusia, lapor agensi berita Jerman.
Menteri Korea Selatan mohon maaf, arah siasatan segera
Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan, Park Sang-woo memaklumkan Kerajaan akan menggerakkan segala sumber dalam memastikan operasi menyelamat dijalankan dengan pantas.
Jeju Air mohon maaf, akan beri kerjasama lengkapkan siasatan
Syarikat penerbangan tambang murah Jeju Air memohon maaf atas insiden nahas membabitkan pesawat miliknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan pada Ahad.
[TERKINI] Perkembangan banjir di Kelantan
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kelantan, Mohd Wildan Azhari memberikan perkembangan terkini situasi banjir yang kembali melanda beberapa kawasan di Kelantan.
Kemaman dijangka kembali banjir susulan hujan lebat berterusan
Kawasan dijangka terjejas akibat hujan tahap buruk itu ialah Kampung Teladas, Kampung Air Putih, Kampung Dadong, Kampung Tebak Batu 16 dan Jambatan Air putih.
Nahas Jeju Air: Menteri Korea Selatan mohon maaf, arah siasatan segera
Park selaku Menteri bertanggungjawab memantau hal ehwal penerbangan memohon maaf serta menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa.
Perkampungan terbesar Orang Asli bakal jadi produk pelancongan negara
Perkampungan ini akan menjadi salah satu tarikan utama di dalam kalendar Tahun Festival Malaysia 2015.