Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sedang menyiasat jika terdapat unsur antun atau sexual grooming dalam kes lelaki tempatan berusia 41 tahun yang dilaporkan berkahwin dengan kanak-kanak warga Thailand berusia 11 tahun.
Menterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berkata, siasatan lebih teliti sedang dijalankan bersama agensi berkaitan kerana antun dikategorikan sebagai kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.
“Pihak kami sedang menjalankan siasatan dan bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk memperhalusi kes ini termasuk meneliti elemen antun yang merupakan satu kesalahan.
“Kerajaan akan melindungi kebajikan kanak-kanak berkenaan dan akan memberikan bantuan perubatan dan kaunseling profesional,” kata Wan Azizah.
BACA: Kahwin budak bawah umur: Pasangan kontroversi sedia berdepan tindakan
Wan Azizah juga memaklumkan, hasil siasatan setakat ini mendapati, tiada sebarang rekod pendaftaran perkahwinan itu, malah tiada bukti yang menunjukkan perkahwinan tersebut dijalankan di Golok seperti yang didakwa sebelum ini.
“Seksyen 90(c) Kanun Keseksaan menyebut, kerelaan bukanlah kerelaan bagi kanak-kanak di bawah 12 tahun. Menjadi tanggungjawab lelaki itu untuk membuktikan status perkahwinan itu sah kepada pihak berkuasa.
“Selagi tiada bukti, kerajaan akan menganggap mereka pasangan yang belum berkahwin dan sebarang hubungan dan interaksi antara mereka tertakluk kepada pelbagai undang-undang perlindungan kanak-kanak di negara ini,” tambah beliau lagi.
Dalam masa yang sama, kerajaan juga sedang meneliti cadangan untuk menaikkan had usia minimum perkahwinan daripada 16 tahun kepada 18 tahun, untuk wanita.
Sebelum ini, beberapa keping gambar menunjukkan seorang lelaki berusia 41 tahun melangsungkan perkahwinan dengan seorang kanak-kanak perempuan berumur 11 tahun yang didakwa sebagai isteri ketiganya di Gua Musang, Kelantan, tular di media sosial sejak Jumaat lepas, selepas perkara itu dikongsikan isteri kedua lelaki terbabit.
Madiha Abdullah
Mon Jul 02 2018
Wan Azizah tegaskan kerajaan komited banteras perkahwinan bawah umur. - Foto Bernama
Mangsa banjir di Perak terus meningkat, Selangor menurun
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS di Perak terus meningkat pagi ini manakala jumlah mangsa di Selangor menunjukkan penurunan.
Letupan baharu menggegarkan Beirut
Memetik laporan Associated Press, rejim Zionis turut menyerang kem pelarian Palestin jauh di utara buat kali pertama ketika ia menyasarkan kedua-dua pejuang Hezbollah dan Hamas.
Pelabur makin yakin, Malaysia disaran tingkatkan keperluan RE
Keperluan tenaga boleh baharu (RE) di negara ini semakin meningkat seiring keyakinan pelabur asing khususnya untuk mewujudkan pusat data, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.
Dua minggu hilang, nasib Orang Asli Zuzina masih misteri
Pelbagai pihak masih mencari wanita orang Asli Zuzina Abine yang hilang selepas keluar rumah sejak 20 September lalu.
Ringgit dijangka berbanding dolar AS minggu depan
Ringgit dijangka kekal pada paras 4.21 hingga 4.22 berbanding dolar AS minggu depan, tetapi dengan kecenderungan meningkat terhadap dolar AS selepas data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) bagi September meningkat mendadak kepada 254,000 pekerjaan.
[TERKINI] Enam rakyat Malaysia selamat tiba dari Lubnan pagi ini
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seramai enam orang rakyat Malaysia daripada sebuah keluarga selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Lubnan pada pagi ini (6 Oktober 2024).
Konvoi motosikal Seru For Gaza, cerminan sokongan sesama saudara
Liputan Wartawan Astro AWANI, Faida Rahim di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diperangi keganasan Israel.
Kenanga jangka OPR stabil 3.0 peratus pada 2025
Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
88 badan pensijilan halal luar negara dapat pengiktirafan JAKIM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memberikan pengiktirafan kepada 88 badan pensijilan halal luar negara setakat Mei tahun ini.
PERKESO sasar sejuta pencarum OBS menjelang akhir tahun ini
PERKESO menyasarkan untuk mencapai sejuta pencarum bagi kategori Orang Bekerja Sendiri menjelang akhir tahun ini.
Perkahwinan kanak-kanak, kerajaan siasat elemen 'sexual grooming' - TPM Wan Azizah
Antun atau sexual grooming dikategorikan sebagai kesalahan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.