ALOR SETAR: Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bertitah bahawa amat tidak wajar sekiranya suara rakyat negeri itu didiamkan terutama melibatkan sejarah dan kedaulatan Negeri Kedah.
Baginda turut mengingatkan bahawa pembentukan negara Malaysia tidak menjadi titik yang membenarkan sejarah negeri Kedah yang telah wujud sejak sekian lama dipadamkan.
Baginda bertitah, perbincangan mengenai sejarah negeri Kedah di pelbagai platform mulai subur sejak akhir-akhir ini di segenap lapisan masyarakat, terutamanya membabitkan kedudukan negeri itu dan Pulau Pinang.
Ia dilihat sebagai satu perkembangan yang baik dan baginda berharap agar minat rakyat untuk mendalami sejarah sebenar negeri Kedah dan Pulau Pinang tidak dinoktahkan secara melulu.
Beginda bertitah, hakikat bahawa Pulau Pinang hanyalah dipajak juga perlu diperjelaskan secara terang berlandaskan fakta dan tanpa prejudis.
"Walaubagaimanapun, perbincangan mengenai perkara ini haruslah disulami dengan fakta yang berasas dan tepat.
"Adalah lebih baik sekiranya fakta-fakta ini dikaji secara ilmiah dan lebih tersusun agar dapat dijadikan rujukan serta membawa kebaikan kepada generasi akan datang,
"Hal ini adalah kerana sejarah adalah sumber kebijaksanaan terpenting dalam mengajar kita seni bernegara," titah baginda.
Baginda bertitah demikian ketika berucap bersempena Hari Keputeraan Baginda yang ke-81 di Istana Anak Bukit, Alor Setar pada Ahad.
Dalam perkembangan sama, Sultan Sallehuddin bertitah bahawa peristiwa lampau telah meletakkan negeri dalam keadaan yang sukar dan terpaksa bersetuju dengan perjanjian-perjanjian berat sebelah.
Perkara berkenaan harus dijadikan pedoman serta peringatan agar semua pihak lebih berhati-hati dalam bertindak dan berurusan.
"Perjuangan menjaga hak dan kedaulatan negeri kini bukan lagi di medan perang sebagaimana yang dilakukan oleh pahlawan negeri terdahulu. Medan perjuangan kini adalah di meja-meja rundingan dan melalui tinta-tinta tulisan.
"Namun begitu, keberanian yang ditunjukkan oleh pahlawan terdahulu sebagaimana yang telah terpahat dalam lipatan sejarah Perang Musuh Bisik pada kurun ke-19 harus dicontohi dan dihayati oleh generasi masa kini," titah baginda.
Baginda turut berharap agar sejarah Kedah terus dihayati oleh semua pihak kerana ia cukup bernilai tinggi selain ianya tidak boleh dibeli melainkan 'ditempa dengan darah dan air mata'.
Abd Hadi Che Awang
Sun Jun 18 2023

Sultan Sallehuddin bertitah, hakikat bahawa Pulau Pinang hanyalah dipajak juga perlu diperjelaskan secara terang berlandaskan fakta dan tanpa prejudis. - Gambar/ FB Muhammad Sanusi Md Nor

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Sultan Kedah berkenan rasmi Aurelius Hospital Alor Setar
Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan merasmikan Aurelius Hospital Alor Setar (AHAS) hari ini.

Sultan Kedah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-268 di Istana Negara hari ini.

Sultan Kedah titah graduan kongsi bakat manfaatkan masyarakat
Sultan Kedah menitahkan para graduan berkongsi bakat dan kemahiran yang dimiliki agar dapat memberikan impak positif serta manfaat kepada masyarakat.

Sultan Kedah berkenan lawat mangsa banjir di PPS
Sultan Kedah Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat melawat mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti hari ini.

Penekanan aspek jati diri lahirkan generasi berakhlak - Tokoh Maal Hijrah Kedah
Generasi muda perlu diperkasakan supaya menjadi muslim sejati dan memiliki jati diri yang kental.

Sultan Kedah sambut baik inisiatif Tahun Melawat Kedah 2025
Tahun Melawat Kedah 2025 berupaya meletakkan negeri Jelapang Padi itu sebagai destinasi pelancongan unggul, titah Sultan Sallehuddin.

Kerajaan Persekutuan diharap meluluskan permintaan insentif fiskal RM200 juta - Sultan Kedah
Insentif fiskal ini dilihat akan dapat mengimbangi hasil dan perbelanjaan Negeri Kedah pada masa hadapan, titah Sultan Sallehuddin.

Fahmi menghadap Sultan Kedah, persembah Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Agong
Fahmi menghadap Sultan Kedah bagi mempersembahkan Warkah Persilaan ke Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim.

Lebih 3,000 jemaah solat sunat Aidilfitri di Masjid Zahir
Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah turut berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Sultan Kedah gesa struktur Mahkamah Syariah disemak semula
Sultan Kedah menggesa kerajaan menyemak semula struktur Mahkamah Syariah seperti sistem hierarkinya untuk memberi lebih ruang keadilan kepada pihak terlibat.