KUALA LUMPUR:Perjanjian penyelesaian komersial yang ditandatangani kerajaan Sarawak dan syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) pada Isnin bakal membuka lembaran baharu dalam usaha merancakkan lagi pembangunan industri minyak dan gas.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perjanjian itu juga bakal membuka pelbagai peluang perniagaan serta pembangunan industri yang berkaitan di negeri itu.
Menurut beliau, penyelesaian isu berkaitan pengurusan minyak dan gas, termasuk persetujuan berhubung pengenalan cukai jualan petroleum di Sarawak yang dicapai sebelum ini, akan membolehkan kerajaan negeri meluaskan kutipan hasil untuk disalurkan kepada pelbagai program pembangunan demi kesejahteraan rakyat.
“Perjanjian yang dimeterai hari ini juga membolehkan Petroleum Sarawak Berhad (Petros), iaitu anak syarikat milik kerajaan Sarawak, memainkan peranan yang lebih besar dalam industri minyak dan gas melalui kerjasama dengan Petronas.
“Selain itu, ia bakal membuka peluang yang lebih luas kepada syarikat-syarikat di dalam industri khidmat minyak dan gas di Sarawak untuk menceburi lebih banyak bidang perniagaan berkaitan industri tersebut.
“Pada masa yang sama, Petronas akan terus memainkan peranan sebagai syarikat minyak nasional dengan kuasa penuh dalam mengawal selia pembangunan industri minyak dan gas secara menyeluruh, selaras dengan undang-undang negara,” kata Muhyiddin dalam satu kenyataan.
Beliau menambah, persetujuan dan permuafakatan kedua-dua pihak dalam memeterai perjanjian komersial itu melambangkan komitmen Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan perkara berkaitan petroleum secara bersama.
“Diharapkan penyelesaian isu ini bakal membuka lembaran baharu dalam usaha mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030, selain memastikan pembangunan wilayah yang inklusif agar nikmat pembangunan negara dapat dinikmati seluruh rakyat Malaysia secara adil dan saksama,” katanya.
Terdahulu, Muhyiddin dan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg menyaksikan majlis memandatangani perjanjian penyelesaian komersial antara Petronas dan Kerajaan Sarawak.
Pada majlis menandatangani perjanjian itu, Petronas diwakili Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz dan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul Samion.
Pada Mei lalu, kerajaan Sarawak, kerajaan Persekutuan dan Petronas telah bersetuju untuk menyelesaikan isu berkaitan pelaksanaan cukai jualan negeri (SST) tanpa melibatkan tindakan undang-undang.
Malah sebelum ini tindakan undang-undang yang dilakukan oleh kedua-dua pihak telah digugurkan pada Ogos, selepas mencapai kata sepakat untuk menyelesaikan perkara itu di meja rundingan di bawah Kerajaan Perikatan Nasional (PN).
Isabelle Leong
Mon Dec 07 2020

MUHYIDDIN: Perjanjian yang dimeterai hari ini membolehkan Petros, iaitu anak syarikat milik kerajaan Sarawak, memainkan peranan yang lebih besar dalam industri minyak dan gas melalui kerjasama dengan Petronas. - Gambar fail

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Sarawak, Petronas meterai perjanjian penyelesaian komersial Isnin depan
Kerajaan Sarawak dan syarikat Petroliam Nasional Berhad (Petronas) akan menandatangani Perjanjian Penyelesaian Komersial pada 7 Disember ini.