KUALA LUMPUR:Perjanjian Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura disahkan telah berakhir pada 31 Disember, sekali gus menyaksikan projek tersebut terbatal secara sendirinya.
Dalam kenyataan bersama Malaysia-Singapura hari ini memaklumkan kedua-dua negara akan mematuhi syarat masing-masing dan melakukan tindakan yang diperlukan akibat penamatan perjanjian projek HSR.
“Susulan kesan pandemik COVID-19 terhadap ekonomi Malaysia, kerajaan Malaysia telah mencadangkan beberapa perubahan pada projek HSR.
“Kedua-dua kerajaan telah melakukan beberapa perbincangan mengenai perubahan ini namun gagal mencapai kata sepakat,” demikian menurut kenyataan bersama itu.
BACA: Malaysia, Singapura masih dalam rundingan HSR
Kenyataan itu masing-masing diwakili Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.
Dalam perkembangan sama, kedua-dua negara menegaskan akan tetap komited menjaga hubungan dua dan bekerjasama erat dalam pelbagai bidang, termasuk memperkukuhkan hubungan di antara kedua-dua negara.
Sebelum ini, media melaporkan Malaysia dikehendaki membayar kos penangguhan sebanyak S$15 juta (RM45.1 juta) kepada Singapura susulan penangguhan Projek Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR).
Sementara itu, Kementerian Pengangkutan Singapura dalam kenyataan berasingan berkata perbincangan telah dilakukan di antara Malaysia dan Singapura menerusi sidang video pada 2 Disember lalu bagi mengkaji status projek HSR.
Ia termasuk melibatkan perubahan yang dicadangkan Malaysia terhadap projek berkenaan.
Jelas kenyataan itu, Malaysia telah bersetuju agar perjanjian projek tersebut ditamatkan, sekali gus Malaysia harus membayar ganti rugi kepada Singapura.
“Hubungan kami dengan Malaysia adalah kukuh dan pelbagai aspek, dan kami mengharapkan hubungan baik yang berterusan dan kerjasama erat dengan Malaysia untuk kepentingan bersama kedua-dua negara,” jelas kenyataan itu lagi.
Kata kementerian itu lagi, Singapura dan Malaysia telah menandatangani Perjanjian Dua Hala (BA) HSR pada 2016.
Pembinaan Projek HSR kemudian ditangguhkan dari September 2018 hingga 31 Disember 2020 atas permintaan Malaysia, dengan pemahaman bahawa lanjutan tempoh penggantungan hingga 31 Disember 2020 akan menjadi lanjutan terakhir.
Hasimi Muhamad
Fri Jan 01 2021
Perjanjian HSR Kuala Lumpur-Singapura disahkan telah berakhir pada 31 Disember, dan ia sekali gus menyaksikan projek tersebut terbatal secara sendirinya. -Gambar fail
Parlimen Jepun mulakan sidang khas Isnin, Ishiba dijangka dilantik semula sebagai PM
Parlimen Jepun akan mengadakan sidang khas bermula Isnin depan selepas pilihan raya umum.
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.
Wanita maut, anak cedera dalam kemalangan libatkan dua lori
Kemalangan melibatkan lori tiga tan membawa kasut yang dinaiki mangsa melanggar belakang lori lima tan membawa muatan kayu.
Ahli radiologi petugas barisan hadapan pengesanan awal penyakit
Mereka memainkan peranan penting di sebalik tabir dalam setiap aspek penjagaan pesakit, daripada pengesanan awal penyakit, diagnosis sehingga pelan rawatan dan pengurusan berterusan.
PRR akan kuat kuasa penggunaan kad akses penghuni, pastikan kos penyelenggaraan dibayar - Nga
Program Residensi Rakyat (PRR) akan kuat kuaskan penggunaan kad akses kepada penghuni untuk pastikan kos penyelenggaraan dilangsaikan.
Tun M kecam "kemunafikan" Eropah berhubung konflik di Gaza
"Saya dahulu menganggap orang Eropah sebagai perintis hak asasi manusia. Kini saya tahu mereka hipokrit. Saya sudah hilang rasa hormat terhadap mereka."
Setiausaha Agung ASEAN, PM Thailand bincang jenayah rentas sempadan, inisiatif pendidikan banduan
Setiausaha Agung ASEAN, Dr. Kao Kim Hourn melakukan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra pada Selasa.
Pilihan Raya AS: Apa itu electoral college/electoral vote?
Electoral College merujuk kepada institusi dan proses yang digunakan untuk memilih Presiden Amerika Syarikat setiap empat tahun.
WHO bakal pindahkan lebih 100 pesakit dari Gaza
WHO merancang untuk memindahkan lebih 100 pesakit dari Semenanjung Gaza pada Rabu, dalam operasi pertama seumpamanya di Wilayah Palestin.
Britain akan haramkan merokok di taman permainan, luar sekolah dan hospital
Langkah-langkah ini sebahagian cadangan menyeluruh untuk melindungi kesihatan awam.
HSR terbatal: Singapura tidak dapat terima keengganan Malaysia kekalkan AssetsCo - Menteri
Singapura tidak dapat menerima cadangan Malaysia untuk tidak mengekalkan AssetsCo sebagai pembekal sistem projek HSR.
Batal HSR: Najib dakwa Malaysia perlu bayar pampasan sekitar RM310 juta kepada Singapura
Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa projek HSR Kuala Lumpur-Singapura akan diganti dengan Projek Kereta Api Kuala Lumpur-Johor Bahru (MHSR).
Perjanjian projek HSR Malaysia-Singapura tamat, terbatal secara sendiri
Kedua-dua negara akan mematuhi syarat masing-masing dan melakukan tindakan yang diperlukan akibat penamatan perjanjian projek HSR.