Perjanjian perniagaan dengan China akan dikaji dan disemak semula termasuk semua perjanjian-perjanjian lain yang telah dibuat kerajaan terdahulu.
Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad merasakan pihaknya layak untuk mengkaji kembali perjanjian tersebut dan jika perlu melakukan rundingan semula berhubung perjanjian berkenaan.
"Apa yang merisikokan kami adalah pinjaman yang dibuat kerajaan. RM55 billion hanya untuk Perkhidmatan Rel Pantai Timur (ECRL) dan juga pinjaman-pinjaman lain yang mana akan menjadi bebanan besar kepada negara.
"Sebuah negara yang bertanggungjawab harus cuba untuk mengurangkan pinjaman, atau tidak ia (negara) akan menjadi kambing hitam," ujarnya ketika menjawab soalan dalam sidang media yang diadakan di ibu negara hari ini.
Dr Mahathir menjawab soalan media berhubung langkah yang bakal dilakukan selepas PH menang majoriti dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU) semalam.
BACA: 'Tiada kekeliruan, Pakatan Harapan miliki majoriti mudah untuk bentuk kerajaan' - Tun M
Selain itu, kata Dr Mahathir, PH menolak berita tidak benar dan Akta Antiberita Tidak Benar akan disemak semula bagi mengkaji keperluan undang-undang berkenaan.
"Kami tidak mahu berita tidak benar. Tetapi sudah pasti kami akan menyemak semula akta berkenaan sama ada ia melawan berita tidak benar atau untuk kepentingan politik.
"Buat masa ini, apa yang kami lihat, undang-undang berkenaan bertujuan untuk menutup mulut pihak lawan," katanya.
Awal April lalu, Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 diluluskan dengan pindaan selepas dibacakan kali ketiga di Dewan Rakyat.
BACA: RUU Antiberita Tidak Benar 2018 diluluskan, hukuman penjara dikurangkan
RUU tersebut yang mengandungi 14 seksyen adalah bertujuan untuk memperkatakan tentang berita tidak benar dan perkara berkaitan.
Ia termaktub di bawah Seksyen 4 Akta 803 yang memperuntukan denda tidak melebihi RM500,000 atau dipenjara tidak lebih enam tahun atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.
Khairunnisa Kasnoon
Thu May 10 2018

DR MAHATHIR: Sebuah negara yang bertanggungjawab harus cuba untuk mengurangkan pinjaman. Kalau tidak negara itu akan menjadi kambing hitam. - Astro AWANI

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Akta Antiberita Tidak Benar akan dimansuhkan - Gobind
Akta Antiberita Tidak Benar yang digazetkan secara rasmi pada April lepas akan dimansuhkan, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo hari ini.