KUALA LUMPUR: Perjalanan udara meneruskan aliran pemulihan yang kukuh pada April walaupun perang di Ukraine dan sekatan perjalanan di China, didorong terutamanya oleh permintaan antarabangsa, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Dalam satu kenyataan pada Khamis, persatuan itu berkata permintaan untuk perjalanan udara pada April 2022, seperti yang diukur mengikut hasil penumpang bagi setiap kilometer (RPK) meningkat 78.7 peratus berbanding pada April 2021 dan sedikit mendahului peningkatan 76 peratus tahun ke tahun Mac 2022.
"Dengan pemansuhan banyak sekatan sempadan, kami melihat lonjakan tempahan yang telah lama dijangkakan apabila orang ramai berusaha untuk menebus kehilangan peluang perjalanan selama dua tahun.
"Data April menunjukkan keyakinan pada hampir semua pasaran, kecuali China, yang terus menyekat perjalanan dengan ketat," kata Ketua Pengarah IATA Willie Walsh dalam satu kenyataan pada Khamis.
IATA berkata RPK antarabangsa naik 331.9 peratus berbanding April 2021, peningkatan lebih 289.9 peratus kenaikan pada Mac 2022 berbanding setahun lepas.
Ia menyatakan bahawa beberapa kawasan laluan berada melebihi paras pra-pandemik, termasuk Eropah-Amerika Tengah, Timur Tengah-Amerika Utara dan Amerika Utara-Amerika Tengah.
Walau bagaimanapun, RPK antarabangsa April 2022 turun 43.4 peratus berbanding bulan yang sama pada 2019.
Sementara itu, IATA berkata perjalanan udara domestik April turun 1.0 peratus berbanding tempoh tahun lepas, pembalikan daripada kenaikan 10.6 peratus permintaan pada Mac, didorong sepenuhnya oleh lanjutan sekatan perjalanan yang ketat di China, menyebabkan trafik domestik turun 80.8 peratus tahun ke tahun.
Secara keseluruhan, trafik domestik April turun 25.8 peratus berbanding April 2019, tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 09 2022
Perjalanan udara meneruskan aliran pemulihan yang kukuh pada April walaupun perang di Ukraine dan sekatan perjalanan di China, didorong terutamanya oleh permintaan antarabangsa, kata Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Peniaga rugi lebih setengah juta diperdaya 'scammer'
Seorang peniaga kerugian lebih setengah juta ringgit apabila terperdaya dengan individu yang menyamar sebagai wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB) pada Sabtu lepas.
Enam maut dalam nahas babitkan bas persiaran di Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam ini.
Akaun TikTok dikesan guna suara, video pakar perubatan tanpa kebenaran
Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman mengesan kewujudan akaun TikTok yang menggunakan suara dan video pakar perubatan tempatan tanpa kebenaran bagi mempromosikan produk kesihatan.
Peningkatan pelepasan abu di Gunung Berapi Kanlaon
Kepulan gelap setinggi kira-kira 1.2 kilometer dikesan di Gunung Berapi Kanlaon.
Rusia pertimbang penerbangan terus dengan Brazil, Malaysia, Pakistan
Kementerian Pengangkutan Rusia sedang mengadakan rundingan untuk melancarkan penerbangan terus ke Brazil, Malaysia, dan Pakistan.
Tumpuan Isnin – 23 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Boeing ramal 2.4 juta pekerjaan baharu dalam industri penerbangan untuk tempoh 20 tahun
Boeing meramalkan keperluan hampir 2.4 juta golongan profesional baharu dalam industri penerbangan bagi tempoh 20 tahun akan datang.
Permintaan penumpang udara global meningkat 21.5 peratus pada Februari - IATA
Jumlah kapasiti menokok 18.7 peratus tahun ke tahun manakala faktor muatan adalah 80.6 peratus.
MAHB dijangka jana hasil tinggi daripada semakan semula dasar PSC - HLIB
HLIB yakin ia akan beri impak positif kerana ia menambah baik aliran tunai dan membolehkan perbelanjaan modal perbelanjaan lebih tinggi.
Thailand, AirAsia bincang tambah perjalanan udara
Thailand merancang menambah penerbangan keluar dan masuk yang menghubungkan bandar utama dan bandar lain bagi merangsang ekonomi.
Perjalanan udara pada November 2023 cecah 99 peratus daripada paras 2019 - IATA
Jumlah trafik udara meningkat 29.7 peratus tahun ke tahun pada November 2023.
Pemulihan industri penerbangan: Hampir 400,000 perjalanan direkod sejak Januari - MOT
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, angka itu menunjukkan pemulihan penerbangan adalah pada kadar 74.1 peratus.
Syarikat penerbangan mampu capai keuntungan bersih AS$9.8 bilion pada 2023
Keuntungan dianggarkan mengukuh pada 2023, didorong oleh perkembangan positif termasuk meningkatnya permintaan untuk perjalanan udara.
Penyelidikan unjur ketibaan pelancong di Malaysia melonjak hampir empat kali ganda pada 2023
Unjuran itu disokong oleh penyambungan semula perjalanan udara bagi urusan perniagaan dan pelancongan di seluruh dunia.
IATA, Travalyst bergandingan mengira pelepasan karbon dioksida dalam industri penerbangan
Kerjasama ini akan menumpukan pada data dan metodologi standard untuk pengiraan pelepasan CO2 penumpang.
Permintaan penumpang pada Oktober petanda pemulihan berterusan - IATA
Perjalanan udara meneruskan momentum pemulihannya pada Oktober 2022.