Bulan suci Ramadan menguji keimanan ummah dan ujian itu lebih getir bagi bekas pemikir bebas agama seperti Rosmaria Jane Abdullah, 35 yang buat pertama kali menyempurnakan ibadah itu.
Selain daripada menyesuaikan diri dengan tuntutan Ramadan, menunggu sambutan Adilfitri di akhir bulan suci itu juga merupakan pengalaman baru bagi warga Jerman ini yang memeluk Islam pada September 2012.
"Suami saya menunjukkan cara hidup Islam yang mulia dengan kesederhanaan beliau dalam perhubungan dan gaya hidup yang akhirnya membawa saya ke pangkuan Islam."
Rosmaria, bertemu jodoh dengan seorang ahli perniagaan rakyat Malaysia dalam sektor minyak dan gas yang menetap di Labuan, semasa pengembaraannya di Thailand tahun lepas.
Mereka berkenalan selama beberapa bulan sebelum memutuskan untuk berkahwin.
PEMIKIR BEBAS AGAMA
Beliau menyaksikan perubahan drastik dalam hidupnya sejak memeluk Islam.
Sebagai pemikir bebas agama sebelum ini, beliau menganggap dirinya sebagai 'scientologist' dan tidak percaya akan kewujudan tuhan.
"Saya merupakan pemikir bebas agama seperti ramai yang lain di German, walaupun kami percaya pada yang wajar dan yang salah dalam segala apa yang kami lakukan."
Bagi pemikir bebas agama, tiada peraturan tetap akan tatasusila pakaian dan boleh pakai apa sahaja dan juga makan apa sahaja, kata beliau kepada Bernama dalam satu temubual.
Bagaimanapun, selepas memeluk Islam, beliau terpaksa mengharungi perubahan drastik dan mengakui bukan mudah untuk menghindari daripada minuman keras, pakaian yang menjolok mata atau makanan terlarang.
SEMUANYA BERUBAH SELEPAS BERTEMU DENGAN SUAMI
Segala-galanya dalam kehidupan beliau berubah selepas bertemu dengan suaminya itu yang memperkenalkan kepada beliau cara hidup yang lebih bermakna dan beliau akhirnya menerima Islam sebagai agamanya.
"Ia bukan kerana beliau sahaja, tetapi selepas bertemu jodoh dengannya bagaikan timbul keinsafan untuk melakukan sesuatu yang saya tidak pernah merancang atau berhasrat untuk berbuat, walaupun pada awalnya ia agak sukar bagi saya untuk membuat keputusan.
"Kini Ramadan, bulan mulia bagi ummah. Sukar untuk percaya; yang bagi orang seperti saya, yang sebelum ini pemikir bebas agama dengan tiada sambutan untuk diraikan, kini pula berpuasa, berbuka puasa, sembayang lima kali bersama Tarawih di sebelah malam dan bangun awal untuk sediakan juadah bagi Sahur.
"Ia mencabar, dan menguji keimanan saya tetapi saya tidak akan kembali ke kehidupan saya sebelum ini. Saya boleh menghadapi semua ini dan berminat melakukannya."
Rosmaria, yang ibu bapanya terbunuh dalam kemalangan semasa beliau berusia 17 tahun, mempunyai seorang adik yang masih belajar di United Kingdom. Beliau merupakan seorang guru sebelum memutuskan untuk berhijrah ke Malaysia.
MENDALAMI ISLAM
Ditanya akan langkah-langkah beliau dalam mendalami Islam, katanya: "Saya menghadiri kelas-kelas fardhu ain dan kifayah yang dikelolakan oleh Majlis Agama Wilayah Persekutuan yang mengajar saya cara hidup sebagai Muslimah dan persiapan bagi Ramadan yang berakhir dengan sambutan Hari Raya."
Beliau juga cuba sedaya yang boleh untuk mengelakkan daripada terlalu bergantung pada suaminya untuk mendalami Islam khasnya melihatkan beliau orang yang selama ini berdikari dan membuat keputusan sendiri dalam menentukan halatuju hidupnya.
"Saya mengambil inisiatif sendiri untuk mendalami Islam dengan menghadiri kelas-kelas agama dan ceramah agama khasnya semasa Ramadan.
"Ia mencabar tetapi seperti yang saya kata, ia satu daripada perjalanan hidup dan seorang ustazah memaklumkan yang saya telah menerima "hidayah".
"Saya tidak kesal kerana memeluk Islam dan sebaliknya berterimakasih dengan perubahan yang saya telah lalui sehingga ini. Belumpun Ramadan, saya tidak sabar untuk melaluinya, walaupun sedar saya perlu banyak lagi belajar sebagai Muslimah."
Di akhir temubual, Rosmaria dan suaminya yang tidak mahu namanya disiarkan segan untuk bergambar dan dengan itu rencana ini tidak diiringi gambar. - Oleh Jailani Hassan
Bernama
Sat Jul 20 2013
Kes GISB: SPRM tidak lihat unsur rasuah dalam siasatan - Azam Baki
SPRM tidak melihat sebarang unsur rasuah membabitkan siasatan yang sedang dijalankan PDRM terhadap rumah amal GISB.
Banjir Kedah: Jumlah mangsa meningkat kepada 2,618 orang, ditempatkan di 14 PPS
Jumlah mangsa banjir di Kedah terus catat peningkatan apabila 2,618 orang daripada 482 keluarga kini ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara.
Dua anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM - Azam Baki
SPRM mengesahkan telah menerima pengisytiharan harta daripada dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Lapan perjalanan feri Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi batal akibat ombak kuat
Lapan perjalanan feri laluan Langkawi-Kuala Kedah-Langkawi terpaksa dibatalkan berikutan keadaan ombak besar, hari ini.
Teroka kawasan bukan jelapang, atasi pengurangan tanah
Selain terus memberi tumpuan kepada kawasan jelapang padi, Pensyarah di Institut Sains Biologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya (UM), Prof Madya Dr Muhamad Shakirin Mispan berkata, Malaysia perlu meneliti potensi kawasan bukan jelapang serta memanfaatkan teknologi pertanian untuk meningkatkan produktiviti.
Zaim Ikhwan, Ismanira akan mohon kes abai Zayn Rayyan ditarik balik
ibu bapa Zayn Rayyan akan menghantar representasi supaya pertuduhan mengabai kanak-kanak itu yang dikenakan terhadap mereka, ditarik balik.
[TERKINI] Mohkzani dan Mirzan sudah isytihar harta
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Petronas taja biasiswa RM320 juta kepada 600 pelajar cemerlang SPM
Petronas mengumumkan penajaan biasiswa berjumlah RM320 juta kepada 600 pelajar SPM 2023 di bawah inisiatif Powering Knowledge.
AWANI Ringkas: Sistem dianggap tidak berkesan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sembilan maut, Lubnan umum penutupan sekolah dan institusi pendidikan
Menteri Pendidikan Lubnan Abbas Halabi juga menyeru "masyarakat global untuk menghentikan mesin pembunuh Israel, yang tidak menunjukkan belas kasihan."
Al Sharq Forum buka pejabat di Malaysia
Ditubuhkan pada 2012, ia badan pemikir bebas antarabangsa dengan misi melaksanakan penyelidikan dan pembangunan strategi untuk mempromosikan keadilan sosial dan ekonomi ke seluruh dunia.