Al Sharq Forum, sebuah organisasi pemikir bebas pro-demokrasi, telah membuka pejabat cawangannya di Kuala Lumpur.
Satu majlis bagi menandakan pembukaannya telah diadakan pada Khamis, dihadiri Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Ditubuhkan pada tahun 2012, Al Sharq Forum merupakan sebuah organisasi pemikir bebas antarabangsa dengan misi melaksanakan penyelidikan dan pembangunan strategi untuk mempromosikan keadilan sosial dan ekonomi ke seluruh dunia terutamanya di Timur Tengah.
Presidennya Wadah Khanfar berkata sebagai inisiatif pertama mereka di negara ini, organisasi itu akan menganjurkan persidangan tahunan Al Sharq buat kali ke-5 di Kuala Lumpur tahun hadapan.
Katanya acara yang akan diadakan April tahun hadapan itu akan menganjurkan siri ceramah intelektual, dialog, perdebatan dan perbincangan mengenai prospek dan trend masa hadapan.
"Persidangan itu akan menampilkan penceramah tempatan dan antarabangsa di mana para peserta dapat berkongsi pengetahuan serta pengalaman mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 21 2018
Saifuddin Nasution ketika melancarkan Al Sharq Forum malam tadi. Turut kelihatan, Wadah Khanfar (kanan). --fotoBERNAMA
AZAL umum penangguhan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia
Azerbaijan Airlines (AZAL) mengumumkan akan menangguhkan penerbangan ke tujuh bandar di Rusia.
3 maut, 4 parah dalam kemalangan bas di utara Norway
Tiga maut manakala empat lagi cedera parah selepas sebuah bas terbabas dari lebuh raya lalu terjunam ke tasik di utara Norway pada Khamis.
[TERKINI] Hospital terakhir di utara Gaza diserbu, dibakar
Hospital Kamal Adwan merupakan satu-satunya fasiliti kesihatan terakhir tinggal di utara Gaza.
AB Rauf sahkan ada rombakan kabinet negeri
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengesahkan kerajaan negeri akan melaksanakan rombakan portfolio exco dalam tempoh terdekat.
Penyedia diminta segera mohon lesen operasi di Malaysia
Penyedia platform media sosial diminta segera mendaftar lesen perkhidmatan masing-masing menjelang penguatkuasaan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan Aplikasi pada 1 Jan 2025.
Beri insentif kepada operator kenderaan berat adaptasi teknologi keselamatan – Penyelidik MIROS
Pegawai Penyelidik, Unit Kenderaan Dagangan (CVU), Pusat Keselamatan Kenderaan dan Biomekanik (VSB), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Ts. Ahmad Saife Salleh berkata operator kenderaan berat dalam negara wajar diberikan insentif untuk menggalakkan adaptasi teknologi keselamatan bagi mengurangkan risiko kemalangan.
JPJ tingkat penguatkuasaan secara digital, kaji penggunaan AI
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan meningkatkan usaha penguatkuasaan secara digital dan mengkaji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi mengesan pesalah trafik dengan lebih efektif.
Kes demam denggi meningkat, dua kematian direkodkan
Jumlah kes demam denggi meningkat kepada 1,407 kes pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51), iaitu bagi tempoh 15 hingga 21 Dis lepas berbanding 1,384 kes yang dilaporkan pada minggu sebelumnya.
Tumpuan Sabtu – 28 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Petra belum dirujuk, tiada keputusan mengenai kenaikan tarif elektrik
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA), Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, ini kerana PETRA belum dirujuk serta dimaklumkan oleh TNB berkaitan perkara tersebut.
Al Sharq Forum buka pejabat di Malaysia
Ditubuhkan pada 2012, ia badan pemikir bebas antarabangsa dengan misi melaksanakan penyelidikan dan pembangunan strategi untuk mempromosikan keadilan sosial dan ekonomi ke seluruh dunia.