GUA MUSANG: Peristiwa tersesat selama 47 hari di dalam hutan sehingga mengorbankan lima kanak-kanak Orang Asli tujuh tahun lepas, masih segar dalam ingatan Mirsudiar Aluj, seorang daripada dua mangsa yang terselamat dalam kejadian itu.
Mirsudiar, 18, berkata walaupun ada ketikanya detik hitam itu terlintas di fikiran, kini dia gembira tinggal bersama keluarga setelah membuat keputusan untuk berhenti sekolah akibat trauma dan keluarganya bimbang kejadian sama berulang kembali.
"Saya hanya mahu tinggal di kampung ini bersama keluarga, saya gembira di sini.
"Waktu kecil dahulu (setelah dijumpai) ada ramai orang luar datang berjumpa, sekarang sudah lebih dua tahun saya tidak berjumpa orang luar dan tiada yang datang bertanya khabar keadaan diri saya," katanya ketika ditemui pemberita di Kampung Gawin, dekat Pos Gob baru-baru ini.
Dalam kejadian 23 Ogos 2015, tujuh murid yang tinggal di asrama Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi dilaporkan lari dari asrama dipercayai takut dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai tanpa kebenaran.
Sementara itu, Along Alej, 62, berkata selepas dijumpai, cucunya itu lebih suka menyendiri dan kurang bergaul dengan ahli keluarga yang lain selain kerap bermimpi sesat di dalam hutan bersama kawan-kawannya.
"Setelah pulih daripada trauma, Mirsudiar perlahan-lahan dapat menjalani kehidupan seperti anak normal yang lain dan mula bergaul dengan anak-anak yang sebaya di kampung, malah berat badannya juga semakin bertambah," katanya.
Along berkata susulan kejadian itu, mereka memutuskan untuk menghentikan persekolahan Mirsudiar kerana gusar dengan keselamatannya, kini mereka berasa lega apabila dapat melihat remaja itu membesar di depan mata walaupun tercicir dalam pelajaran.
Selepas hampir 50 hari hilang, Mirsudiar yang ketika itu berusia 11 tahun dan Norieen Yaakob, 10, ditemukan masih hidup dalam keadaan cengkung dan lemah berhampiran Sungai Perias manakala lima rangka pelajar dijumpai di sekitar kawasan sama iaitu Ika Ayel, 9, Sasa Sobrie, 8, Haikal Yaakob, 8, Linda Rosli, 8, dan Juvina David, 7, yang kesemuanya dari Kampung Gawin dan Kampung Penad.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 11 2022
Mirsudiar Aluj, 11, (kiri) dan Norieen Yaakob, 10, (kanan) kanak-kanak yang hilang 23 Ogos lalu ditemui dalam keadaan lemah selepas diselamatkan di Pusat operasi di Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi. - fotoBERNAMA
MINTRED salur bantuan RM193 juta buat usahawan tempatan
Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) Sarawak telah menyalurkan bantuan kewangan berjumlah RM193 juta kepada 8,900 usahawan tempatan sejak 2021 bagi meningkatkan kebolehan perniagaan agar lebih berdaya saing.
Pendaftaran perkara 15A kini dilakukan lebih awal - Fatimah
Tahap kesedaran dalam kalangan ibu bapa untuk permohonan kerakyatan bagi anak tidak sah taraf, anak angkat serta anak jagaan kini menunjukkan peningkatan selepas data menunjukkan ia dilakukan lebih awal.
Peluang kerjasama, pelaburan dan pembuatan terjalin di antara Sabah-China
Hubungan di antara Sabah-China diperkukuhkan menerusi Sidang Kemuncak Perniagaan Malaysia-Sabah-China dengan banyak peluang kerjasama baharu terjalin.
DBKK lakukan kerja pembersihan sampah terapung
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) mengambil tindakan segera mengatasi masalah isu sampah selepas seorang pelancong warga eropah memuat naik video menampakkan keadaan kawasan perairan Jesselton Point terjejas dengan sisa plastik.
Badan berkanun, GLC perlu sokong aspirasi kerajaan negeri
Badan-badan berkanun dan syarikat kerajaan negeri (GLC) negeri digesa menyokong aspirasi kerajaan membangunkan ekonomi negeri secara holistik sekali gus menyumbang kepada hasil kerajaan negeri.
Indonesia tolak cadangan pelaburan AS$100 juta Apple untuk 2024-2026
Kerajaan Indonesia secara rasmi menolak cadangan pelaburan AS$100 juta oleh Apple untuk tempoh 2024-2026.
Masa tepat perkukuh perdagangan AI dan digital Malaysia-Rusia - Nazir Razak
Menjelang giliran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekarang dianggap waktu yang tepat untuk memperbaharui hubungan perdagangan antara Malaysia dan Rusia.
Untung bersih Maybank naik 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga
Keuntungan bersih Maybank meningkat 7.6 peratus kepada RM2.54 bilion pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 berbanding RM2.36 bilion tahun lepas.
Naib Presiden Filipina disepina berkenaan ancaman terhadap Presiden Marcos Jr
Biro Penyiasatan Nasional menyerahkan sepina di pejabat Duterte dan meminta agar beliau hadir di hadapan pengarah biro pada Jumaat.
Protes di Pakistan: Suruhanjaya Tinggi Malaysia keluar nasihat perjalanan
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad meminta rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti perkembangan keadaan setempat.
Peristiwa hilang 47 hari masih segar dalam ingatan Mirsudiar
Peristiwa tersesat selama 47 hari di dalam hutan sehingga mengorbankan lima kanak-kanak Orang Asli tujuh tahun lepas, masih segar dalam ingatan Mirsudiar Aluj.