SOALAN LAZIM SEKTOR PERUNCITAN MENGENAI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
1. Adakah operasi pusat pengedaran (DC) dibenarkan beroperasi seperti biasa?
Operasi pusat pengedaran (DC) yang melibatkan bekalan barangan keperluan (essential daily needs) dan makanan merangkumi e-commerce warehouse, dan supporting warehousing services adalah dibenarkan untuk terus beroperasi.
2. Adakah restoran, seksyen Ready to Eat (RTE) / bakeri dibenarkan operasi?
Restoran, RTE / bakeri boleh dibuka tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang sahaja dan pandu lalu (take away dan drivethru) atau melalui perkhidmatan penghantaran (delivery) oleh syarikat tertentu seperti Grab Food atau Food Panda. Dine-in dan eat-in tidak dibenarkan.
3. Bagaimana dengan operasi food court dan tenant yang beroperasi di dalam hypermarket?
Operasi food court boleh di buka tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang sahaja atau melalui perkhidmatan penghantaran oleh syarikat tertentu seperti Grab Food atau Food Panda. Dine-in dan eat-in tidak dibenarkan. Hanya tenant yang beroperasi di dalam industri farmasi klinikal sahaja dibenarkan untuk terus beroperasi di dalam hypermarket.
4. Bagaimana operasi peruncitan di dalam shopping mall seperti anchor tenant?
Operasi peruncitan (makanan dan barangan keperluan harian sahaja) di shopping mall boleh diteruskan atas rundingan antara penyewa dan pemilik premis.
5. Bagaimana operasi kedai makan / kedai runcit / kedai serbaneka dalam specialty store?
Kedai makan / kedai runcit / kedai serbaneka dalam specialty store sahaja dibenarkan beroperasi seperti biasa tetapi hanya untuk makanan yang dibawa pulang sahaja atau melalui perkhidmatan penghantaran oleh syarikat seperti Grab Food atau Food Panda. Dine-in dan eat-in tidak dibenarkan.
6. Adakah operasi ibu pejabat syarikat peruncitan dibenarkan beroperasi?
Ibu pejabat syarikat peruncitan adalah dibenarkan untuk terus beroperasi seperti biasa. Namun, pihak pengurusan syarikat perlu mengenal pasti sektor / bahagian / unit yang perlu diklasifikasikan sebagai essential services untuk hadir bekerja di premis ibu pejabat. Manakala, bagi sektor / bahagian / unit non-essential services adalah perlu mengambil langkah work from home.
7. Adakah Kementerian akan mengeluarkan kenyataan bagi mengehadkan pembelian setiap pengguna?
Kementerian menggalakkan pihak pasaraya melakukan kawalan kendiri bagi menangani pembelian barangan makanan dan keperluan harian dengan jumlah yang tidak munasabah oleh pengguna.
8. Bagaimana operasi departmental store yang mempunyai supermarket dan barangan kelengkapan rumah / fesyen / food court?
Hanya bahagian supermarket yang menjual barang makanan dan barangan keperluan harian yang dibenarkan untuk beroperasi di departmental store.
9. Adakah perkhidmatan dobi layan diri boleh diteruskan?
Dobi layan diri tidak boleh beroperasi sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bagi mengelakkan orang ramai berkumpul.
10. Adakah perkhidmatan kawalan keselamatan (security guard) di pasar raya masih boleh diteruskan?
Perkhidmatan yang berkaitan dengan keselamatan boleh diteruskan.
11. Adakah perkhidmatan e-commerce dianggap sebagai essential services ?
Ya.
12. Adakah pembelian atas talian, penghantaran dan pemasangan di rumah pelanggan dibenarkan?
Ya.
13. Adakah pusat panggilan perkhidmatan pelanggan dibenarkan untuk beroperasi?
Ya.
14. Adakah kerja-kerja pengubahsuaian premis perniagaan boleh diteruskan?
Bagi kerja-kerja pengubahsuaian yang sedang berjalan adalah perlu ditangguhkan. Sekiranya terdapat isu-isu keselamatan, pihak syarikat perlu mendapatkan kebenaran daripada Kementerian Kerja Raya (KKR) dan Lembaga Pembanguan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk kerja pengubahsuaian diteruskan.
15. Adakah penghantar barangan non-food seperti lampin pad sanitari dikira sebagai essential item?
Ya.
16. Jika semua shopping mall ditutup. Adakah kedai di lapangan terbang turut terlibat?
Hanya tenant yang beroperasi di dalam industri farmasi klinikal, pasaraya, kedai runcit dan kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian sahaja dibenarkan untuk terus beroperasi di dalam lapangan terbang. Dine-in dan eat-in tidak dibenarkan.
17. Adakah third party service providers dibenarkan beroperasi bagi membantu operasi dan rantaian bekalan kerana ini adalah kritikal dalam kelangsungan perniagaan?
Perkhidmatan yang akan memberi impak secara langsung kepada keselamatan dan bekalan adalah dibenarkan. Pengguna dan juga third party perlu mengambil kira faktor kesihatan dengan cara memakai topeng muka dan hand sanitizer.
18. Adakah syarikat pengumpulan sampah di premis pasar raya /kedai serbaneka / kedai runcit dibenarkan beroperasi?
Ya.
19. Adakah kuota beras, gula, minyak dan tepung boleh disimpan melebihi kuota lesen yang diberikan?
Syarikat hendaklah mematuhi sebarang kuota lesen yang telah dikeluarkan oleh mana-mana agensi kawal selia. Bagaimanapun, perkara ini boleh dipertimbangkan berdasarkan case to case basis.
20. Adakah operasi pasar malam dan pasar tani dibenarkan beroperasi?
Tidak.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
17 Mac 2020
Astro Awani
Wed Mar 18 2020
Rakyat Malaysia dinasihatkan tidak membuat pembelian panik barangan keperluan asas kerana terpengaruh dengan kenyataan tidak benar mengenai berita penularan COVID-19 sejak akhir-akhir ini. --fotoBERNAMA/Hiasan
Belanjawan 2025: Pembangunan infrastruktur, pelepasan cukai bantu tingkat keselamatan siber
Pembangunan infrastruktur keselamatan siber serta insentif pelepasan cukai berkaitan antara aspek yang diharapkan menjadi tumpuan kerajaan pada Belanjawan 2025.
Elak penganjuran program cetus polemik, gugat Islam - Mohd Na'im
Sebarang acara atau program yang boleh mencetuskan polemik dan menggugat kedaulatan agama Islam perlu dielakkan sama sekali.
Konvoi motosikal untuk solidariti kepada Gaza
Langsung dari Rosco Cage, Jalan Raja Abdullah, Kuala Lumpur di mana Wartawan Faida Rahim bersama tetamu, Muhammad Aiman Mohd Zain, MyCare Malaysia di acara konvoi motosikal Seru For Gaza di Cafe Rosco sebagai cerminan sokongan kepada saudara sesama Islam di Gaza, yang sudah setahun diganasi rejim Israel.
KPT akan pastikan capaian internet di IPTA berada di tahap tertinggi - Zambry
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang berusaha memastikan capaian Internet di semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berada pada tahap tertinggi.
Bomba selamatkan tiga subkontrakor terkandas di kren pengangkat
Seramai tiga orang subkontraktor terkandas di kren pengangkat (skylift) yang rosak ketika melakukan kerja pemasangan papan tanda kedai di Wisma Taiko, berhadapan Ipoh Padang, malam tadi.
Lempar bom petrol, polis buru tiga Ah Long
Polis sedang memburu tiga individu disyaki Ah Long yang melempar bom petrol ke sebuah rumah di Taman Bintang, Pantai Remis.
Penguasaan bahasa tidak harus bersifat ''zero-sum game'' - PM Anwar
Perdana Menteri mengingatkan penekanan terhadap sesuatu bahasa tidak seharusnya bersifat 'zero-sum game'', sehingga meminggirkan Bahasa Melayu.
Presiden Perancis seru penghantaran senjata ke Israel dihentikan
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Sabtu menyeru agar penghantaran senjata ke Israel dihentikan.
AWANI Ringkas: 12 rakyat Malaysia tiba dari Lubnan hari ini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bekas rakan sepasukan Cristiano Ronaldo teruja mulakan cabaran dengan JDT
Penyerang baharu Johor Darul Ta'zim (JDT), Jese Rodriguez, teruja untuk memulakan cabaran bersama kelab itu.
Kek vintaj 'Buttercream' bangkitkan nostalgia zaman kanak-kanak
Kek span gebu yang dihiasi krim mentega dalam bentuk bunga atau watak kartun popular pada era itu merupakan kek pilihan orang ramai.
[LAPOR LANGSUNG] DIARI LOCKDOWN: Tiada alasan untuk tidak terus berusaha - Awin
Bakeri yang diusahakan Nur Azurin Hussin, atau lebih mesra disapa sebagai Awin, dibuka seperti biasa hari ini.
Kedai bakeri di Jerman jual 'vaksin' berperisa
'Vaksin' yang dimaksudkan itu adalah suntikan jem menggunakan picagari besar yang akan dimasukkan ke dalam produk bakerinya.
Pusat Kulinari Negara bakal ditubuh di Jerantut - Ahmad Nazlan
Cadangan penubuhan pusat itu di Jerantut akan dibentangkan kepada kerajaan dalam masa terdekat.
Kedai jual bahan bakeri di Sarawak dibenarkan beroperasi Rabu dan Jumaat
Kedai dan premis menjual barangan keperluan membuat kuih di Sarawak dibenarkan beroperasi selama dua hari iaitu Rabu dan Jumaat.
Perintah Kawalan Pergerakan: Soalan yang sering ditanya dalam sektor peruncitan
Ketahui jawapan kepada soalan yang lazim ditanya berhubung sektor peruncitan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan.
Bakeri cetus kekecohan, enggan tulis 'Selamat Hari Krismas' pada kek
The Chocolicious Indonesia memaklumkan tindakan itu dibuat atas dasar 'prinsip agama'.
Tiada pengalaman, Datuk Fazley panik disuruh jadi ketua bakeri
Datuk Fazley bakal muncul sebagai ‘Ketua Bakeri & Pastri’ dalam program realiti terbaru Semanis Fondant.