Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone) yang berakhir esok akan dilanjutkan sehingga 23 Okt ini, kata Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Omar Mammah.
Omar dalam kenyataan pada Isnin berkata, perintah berkurung dari pukul 6 petang sehingga pukul 6 pagi itu meliputi kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
Beliau berkata dengan berkuat kuasanya perintah berkurung itu, orang ramai yang tinggal di kawasan berkenaan dikehendaki berada di dalam rumah, dan orang lain tidak dibenarkan masuk atau berada di kawasan diisytiharkan, antara pukul 6petang sehingga 6 pagi pada tarikh yang dinyatakan.
"Perintah berkurung diteruskan bagi memastikan kawasan perairan berkenaan tidak diceroboh oleh pengganas yang mengancam keselamatan para penyelidik menjalankan penyelidikan dan pelancong asing melawat pulau peranginan.
"Perintah berkurung ini juga bagi menjamin keselamatan dan kesejahteraan rakyat Sabah yang menjadi pengguna perairan, dan mereka yang berada di daratan ESSZone," katanya.
Omar berkata perintah berkurung itu juga akan memudahkan penguatkuasaan dan pemantauan terhadap pergerakan bot selain menimbulkan rasa selamat serta yakin kepada pengusaha chalet dan nelayan dengan kehadiran pasukan keselamatan.
Beliau berkata berdasarkan maklumat, kumpulan militan Abu Sayyaf dan mereka yang menjalankan kegiatan menculik bagi mendapatkan wang tebusan dari selatan Filipina masih cuba menceroboh untuk melakukan penculikan dan jenayah rentas sempadan.
"Saya juga memberi kuasa kepada semua Ketua Polis Daerah di ESSZone bagi mengeluarkan permit kepada pemohon layak bagi tujuan aktiviti perikanan atau keperluan mendesak untuk melalui kawasan perintah berkurung," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 07 2019
Omar dalam kenyataan pada Isnin berkata, perintah berkurung dari pukul 6 petang sehingga pukul 6 pagi itu meliputi kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran. - Gambar fail
Seorang ahli GISB akan dituduh di Mahkamah Majistret Putrajaya esok
Individu terbabit akan didakwa di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
'Abang Bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
'Abang Bas' yang ditahan di Pusat Koreksional, Muar, sejak Selasa lalu kerana gagal membayar ikat jamin keseluruhan berjumlah RM40,000 dibebaskan, selepas membayar semua bayaran.
10 Berita Pilihan - (17 September 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ahmad Zahid gesa pemain industri TVET sokong ekosistem industri halal
Ahmad Zahid berkata kewujudan lebih ramai bakat dan pakar dalam sektor halal akan mengukuhkan lagi peranan Malaysia sebagai peneraju global dalam industri.
#AWANIRingkas 17 September 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 17 September 2024
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
1️⃣ PN tolak draf MoU kerana ada niat tersirat - Muhyiddin
2️⃣ Banjir: cuti anggota, pegawai bomba Kedah dibekukan
3️⃣ 'Abang bas' bebas selepas bayar ikat jamin RM40,000
#awaniringkas
Peruntukan pembangkang, pembangunan kawasan parlimen wajar diperundangkan - Pakar
Mantan Ahli Tetap Jawatankuasa Reformasi Pilihan Raya (ERC), Dr. G Manimaran berkata peruntukan kepada pembangkang dan dana pembangunan kawasan parlimen wajar untuk diperundangkan berbanding dibuat secara Perjanjian Persefahaman (MoU) semata-mata. Pada masa yang sama, beliau berpendapat sikap pembangkang terhadap MoU yang ditawarkan Kerajaan Perpaduan ketika ini bersifat politik semata-mata. #AgendaAWANI
MoU peruntukan pembangkang berat sebelah, sepatutnya digubal undang-undang khusus - Pakar
Timbalan Ketua (Strategi) Ibu Pejabat Asia UNSDSN, Universiti Sunway, Prof. Wong Chin Huat berkata Perjanjian Persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang yang ada ketika ini disifatkan berat sebelah memandangkan hanya menyentuh mengenai pengisytiharan harta oleh pembangkang sahaja. Jelasnya, hal tersebut sepatutnya dilakukan secara saksama oleh semua ahli parlimen dan dilakukan berdasarkan satu Akta khusus berbanding sekadar dalam bentuk MoU. #AgendaAWANI
Negara luar minat labur di Malaysia mahu pengiktirafan JAKIM
Bagi menjayakan usaha ini, beliau telah membuat rancangan dengan kerajaan negeri untuk menyediakan tanah yang akan dibeli atau disewa bagi membolehkan kilang berkenaan didirikan.
Ribut tropika Pulasan mungkin hampiri barat daya Jepun - Agensi cuaca
Menurut agensi cuaca Jepun pada Selasa, ribut tropika besar yang semakin kuat mungkin menghampiri wilayah Okinawa dan kawasan Amami di wilayah Kagoshima di barat daya Jepun pada Rabu.
Perintah berkurung dijenama semula Perintah Kawalan ESS ZONE Sabah - KPN
Perintah berkurung dilaksanakan di perairan Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan di Sabah dijenamakan semula sebagai ESS ZONE Sabah.
Perintah berkurung ESSZONE dilanjutkan sehingga 9 Februari
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah berkata, perintah berkurung itu yang berakhir esok, kini dilanjutkan sehingga 9 Februari depan.
Bulan Kemerdekaan: ESSCOM lancar kempen kibar Jalur Gemilang di pos keselamatan
Pengagihan Jalur Gemilang itu bukan sahaja kepada petugas di pos kawalan, malah kepada masyarakat awam yang melalui kawasan berkenaan.
Perintah berkurung di ESSZONE dilanjut
Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE) dilanjutkan dilanjutkan selama 14 hari.
Perintah berkurung di ESSZone dilanjut 14 hari lagi
Perintah berkurung itu meliputi perairan Sandakan, Beluran, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.
Polis kesan cubaan pengganas masuk ke perairan Sabah, tegas keselamatan terkawal
Polis mengesan cubaan masuk anasir yang mengancam keselamatan negara termasuk pergerakan pengganas ke kawasan perairan Sabah.
Anggota Abu Sayyaf ditembak mati bukan dalam 21 senarai dikehendaki - ESSCom
Pada bulan Januari, ESSCom mengeluarkan senarai terkini 21 penjenayah rentas sempadan dikehendaki di ESSZone termasuk lima nama baharu.
KPN sarankan perintah berkurung ESSZONE ditarik balik
Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador hari ini menyarankan agar perintah berkurung di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (ESSZONE) ditarik balik.
Perintah berkurung di Esszone dilanjut ke 30 Julai
Perintah berkurung tersebut meliputi kawasan perairan daerah Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran.
Cubaan seludup 18 tong gas di perairan Tawau gagal
Suspek warga tempatan yang berumur 33 tahun itu dipercayai cuba menyeludup keluar barang kawalan tersebut ke Indonesia.