DALAM amanat Menteri Pendidikan yang disampaikan minggu lalu, pendidikan berteraskan nilai ditetapkan sebagai satu hala tuju dalam sistem pendidikan negara seiring dengan peningkatan kualiti, autonomi dan akauntibiliti. Tiga nilai teras yang dikenalpasti ialah cinta, kegembiraan dan saling menghormati di mana cinta dianggapkan teras kepada pendidikan.
Menurut YB Maszlee Malik ekosistem sekolah harus membina tiga nilai tersebut untuk menjadikannya “tempat yang paling membahagiakan dan proses pembelajaran berjalan dengan penuh keseronokan, agar ia mampu menyemai rasa cinta terhadap ilmu”. Dengan kata lain, sekolah harus berlandaskan nilai-nilai untuk memanusiakan komuniti di dalam nya, iaitu pelajar, guru, pendidik serta kakitangan sokongan semoga keseronokan belajar dan mengajar tersemat pada hati sanubari mereka.
Nilai-nilai pembelajaran yang lazim ditekan untuk meningkatkan kualiti atau kecemerlangan seperti rajin dan tekun, berdisiplin, bertanggungjawab dan ingin tahu mungkin dianggap implicit, iaitu nilai intrinsik yang ada pada pendidikan itu sendiri atau tabii manusia menjalankan tugas untuk berdaya saing. Pada tahap lain, mungkin nilai-nilai tersebut tidak perlu diulang kerana memang kerap diperkatakan setiap kali amanat disampaikan.
Saya tertarik dengan gesaan Menteri Pendidikan yang saya anggap agak inovatif. Cinta dan kegembiraan jarang dianggap sebagai nilai yang harus dibina menerusi kurikulum atau pelan pendidikan yang dirancang. Tanggapan ramai ialah cinta dan kegembiraan manusia biasanya dipupuk dalam rumahtangga antara ahli-ahli keluarga samaada keluarga nuclear atau keluarga besar, atau dengan rakan taulan secara peribadi. Mengikut tradisi, di sekolah pelajar digalak supaya rajin dan tekun, berdisiplin dan bertanggungjawab serta bersikap ingin tahu apabila menikmati juadah ilmu yang dihidangkan.
Beberapa soalan terlintas di kepala:
• Adakah saranan ini benar-benar relevan untuk dimuatkan dalam falsafah pendidikan negara sebagai satu daripada hala tuju?
• Bukankah ia lebih tepat sebagai pedoman bagi ibubapa mendidik anak mereka di rumah?
• Jika anak-anak dibesarkan dengan penuh kasih sayang sehingga mereka menikmati kegembiraan dalam hidup harian, tidakkah mereka akan terus menerapkan perkembangan rohani dan emosi terhadap kasih sayang di bangku sekolah?
• Perlukah sekolah dan guru mengambilalih tugas ibubapa membina persekitaran yang dihiasi dengan nilai utama kemaanusian, iaitu cinta dan kasih saying?
Dalam hidup manusia, kegembiraan lazimnya wujud bagi sesuatu peristiwa atau pencapaian yang menyeronokan. Kegembiraan bukanlah sesuatu nilai yang tetap atau stabil memandangkan kepelbagaian cabaran hidup. Terfikir pula, mungkin cinta dan saling menghormati merupakan dua nilai hidup yang harus dikembarkan kerana tanpa cinta manusia tidak akan saling menghormati dan jika kita tidak saling menghormati, tidak akan wujud cinta.
Berbalik kepada sistem pendidikan negara dan penerapan nilai-nilai teras dalam falsafah pendidikan, elok dilihat saranan Menteri Pendidikan ini sebagai perkembangan yang positif. Kanak-kanak dididik secara tidak formal dalam rumah dan komuniti sosiobudaya dan apabila bersekolah mereka mendapat pendidikan secara lebih formal. Kedua-dua persekitaran ini saling mempengaruhi dan menambah kepada pengetahuan serta pengalaman mereka.
Perlu diakui juga bahawa cinta, kegembiraan dan saling menghormati bukannya pencapaian yang muktamad tetapi relatif kepada orang yang menghulurkan malah merasainya. Begitu juga nilai-nilai pembelajaran yang lain. Yang penting ialah pelajar sentiasa didedahkan kepada pengalaman yang menunjukkan bahawa persekitaran di rumah dan di sekolah saling memanfaatkan perkembangan emosi dan mental mereka.
Jika suasana di rumah tidak begitu selesa kerana kesibukan ibubapa dan adik beradik, mungkin di sekolah mereka boleh berlindung di bawah kebaikan guru dan rakan sebaya yang berkongsi suasana cinta, kegembiraan dan saling menghormati. Guru yang penuh empati terhadap murid mereka, khususnya anak murid yang menghadapi masalah kekeluargaan, bakal memainkan peranan sebagai ibubapa angkat yang boleh menenangkan perasaan.
Bagaimanakah nilai cinta, kegembiraan dan saling menghormati boleh diterjemahkan kepada unsur pembelajaran-pengajaran yang lebih konkrit untuk dipraktikkan dalam bilik darjah?
Pertama, peranan dan sikap guru amat penting dalam perkara ini. Guru boleh dilatih untuk mempamerkan personaliti yang mesra dan mudah didekati supaya boleh dianggap sebagai role model atau confidante yang membina jalinan empati atau sekurang-kurangnya simpati dengan anak murid mereka. Setiap pelajar mesti merasakan bahawa dirinya penting dan diambilberat oleh guru-guru yang mengajarnya.
Kedua, lebih berkesan jika metodologi yang sesuai digunakan untuk membangkitkan semangat ingin belajar pelajar menerusi pembelajaran yang menyeronokan atau fun learning. Ini bermakna, guru perlu kreatif mencari cara dan teknik menyampaikan pelajaran secara interaktif menerusi ujikaji yang dijalankan dalam pasukan, menonton tayangan filem atau dokumentari diikuti dengan perbincangan, menganjur projek menggunakan teknologi IPhone, IPad, LCD atau membuat kerja lapangan dan lawatan ke tempat-tempat tertentu.
Ketiga, cara guru menangani respon pelajar dalam kelas akan menentukan keberkesanan hubungan emosi dan mental guru-pelajar. Jika guru menerima respon sebagai satu cubaan atau usaha – walau pun ia salah – pelajar tidak akan merasa hampa atau takut untuk berinteraksi.
Keempat, pelajar harus diberi initiatif untuk menganjurkan aktiviti secara individu, berpasangan atau berpasukan dengan menggunakan idea dan sumber mereka sendiri. Penilaiannya perlu dibincang dengan pelajar yang diberitahu cara yang baik untuk mempertingkatkan pencapaian mereka. Ini bermakna tiada pelajar harus digagalkan jika didapati mereka mempunyai minat terhadap pelajaran.
Dengan jalinan kasih sayang dan saling menghormati antara pendidik-guru-mentor dan pelajar-murid-mentee terbentuklah ikatan cinta antara individu-individu yang terlibat. Tidak boleh dinafikan bahawa ibubapa dan keluarga di rumah memainkan peranan utama dalam bulatan harmoni-mesra ini yang bakal diterapkan dalam komuniti luar yang lebih luas.
* Datuk Halimah Mohd Said merupakan Presiden Persatuan Suara Keamanan, Hati Nurani dan Kebolehan Menaakul
** Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan sidang pengarang Astro AWANI.
Datuk Halimah Mohd Said
Thu Jan 17 2019
GAMBAR FAIL: Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik (kanan) beramah mesra bersama calon-calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 16 (1). - BERNAMA
[Data & Statistik] Tenaga buruh meningkat, pengangguran menurun - ST4 2024
Bilangan penganggur pada suku tahun keempat 2024 terus menurun kepada 546.9 ribu orang, mencatatkan kadar pengangguran 3.2 peratus. Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata tenaga buruh meningkat 0.4 peratus kepada 17.34 juta orang.
ACLE: Kemenangan JDT bantu Malaysia naik dua anak tangga
Hasil daripada kemenangan JDT, ia membenarkan kedudukan AFC MA Ranking Malaysia melonjak sebanyak dua anak tangga.
AWANI Ringkas: Malaysia peneraju ekonomi digital Asia Tenggara
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
"Ribuan yang mencatat kerugian besar" - PM Anwar
Perdana Menteri berkongsi telah memberi arahan tidak mewujudkan syarikat dibawah agensi tanpa kelulusan peringkat tertinggi kerana mencatat kerugian besar.
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest
Dembele bertindak sebagai pemisah dengan meledak dua gol untuk merekodkan jaringan keenam dalam saingan UCL.
"Biar hal picisan itu dianggap picisan" - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan untuk tidak menjadikan semua perkara sebagai isu politik picisan.
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain
Mangsa dikenali sebagai CD meninggal dunia di lokasi kejadian.
PM Anwar gesa program iPayment dipercepatkan pada awal bulan Mac
Perdana Menteri menggesa sistem terimaan elektronik bersepadu iPayment yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM) yang dijadualkan pada akhir bulan April 2025, dipercepatkan pada awal bulan Mac 2025.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Pagi: ASEAN KITA: Decoding the pillars of ASEAN
What holds ASEAN together? It is time to break down the pillars that shape our region’s future. In this episode, ASEAN Kita presents “Decoding the Pillars of ASEAN”, an insightful look at the foundations driving cooperation, growth, and stability. Join us on ASEAN Kita to explore and decode these pillars.
Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus
"Tangan kami berada di picu dan bersedia untuk segera meningkatkan serangan terhadap Israel jika kembali meningkatkan ketegangan di Semenanjung Gaza."
Bakar kereta abang kekasih gara-gara cinta dihalang
Seorang lelaki bertindak membakar kereta abang teman wanitanya di Taman Menara Maju gara-gara dihalang untuk bercinta.
Setem jadi pencatat rentetan sejarah negara - Padat
Mengumpul setem merupakan hobi lama yang menjadi simbol rakaman kenangan peristiwa sejarah di seluruh dunia.
Bertengkar kerana poligami, suami bunuh isteri pertama
Pergaduhan itu berkait rapat dengan amalan poligami oleh suspek dan diburukkan dengan masalah kewangan mereka.
Bilionair Jepun mahu cari teman hidup untuk dibawa 'terbang' mengelilingi bulan
Maezawa, usahawan fesyen atas talian yang berusia 44 tahun, memaklumkan sedang mencari wanita berusia 20 tahun ke atas.
M For Malaysia: Cinta dua insan yang sudah berumur - Marina Mahathir
Ia juga cinta rakyat Malaysia terhadap negara sendiri yang ingin membuat perubahan supaya lebih maju dan sebagainya.
Hilang sudah kasih sayang, Lady Gaga punca hubungan Bradley Cooper, Irina Shayk berakhir?
Menurut sumber, hubungan antara kedua-dua Cooper dan Shayk tegang sejak pembikinan filem 'A Star is Born'.
Kerana cinta, Zidane kembali kemudi Real Madrid
Keputusan untuk kembali adalah mudah - beliau mahu mengembalikan maruah dan prestij kelab ke tempat yang sepatutnya.
Dulu 'jamming' sebelah reban ayam, kini bakal kongsi pentas dengan XPDC
XPDC mempunyai perancangan yang lebih besar untuk band yang dianggap sebagai peminat tegar kumpulan itu apabila mereka bersetuju untuk mengundang mereka sebagai band jemputan pada konsert itu nanti.
Perihal cinta, kegembiraan dan saling menghormati
Tiga nilai teras yang dikenalpasti ialah cinta, kegembiraan dan saling menghormati. di mana cinta dianggapkan teras kepada pendidikan.
Cerai Whatsapp: Nadia belum berstatus janda, masih isteri saya - Tauke Jambu
Pelawak terkenal Tauke Jambu, yang didakwa mempunyai hubungan cinta dengan seorang wanita dari seberang, menafikan menceraikan isterinya menerusi WhatsApp.