BINTANG Hollywood, Bradley Cooper dan model Rusia, Irina Shayk dilaporkan telah berpisah selepas empat tahun bersama.
Cooper, 44 dan Shayk, 33, membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan mereka dan dalam proses menguruskan hak penjagaan anak perempuan, Lea De Seine Shayk Cooper yang berusia dua tahun.
Menurut sumber, hubungan antara kedua-dua Cooper dan Shayk telah tegang sejak pembikinan filem “A Star is Born” disebabkan etika kerja Cooper sebagai pelakon dan juga pengarah filem tersebut.
Pasangan Cooper-Shayk mula menghabiskan masa bersama pada musim bunga tahun 2015.
Berita perpisahan tersebut menggegarkan dunia Internet apabila rata-rata netizen membuat spekulasi bahawa punca berakhirnya hubungan cinta antara Cooper dan Shayk adalah disebabkan pelakon gandingan Cooper, Lady Gaga.
Lakonan Gaga dan Cooper mendapat perhatian ramai, lebih-lebih lagi dengan persembahan lagu hits 'Shallow’ oleh duet tersebut pada Anugerah Oscar 2019.
Diiringi piano yang dimainkan Gaga sendiri, pasangan tersebut kelihatan romantis seperti pasangan yang sedang hangat bercinta bahkan seperti terikut-ikut dengan emosi mereka.
Bagaimanapun, dalam temu bual bersama hos Jimmy Kimmel pada Februari, Gaga menafikan khabar angin tersebut dan berkata persembahan tersebut hanya sekadar lakonan.
“Sejujurnya, media sosial merupakan ‘jamban’ Internet dan bagaimana ia telah menjejaskan budaya pop, sungguh buruk.
“Ya, penonton merasa perasaan cinta menerusi persembahan itu dan kami memang mahu anda untuk mempunyai perasaan begitu.
“Shallow merupakan lagu cinta dan ‘A Star is Born’ merupakan kisah cinta,” katanya dalam temu bual tersebut.
Penyanyi 'Bad Romance' juga dilaporkan memutuskan pertunangan dengan tunangnya, Christian Carino pada Februari lalu.
Apakah pendapat anda? Adakah Lady Gaga punca putusnya hubungan cinta antara Cooper dan Shayk?
Kongsikan pandangan anda di ruang komen di bawah!
Isabelle Leong
Sat Jun 08 2019
![Hilang sudah kasih sayang, Lady Gaga punca hubungan Bradley Cooper, Irina Shayk berakhir? Hilang sudah kasih sayang, Lady Gaga punca hubungan Bradley Cooper, Irina Shayk berakhir?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-06/81559960866_IrinaShayk.jpg)
Cooper, 44 dan Shayk, 33, membuat keputusan untuk mengakhiri hubungan mereka dan dalam proses menguruskan hak penjagaan anak perempuan, Lea De Seine Shayk Cooper yang berusia dua tahun.
"Ribuan yang mencatat kerugian besar" - PM Anwar
Perdana Menteri berkongsi telah memberi arahan tidak mewujudkan syarikat dibawah agensi tanpa kelulusan peringkat tertinggi kerana mencatat kerugian besar.
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
"Memutuskan untuk membatalkan bukan perkara yang mudah tetapi jika wajib dilakukan, kita harus lakukan"katanya
#AWANInews
![UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739319097_UCL.jpg)
UCL: Magis Ousmane Dembele pastikan PSG selesa benam Brest
Dembele bertindak sebagai pemisah dengan meledak dua gol untuk merekodkan jaringan keenam dalam saingan UCL.
"Biar hal picisan itu dianggap picisan" - PM Anwar
Perdana Menteri menegaskan untuk tidak menjadikan semua perkara sebagai isu politik picisan.
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
"Menasihat menegur itu baik, sebab itu saya kata apa pun kita lakukan soal akidah umat perlu dibetulkan kalau ada yang tercemar"katanya
#AWANInews
![Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739318311_Isteriditikam.jpg)
Isteri ditikam bertubi-tubi hingga mati kerana bercakap dengan lelaki lain
Mangsa dikenali sebagai CD meninggal dunia di lokasi kejadian.
PM Anwar gesa program iPayment dipercepatkan pada awal bulan Mac
Perdana Menteri menggesa sistem terimaan elektronik bersepadu iPayment yang dibangunkan oleh Jabatan Akauntan Negara (JANM) yang dijadualkan pada akhir bulan April 2025, dipercepatkan pada awal bulan Mac 2025.
#AWANInews
#AWANInews
AWANI Pagi: ASEAN KITA: Decoding the pillars of ASEAN
What holds ASEAN together? It is time to break down the pillars that shape our region’s future. In this episode, ASEAN Kita presents “Decoding the Pillars of ASEAN”, an insightful look at the foundations driving cooperation, growth, and stability. Join us on ASEAN Kita to explore and decode these pillars.
![Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739316467_Houthifighters.jpg)
Houthi sedia lancar serangan ke atas Israel jika perang di Gaza kembali tercetus
"Tangan kami berada di picu dan bersedia untuk segera meningkatkan serangan terhadap Israel jika kembali meningkatkan ketegangan di Semenanjung Gaza."
![Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314407_protest.jpg)
Rakyat Israel protes, bantah ancaman Netanyahu di Gaza
Netanyahu sebelum ini menegaskan bahawa jika tebusan tidak dikembalikan sebelum tengah hari Sabtu, gencatan senjata di Gaza akan berakhir.
![24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia 24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739314325_flood.jpg)
24 maut, ratusan hilang tempat tinggal akibat banjir di Bolivia
Perkhidmatan meteorologi Bolivia (Senamhi) mengeluarkan amaran jingga dari 7 hingga 22 Februari.
![Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/81737941629_YoonSukYeolSouth.jpg)
Keputusan pemecatan Presiden Korea Selatan dijangka Mac
Mahkamah dijangka menamatkan prosiding pada penghujung Feb sebelum mengumumkan keputusan mengenai pemecatan Suk Yeol pada bulan berikutnya.
![Pencuri mirip Bradley Cooper diburu polis, tarik perhatian netizen Pencuri mirip Bradley Cooper diburu polis, tarik perhatian netizen](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/51659702751_TBpencuri.jpg)
Pencuri mirip Bradley Cooper diburu polis, tarik perhatian netizen
Ramai yang berjenaka dengan berkata Cooper sebenarnya sedang berlakon atau terpaksa mencuri untuk mendapatkan keperluan kerana situasi ekonomi.
!['Nama pun nyanyi lagu cinta...' - Lady Gaga jawab gosip dengan Bradley Cooper 'Nama pun nyanyi lagu cinta...' - Lady Gaga jawab gosip dengan Bradley Cooper](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71551093783_TBGAGABRADLEY.jpg)
'Nama pun nyanyi lagu cinta...' - Lady Gaga jawab gosip dengan Bradley Cooper
Lady Gaga mengakui kagum dengan analisis yang dibuat netizen berhubung spekulasi hubungan mereka.
![Lady Gaga, Bradley Cooper pukau penonton di Anugerah Oscar Lady Gaga, Bradley Cooper pukau penonton di Anugerah Oscar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-02/71551093783_TBGAGABRADLEY.jpg)
Lady Gaga, Bradley Cooper pukau penonton di Anugerah Oscar
Penampilan duet Bradley Cooper dan Lady Gaga menyanyikan lagu hits dari filem A Star Is Born bertajuk 'Shallow' di Anugerah Oscar 2019 berjaya memukau ramai penonton.
![Anugerah Akademi: 'Black Panther' filem adiwira pertama tembusi senarai Filem Terbaik Anugerah Akademi: 'Black Panther' filem adiwira pertama tembusi senarai Filem Terbaik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/71548201092_BlackPanther.jpg)
Anugerah Akademi: 'Black Panther' filem adiwira pertama tembusi senarai Filem Terbaik
Black Panther, The Favourite, Bohemian Rhapsody, Green Book, Roma, A Star Is Born dan Vice dalam senarai Filem Terbaik.
![A Star is Born tewas di tangan Bohemian Rhapsody A Star is Born tewas di tangan Bohemian Rhapsody](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/41546837930_GrahamKing.jpg)
A Star is Born tewas di tangan Bohemian Rhapsody
Ramalan filem A Star is Born untuk menggungguli Golden Globe ke-76ternyata meleset apabila filem itu hanya memenangi satu kategori sahaja iaitu Lagu Asal Terbaik melalui lagu Shallow.