Penampilan duet Bradley Cooper dan Lady Gaga menyanyikan lagu hits dari filem A Star Is Born bertajuk 'Shallow' di Anugerah Oscar 2019 memukau ramai penonton.
Kedua-dua artis berkenaan yang melakonkan watak pasangan kekasih dalam filem itu mengejutkan penonton apabila menaiki pentas dari tempat duduk mereka secara tiba-tiba dan mula menyanyikan lagu “berhantu” itu.
Diiringi bersama piano yang dimainkan oleh Lady Gaga sendiri, pasangan tersebut kelihatan romantis seperti pasangan yang sedang hangat bercinta bahkan seperti terikut-ikut dengan emosi mereka.
Hal ini sekali gus mengujakan ramai peminat filem dan lagu duet tersebut, malah, mengundang pelbagai reaksi di laman sosial yang menyatakan mereka terpukau dengan persembahan itu.
Sebelum ini, berita putus tunang Lady Gaga telah tersebar dan berikutan itu ada khabar angin mengatakan bahawa penyanyi lagu Bad Romance itu mempunyai hubungan istimewa dengan Bradley Cooper.
Dalam anugerah tersebut, Cooper tercalon dalam dua kategori iaitu Pelakon Lelaki Terbaik dan Skrip Adaptasi Terbaik manakala Gaga tercalon bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik.
Tidak lama selepas duet hebat mereka, lagu 'Shallow' dinobatkan sebagai lagu terbaik di Anugerah Oscar 2019 dalam kategori Best Original Songs.
Afiq Ariffin
Mon Feb 25 2019

PERSEMBAHAN Lady Gaga dan Bradley Cooper memukau perhatian penonton.
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banyak idea baharu lahir dari Sesi Permukiman Jemaah Menteri - TPM Ahmad Zahid
Setiap pandangan yang dikongsi pada sesi itu, adalah cerminan keprihatinan dan komitmen kerajaan dalam mencorak masa depan lebih cerah.

Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Berdasarkan prestasi kukuh KWSP pada suku ketiga 2024, pencarum boleh mengharapkan berita gembira berkaitan agihan dividen yang lebih baik bagi tahun 2024 berbanding tahun sebelumnya.

Pencuri mirip Bradley Cooper diburu polis, tarik perhatian netizen
Ramai yang berjenaka dengan berkata Cooper sebenarnya sedang berlakon atau terpaksa mencuri untuk mendapatkan keperluan kerana situasi ekonomi.

'Nama pun nyanyi lagu cinta...' - Lady Gaga jawab gosip dengan Bradley Cooper
Lady Gaga mengakui kagum dengan analisis yang dibuat netizen berhubung spekulasi hubungan mereka.

Lady Gaga, Bradley Cooper pukau penonton di Anugerah Oscar
Penampilan duet Bradley Cooper dan Lady Gaga menyanyikan lagu hits dari filem A Star Is Born bertajuk 'Shallow' di Anugerah Oscar 2019 berjaya memukau ramai penonton.

Anugerah Akademi: 'Black Panther' filem adiwira pertama tembusi senarai Filem Terbaik
Black Panther, The Favourite, Bohemian Rhapsody, Green Book, Roma, A Star Is Born dan Vice dalam senarai Filem Terbaik.

A Star is Born tewas di tangan Bohemian Rhapsody
Ramalan filem A Star is Born untuk menggungguli Golden Globe ke-76ternyata meleset apabila filem itu hanya memenangi satu kategori sahaja iaitu Lagu Asal Terbaik melalui lagu Shallow.