KUALA LUMPUR:Perigi Tujuh Serendah di Hulu Selangor diletakkan dalam senarai inventori Jabatan Warisan Negara untuk diangkat statusnya sebagai Tapak Warisan Kebangsaan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata perigi itu antara 11 butiran di daerah Hulu Selangor/Negeri Selangor yang berada dalam senarai inventori jabatan itu di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) bagi tujuan penyelidikan sebelum diwartakan.
"Sekiranya memenuhi kriteria, tapak ini boleh dicadangkan untuk diangkat statusnya menjadi warisan kebangsaan.
"Pewartaan ini boleh memberi nilai tambah kepada tarikan sektor pelancongan selain untuk memelihara dan melindungi khazanah warisan yang terdapat di tapak perigi tujuh itu," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Terdahulu beliau mengikuti Siri Jelajah Semarak Pelancongan Domestik di Hulu Selangor dan Bukit Fraser, Pahang, dengan disertai Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Dr Noor Zari Hamat.
Nancy berkata kementeriannya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) Hulu Selangor bagi memastikan tempat-tempat menarik di kawasan itu diketengahkan sebagai produk pelancongan negara.
"Meskipun Perigi Tujuh Serendah di bawah seliaan dan penyelenggaraan Jabatan Pengairan Saliran daerah Hulu Selangor, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dari semasa ke semasa akan berbincang bagi tujuan penambahbaikan yang boleh dilakukan di kawasan itu," katanya.
Mengenai Bukit Fraser, Nancy mencadangkan agar sebarang pembangunan kawasan percutian itu mengekalkan tema atau konsep tudor sesuai dengan jolokannya sebagai 'The Little England.'
Nancy berkata bukit itu perlu dibangunkan sebagai destinasi warisan tinggalan kebudayaan tarikan pelancongan dan segala cadangan pembangunan hotel baharu adalah di bawah bidang kuasa Majlis Daerah Raub sebagai PBT.
"MOTAC juga menggesa agar sebarang pembangunan tidak mengganggu ekosistem di kawasan itu yang terkenal dengan kehadiran pelbagai spesies burung dan destinasi tempat memerhati burung," katanya.
Nancy berkata pada masa ini Bukit Fraser hanya mempunyai tiga hotel dengan jumlah bilik 370 buah sahaja dan jumlah itu tidak mencukupi bagi menampung permintaan, terutamanya pada hujung minggu dan musim cuti umum.
"Premis penginapan baharu boleh menarik minat pelancong atau pihak korporat untuk berkunjung dan mengadakan program di Bukit Fraser," menurutnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 13 2020
Perigi Tujuh Serendah di Hulu Selangor. - Foto Sinar Harian
AWANI Pagi: Menjual Kuantan 188 untuk pembangunan pantai timur
Ikuti diskusi siaran luar Awani Pagi dari menara Kuantan 188 bersama Khalisa Azman, Pengurus Besar Kuantan 188 membincangkan mengenai perancangan dan inisiatif tahun depan untuk "menjual" Kuantan 188 bagi pembangunan di kawasan pantai timur.
Penumpang Azerbaijan Airlines pakai topeng oksigen sebelum terhempas
Penumpang pesawat Embraer EMBR3 Azerbaijan Airlines dilihat memakai topeng oksigen kabin sebelum pesawat itu terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan pada Rabu.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selain peralatan perubatan penting.
Gereja tertua Syria kembali raikan Krismas
Penganut Kristian di Syria kembali meraikan perayaan hari Krismas di Gereja Lady of Damascus, Damsyik.
Lelaki cuba terjun dari tingkat 9 berjaya diselamatkan
Polis berjaya menyelamatakan lelaki berusia 48 tahun yang cuba membunuh diri dengan terjun dari beranda tingkat sembilan sebuah kondominium di Bandar Tun Hussein Onn,
Pakar mata rawat Anwar ketika di penjara meninggal
Pakar mata, Datuk Dr Ahmad Shukri Mohamed yang merawat mata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa beliau berada dalam tahanan polis pada 1998 meninggal dunia.
Ribut salji: lebih 200,000 rumah putus bekalan elektrik di Bosnia dan Balkan
Lebih 200,000 rumah di seluruh Bosnia dan Herzegovina masih terputus bekalan elektrik untuk hari kedua pada Rabu selepas ribut salji menyebabkan gangguan meluas di beberapa negara Balkan.
Israel dakwa akan terus kawal keselamatan Gaza
IDF akan bertindak dengan apa cara sekalipun untuk menghapuskan sebarang cubaan yang berpotensi mengancam negara itu atau anggotanya.
Rusuhan penjara: 33 maut, 15 cedera di Mozambique
Rusuhan di sebuah penjara di ibu kota Mozambique, Maputo, telah meragut nyawa 33 orang dan mencederakan 15 yang lain.
Rusia kerah pesawat khas, bawa pulang warganya yang selamat
Kementerian Kecemasan Rusia pada Rabu mengumumkan penghantaran sebuah pesawat khas ke Kazakhstan untuk membawa pulang warganegara Rusia yang terselamat dalam nahas pesawat berhampiran bandar Aktau.
Menerusi kenyataan kementerian itu, pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selainperalatan perubatan penting.
Menerusi kenyataan kementerian itu, pesawat IL-76 tersebut membawa pasukan doktor dan pakar psikologi, selainperalatan perubatan penting.
Perigi Tujuh Serendah akan diangkat sebagai tapak warisan kebangsaan - Nancy Shukri
Ia antara 11 butiran di daerah Hulu Selangor/Negeri Selangor yang berada dalam senarai inventori jabatan itu di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 bagi tujuan penyelidikan sebelum diwartakan.