Tiada sekatan, halangan dan tangkapan pada perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di ibu negara semalam adalah bukti kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjunjung demokrasi dan kebebasan rakyat bersuara.
Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata walaupun perhimpunan itu dikatakan satu 'setback' kepada kerajaan, namun ia juga menunjukkan hala tuju kerajaan mendaulatkan undang-undang dan satu langkah ke hadapan yang membolehkan rakyat menyuarakan pendapat.
Berucap pada Majlis Makan Malam Amal PH di sini malam Ahad, Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata tiada insiden tidak diingini berlaku pada perhimpunan tersebut seperti terjadi dalam beberapa perhimpunan ketika pentadbiran kerajaan terdahulu.
"Dahulu penahanan, tindakan menghalang dilakukan untuk tidak membolehkan individu tertentu berucap dan ada yang ditangkap dan dimasukkan dalam penjara untuk satu ketika.
"Ini membuktikan Malaysia baharu di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang didokong rakyat, menjunjung prinsip demokrasi, hak bersuara kita tak sekat dan kita meneruskan urusan perhimpunan itu berdasarkan kedaulatan undang-undang," katanya.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim dilaporkan berkata dianggarkan 55,000 peserta hadir himpunan itu yang berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.
Sebelum ini, penganjur dilaporkan berkata perhimpunan itu diadakan sebagai tanda 'kesyukuran' di atas keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasikan konvensyen berkenaan dan seterusnya mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
Pada 23 Nov lepas, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifikasi ICERD.
Kerajaan juga akan terus mempertahankan Perlembagaan Persekutuan yang di bawahnya termaktub kontrak sosial yang dipersetujui oleh wakil semua kaum semasa pembentukan negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 09 2018
![Perhimpunan tolak ICERD bukti kerajaan junjung demokrasi - Muhyiddin Perhimpunan tolak ICERD bukti kerajaan junjung demokrasi - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/41544264575_ucapanICERD.jpg)
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim dilaporkan berkata dianggarkan 55,000 peserta hadir himpunan itu yang berjalan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Perhimpunan tolak ICERD bukti kerajaan junjung demokrasi - Muhyiddin Perhimpunan tolak ICERD bukti kerajaan junjung demokrasi - Muhyiddin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/41544264575_ucapanICERD.jpg)
Perhimpunan tolak ICERD bukti kerajaan junjung demokrasi - Muhyiddin
Tiada sekatan, halangan dan tangkapan pada perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).
![Himpunan 812 ibarat perkembangan politik yang bahaya -Lim Guan Eng Himpunan 812 ibarat perkembangan politik yang bahaya -Lim Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/61544345731_950x600.jpg)
Himpunan 812 ibarat perkembangan politik yang bahaya -Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menyifatkan Perhimpunan Kesyukuran Penolakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) sebagai satu perkembangan politik yang bahaya.
![Pasca Himpunan 812: Pakatan Harapan akan berdepan masalah bina keyakinan pengundi Melayu Pasca Himpunan 812: Pakatan Harapan akan berdepan masalah bina keyakinan pengundi Melayu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/41544265762_icerd.jpg)
Pasca Himpunan 812: Pakatan Harapan akan berdepan masalah bina keyakinan pengundi Melayu
Namun sekiranya jumlah kehadiran diambil kira sebagai penanda aras sokongan kepada pembangkang, penganjurannya boleh dianggap sebagai gagal.
![Tun Dr Mahathir buat tinjauan Tun Dr Mahathir buat tinjauan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/61544252940_TunM.jpg)
Tun Dr Mahathir buat tinjauan
Tun Dr Mahathir Mohamad, meninjau lokasi perhimpunan kesyukuran penolakan ratifikasi ICERD selepas ia berakhir petang Sabtu.
![Himpunan 812: Muhyiddin puas hati pendekatan diambil PDRM Himpunan 812: Muhyiddin puas hati pendekatan diambil PDRM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51543929532_MuhyiddinYassin.jpg)
Himpunan 812: Muhyiddin puas hati pendekatan diambil PDRM
Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin berpuas hati dengan pendekatan yang diambil PDRM dalam memudahcara perhimpunan kesyukuran meraikan penolakan ratifikasi ICERD.
![Kami berhimpun demi pertahan Melayu - Tuan Ibrahim Kami berhimpun demi pertahan Melayu - Tuan Ibrahim](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/51544264953_TuanIbrahimTuanMa.jpg)
Kami berhimpun demi pertahan Melayu - Tuan Ibrahim
Perhimpunan kali ini bagi membuktikan bahawa umat Islam dan Melayu tidak akan berdiam diri jika wujud anasir yang menganggu gugat Perlembagaan Persekutuan.
![Pengundi muda yang undi PH, sila kembali ke pangkal jalan Pengundi muda yang undi PH, sila kembali ke pangkal jalan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/41544264575_ucapanICERD.jpg)
Pengundi muda yang undi PH, sila kembali ke pangkal jalan
Himpunan 812 sebagai tanda kesyukuran keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasi ICERD diakhiri dengan doa agar kerajaan Pakatan Harapan 'pendek umur'.
![Himpunan 812: Peserta berkerusi roda gigih walau baru jalani pembedahan Himpunan 812: Peserta berkerusi roda gigih walau baru jalani pembedahan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/71544262503_ICERD.jpg)
Himpunan 812: Peserta berkerusi roda gigih walau baru jalani pembedahan
Walaupun baru saja menjalani pembedahan, tetapi dia tetap komited untuk hadir ke Himpunan 812.
![Jangan main-main dengan rakyat - Ahmad Zahid Jangan main-main dengan rakyat - Ahmad Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/41544261033_zahidhamidi.jpg)
Jangan main-main dengan rakyat - Ahmad Zahid
Kerjasama UMNO-Pas bukan sahaja sebagai gagasan pembangkang tetapi akan diterjemahkan dalam isu-isu membabitkan orang Melayu dan Islam.
![Video 'dron' Himpunan 812: Sesak! Video 'dron' Himpunan 812: Sesak!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-12/81544256827_ICERD.jpg)
Video 'dron' Himpunan 812: "Sesak!"
Ada antara mereka kecewa kerana gagal memasuki Jalan Raja dan mendengar ucapan para pemimpin yang hadir.