Sebuah badan gabungan 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan menganjurkan perhimpunan rakyat pada Sabtu ini bagi menyatakan sokongan dan solidariti terhadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam menyelesaikan krisis kepimpinan di negeri itu.
Perhimpunan rakyat yang diberi nama 'Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor' itu akan diadakan selama dua jam mulai 3 petang di Padang Sultan Sulaiman (Padang Kota Raja), Klang, dan segenap lapisan rakyat diminta menyatakan sokongan mereka dengan menghadiri acara itu.
Antara NGO yang menyertai gabungan itu yang digelar Angkatan Rakyat Sedar (Aras) ialah Gerak Arus Rakyat Bawahan Selangor, Persatuan Anak Selangor Menyokong Menteri Besar (Pasmeb), Persatuan Anak Seni Tanjong Karang, Persatuan Bekas Polis Malaysia dan Persatuan Bekas Tentera Tidak Berpencen.
Pengerusi Aras, Abdul Rahim Abdul Wahab berkata perhimpunan itu bertujuan mengucapkan kesyukuran dan terima kasih rakyat Selangor atas kebijaksanaan baginda menangani isu semasa di negeri itu.
"Ia juga diadakan bagi memberitahu Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa majoriti rakyat Selangor sangat berpuas hati dengan cara pentadbiran yang dipraktikkan oleh beliau dan memohon supaya diteruskan budaya ini selagi mana dikehendaki Sultan Selangor," katanya pada sidang akhbar di sini pada Khamis.
Abdul Rahim berkata, pihaknya menyasarkan penyertaan lebih 2,000 rakyat Selangor pada majlis yang akan diisi dengan program seperti pertunjukan kebudayaan, pentomin yang mengisahkan situasi yang berlaku di negeri itu ketika ini dan pidato.
Pengerusi Persatuan Bekas Polis Malaysia Wilayah Persekutuan, Nasiruddin Mohamad pula meminta agar rakan-rakan seperjuangannya dalam pasukan keselamatan itu turut menyertai perhimpunan berkenaan sebagai tanda sokongan tidak berbelah bahagi kepada Sultan Selangor.
"Kita berharap rakan-rakan bersama-sama mendaulatkan Selangor yang mana kita mempunyai sultan yang sedang menangani masalah serta isu dalam kerajaan negeri," katanya.
Pada Selasa lepas, Sultan Selangor menangguhkan untuk menerima peletakan jawatan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor sehingga pelantikan baharu ditentukan.
Baginda turut menitahkan pemimpin Pakatan Rakyat - PAS, PKR dan DAP - supaya mencadangkan lebih daripada dua nama daripada setiap parti sebagai calon menteri besar bagi memudahkan baginda menentukan calon berkelayakan, seterusnya memberi perkenan melantik mana-mana calon yang difikirkan layak sebagai menteri besar.
Bagaimanapun, PKR dan DAP berkata mereka tetap akan mencadangkan nama Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal.
Bernama
Fri Aug 29 2014
![Perhimpunan solidariti terhadap Sultan Selangor Sabtu ini Perhimpunan solidariti terhadap Sultan Selangor Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/61407904174_295x200.jpg)
Perhimpunan rakyat yang diberi nama 'Menjunjung Kasih ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor' itu akan diadakan selama dua jam mulai 3 petang di Padang Sultan Sulaiman (Padang Kota Raja), Klang.
Polis rakam 26 saksi bantu siasatan
Polis sudah merakam percakapan 26 saksi bagi membantu siasatan kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah dan ia sudah mencukupi.
Empat lagi suspek disiasat berhubung komen jelik, provokatif
Seramai empat lagi suspek telah disiasat berhubung komen jelik dan provokatif menerusi siaran ulangan sesi Parlimen, yang dimuat naik di platform TikTok dan Facebook pada 9 Julai 2024.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
MCMC berkata, ini menjadikan jumlah keseluruhan individu yang telah disiasat seramai enam orang. Tindakan ini adalah untuk membendung gejala buli siber yang berleluasa dalam kalangan masyarakat.
Petrol, diesel kekal sehingga 24 Julai
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel kekal masing-masing pada paras RM3.47, RM2.05 DAN RM3.35 seliter sehingga 24 Julai.
Agong berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negara.
Kerajaan tetap teruskan 'river of life'
Kerajaan tetap meneruskan Projek Sungai Nadi Kehidupan atau 'River Of Life' yang kini hanya berbaki 19 peratus untuk disiapkan.
Kim Pan-gon perlu bayar pampasan RM3.16j kepada FAM
Kim Pan-Gon perlu bayar pampasan sebanyak RM3.16 juta kepada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) susulan tindakannya mengambil keputusan meletak jawatan meskipun berbaki satu tahun lagi dalam kontraknya.
Polis teruskan operasi di lokasi kedua
Polis meneruskan operasi pencarian bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini Abdullah di sebuah lagi kawasan di Perak.
Calon UMNO DUN Nenggiri diumum tempoh terdekat
Calon UMNO yang akan bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri adalah seorang anak tempatan dan mempunyai jawatan dalam parti.
AWANI Ringkas: Menambah baik sistem pakar perubatan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Perhimpunan solidariti terhadap Sultan Selangor Sabtu ini Perhimpunan solidariti terhadap Sultan Selangor Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-08/61407904174_295x200.jpg)
Perhimpunan solidariti terhadap Sultan Selangor Sabtu ini
12 NGO akan berhimpun bagi menyatakan sokongan dan solidariti terhadap Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam menyelesaikan krisis kepimpinan di negeri itu.