GERIK: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak mengesahkan kehadiran seekor gajah di Jalan Raya Timur Barat yang menghubungkan Gerik ke Jeli, seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.
Pengarahnya, Yusoff Shariff bagaimanapun berkata, gajah tersebut masuk kembali ke dalam hutan berhampiran beberapa minit kemudian.
Menurutnya, kejadian seumpama itu adalah perkara biasa yang sering berlaku di laluan tersebut.
Katanya, pihaknya menjangkakan pengguna sedia maklum mengenai potensi atau kemungkinan bertembung dengan gajah di laluan tersebut kerana pihak Perhilitan telah memasang beberapa papan tanda amaran.
Yusoff berkata, lazimnya gajah-gajah di kawasan berkenaan sudah biasa dengan kehadiran manusia dan kenderaan.
Bagaimanapun, beliau berharap pengguna jalan raya tidak melakukan provokasi atau terlalu berani menghampiri gajah berkenaan.
Sebaliknya, kata beliau, jika bertembung, pengguna dinasihatkan supaya perlahan atau memberhentikan kenderaan, mengambil jarak selamat dan membiarkan gajah berkenaan masuk semula ke hutan.
Terdahulu tular di media sosial Facebook, kelihatan seekor gajah yang dikatakan sedang melintas jalan di Jalan Raya Timur Barat baru-baru ini.
Bagaimanapun, tiada sebarang kejadian tidak diingin berlaku.
Abd Razak Mohd Ali
Mon May 09 2022
Kejadian hidupan liar melintas seumpama itu adalah perkara biasa yang sering berlaku di laluan tersebut. - Facebook Info Banjir Negeri Kelantan
Pasukan penyelidik Jepun cipta plastik yang terurai dalam air laut
Plastik "supramolekul" itu mempunyai kekuatan tegangan yang setanding dan boleh diproses seperti plastik berasaskan petroleum.
Mahkamah Taiwan arah pembunuh pelajar Malaysia bayar pampasan
Mahkamah Taiwan memutuskan bahawa seorang lelaki tempatan yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup kerana membunuh seorang pelajar Malaysia, perlu membayar pampasan.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Orang Asli bina rumah bangsal atas bukit siap sedia hadapi banjir
60 rumah bangsal dibina sejak sebulan lepas yang dapat menempatkan lebih 1,000 orang sebagai iktibar kejadian banjir besar di Kelantan pada 2014.
Dron pantau polis curi tulang main golf ketika bertugas
JIPS Bukit Aman mula menggunakan dron untuk menyiasat dan pemantauan terhadap warga polis yang 'curi tulang' ketika bertugas termasuk keluar pejabat untuk bermain golf.
Pantau Agenda Reformasi: Mihas@Dubai 2024 | Apa selepas ini?
Ikuti temu bual eksklusif bersama Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz berkaitan keberhasilan penganjuran MIHAS@Dubai 2024 dan apa perancangannya selepas ini?
Prospek lebih cerah Kerajaan Perpaduan selepas dua tahun memerintah - Mujahid
Prospek Kerajaan Perpaduan untuk tahun mendatang dilihat semakin cerah sejajar kejayaan dicapai kerajaan dalam proses pemulihan ekonomi dan membina imej Malaysia di mata dunia.
PGA rampas ubat-ubatan haiwan diseludup dari Thailand bernilai lebih RM400,000
Anggota pasukan PGA dalam Op Taring Wawasan Kelantan mengesan bungkusan mengandungi ubat-ubatan haiwan di kawasan pangkalan haram semasa.
Inflasi malaysia catat 1.9 peratus pada Oktober - DoSM
Kadar inflasi Malaysia bagi Oktober 2024 telah meningkat kepada 1.9 peratus, menokok berbanding 1.8 peratus yang dicatatkan semasa September tahun ini, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
AWANI Ringkas: Jangan main gollf ketika bertugas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luang masa lapang beri bantuan percuma kepada pengguna Jalan Raya Timur Barat
Dua beranak kendalikan lebih 20 kerja menyelamat antaranya melibatkan kemalangan, tayar pancit dan pokok tumbang di sepanjang laluan.
Nahas korbankan suami isteri di JRTB, orang ramai diminta salur maklumat - Ketua Polis Perak
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Gerik, Inspektor Mohd Zaidi Mat Yasin,.
Lori ditahan, bawa muatan lebih 30 bungkus daun ketum
Pemandu tiada lesen memandu, manakala, nombor casis dan enjin kenderaan itu disyaki palsu.
Perhilitan Perak pasang 10 papan tanda amaran lintasan hidupan liar di Jalan Raya Timur Barat
Lebih 10 papan tanda amaran lintasan hidupan liar dipasang sepanjang laluan Jalan Raya Timur Barat yang menghubungkan Gerik ke Jeli demi keselamatan pengguna yang melalui lebuh raya itu.
Pengguna Jalan Raya Timur Barat diminta berhati-hati kehadiran gajah
Perhilitan Perak meminta orang ramai yang menggunakan laluan Jalan Raya Timur Barat yang menghubungkan Gerik ke Jeli supaya berhati-hati dengan kehadiran gajah di kawasan berkenaan.
Kastam tahan pemandu lori bawa muatan 3,000kg daun ketum
Modus operandinya adalah dengan mengubah suai sebuah lori yang dipasangkan jeriji besi bagi mengisi bungkusan terbabit.
Suami isteri maut, kereta bertembung pacuan empat roda
Pasangan suami isteri maut setelah kereta yang mereka naiki terbabas lalu bertembung sebuah pacuan empat roda di Kilometer 76, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, dekat sini semalam.
Dua maut, tiga parah nahas di Jeli - Polis
Mangsa yang maut ialah pemandu Perodua Alza, Mohd Hazlan Ibrahim @ Saleh dan pemandu Proton Wira, Muhamad Baijuri Mohd Shariff.
Pemandu maut, kereta bertembung lori di Jalan Raya Timur Barat
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan dalam kejadian kira-kira jam 3.30 petang itu.
Helah sorok dadah RM23 juta dalam Alphard yang ditunda digagalkan polis
Trak tunda dinaiki dua beranak berusia 27 dan 58 tahun berasal dari Kelantan itu ditahan di Kilometer 7, Jalan Raya Timur Barat, dekat Gerik.