IPOH: Lebih 10 papan tanda amaran lintasan hidupan liar dipasang sepanjang laluan Jalan Raya Timur Barat yang menghubungkan Gerik ke Jeli demi keselamatan pengguna yang melalui lebuh raya itu.
Pengerusi Jawatankuasa Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Teh Kok Lim berkata papan tanda tersebut dipasang sebelum ini bagi memberi peringatan kemungkinan pengguna lebuh raya akan bertembung dengan gajah selain langkah keselamatan.
"Fenomena gajah berkeliaran ini telah lama berlaku dan kita cuba menyemaikan konsep 'hidup bersama' antara manusia dan hidupan liar.
"Kerajaan negeri berharap pengguna lebuh raya dapat mengamalkan sikap bertolak ansur demi kepentingan semua pihak dan pada masa yang sama mengutamakan keselamatan diri kerana lebuh raya tersebut sememangnya melalui kawasan Central Forest Spine (CFS) yang menjadi habitat hidupan liar," katanya kepada Bernama.
Teh berkata usaha menangkap pindah gajah tidak sesuai dilakukan kerana ia bakal mengundang kritikan pelbagai pihak terutama daripada pihak antarabangsa.
"Namun, Kerajaan Negeri dengan bantuan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan sentiasa memantau perkembangan seterusnya.
"Pengguna jalan raya dinasihatkan agar berhati-hati selain elakkan perjalanan lewat malam dan tidak melakukan provokasi," tambahnya.
Rabu lepas, Perhilitan dilapor meminta orang ramai yang menggunakan laluan Jalan Raya Timur Barat yang menghubungkan Gerik ke Jeli supaya berhati-hati dengan kehadiran gajah di kawasan berkenaan susulan tular rakaman video yang mendakwa seekor gajah mengejar sebuah kenderaan pelbagai guna (Toyota Vellfire) di Gerik, baru-baru ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 27 2023

Lebih 10 papan tanda amaran lintasan hidupan liar dipasang sepanjang laluan Jalan Raya Timur Barat yang menghubungkan Gerik ke Jeli demi keselamatan pengguna yang melalui lebuh raya itu. - Foto Twitter Jabatan PERHILITAN

Malaysia selaku Pengerusi ASEAN utamakan usaha damai di selatan Thailand - Thaksin
Thaksin berkata lawatannya ke selatan Thailand susulan perbincangan beliau dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baru-baru ini.

Polis buka 15 kertas siasatan penipuan pelaburan saham didalangi 'Datuk'
Dalam tempoh 19 Jan hingga Khamis lepas, pihaknya menerima 32 laporan membabitkan kes berkenaan yang melibatkan sebuah syarikat dengan kerugian lebih RM1.3 juta.
Penindasan etnik Rohingya ujian kredibiliti ASEAN
Bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar berkata sebagai Pengerusi ASEAN pada tahun ini, peranan Malaysia datang dengan harapan dan jangkaan yang tinggi dalam mencari penyelesaian kepada krisis tersebut.

KKM sedia bekerjasama tangani peningkatan CKD
KKM alu-alukan pandangan semua pihak sama ada NGO, swasta mahupun agensi kerajaan berkaitan untuk menghasilkan inisiatif yang berkesan.
Kerajaan tidak campur urusan penguatkuasa
Anwar menegaskan kerajaan tidak mencampuri urusan badan penguat kuasa dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak.

Ismail Sabri masih perlu pemantauan rapi doktor
Ismail Sabri dilaporkan telah sedar sepenuhnya petang semalam namun masih memerlukan pemerhatian rapi daripada doktor.
Australia umum USD5.4 bilion untuk Medicare
Perdana Menteri Australia Anthony Albanese mengumumkan suntikan dana tambahan bernilai USD5.4 bilion bagi memperkukuh sistem penjagaan kesihatan negara, dengan tujuan menampung lebih banyak kos lawatan ke doktor, lapor Xinhua.
![[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia [KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71740286728_Renewableenergy.jpg)
[KOLUMNIS] Kerjasama rakyat, industri realisasikan penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Malaysia
Malaysia telah mencapai 28 peratus dalam campuran bahan api setakat Oktober 2024.
Lebih 18,000 orang berhimpun di Istana Maharaja Jepun raikan hari keputeraan
Lebih 18,000 orang berhimpun dalam cuaca sejuk di Istana Maharaja Jepun bagi meraikan hari keputeraan Maharaja Naruhito.

FAMA tingkat 30 peratus bekalan kelapa di seluruh negara
FAMA membawa masuk sejumlah 640 metrik tan kelapa dengan peningkatan 30 peratus yang diimport termasuk dari Indonesia.

Perhilitan giat kesan harimau belang di Kampung Orang Asli Sungai Choh
Perhilitan masih meneruskan usaha mengesan harimau belang yang dipercayai menyerang lembu ternakan di Kampung Orang Asli Sungai Choh.

Kenderaan rosak diserang gajah di JRTB Gerik-Jeli
Perhilitan Perak telah menghalau antara 25 hingga 30 ekor gajah menggunakan kaedah tembak dan halau di tempat kejadian.

'Yong Manis' dipindahkan ke Taman Negeri Royal Belum
Mamalia berusia lima tahun seberat 1.1 tan yang digelar 'Yong Manis' ditangkap pada 6 Julai lepas dipercayai berasal dari Hutan Simpan Piah.

Perhilitan halau harimau belang di Kampung Kenering ke hutan
Tindakan telah diambil untuk menghalau harimau berkenaan supaya masuk semula ke habitatnya di Hutan Simpan Papulut.

Perhilitan Perak sahkan kehadiran harimau belang di Bukit Berekeh
Pengarah Perhilitan Perak Yusoff Shariff berkata Unit Harimau sedang melakukan pemantauan di Bukit Berekeh, Sungai Siput, ketika ini.

Perhilitan Perak pasang 10 papan tanda amaran lintasan hidupan liar di Jalan Raya Timur Barat
Lebih 10 papan tanda amaran lintasan hidupan liar dipasang sepanjang laluan Jalan Raya Timur Barat yang menghubungkan Gerik ke Jeli demi keselamatan pengguna yang melalui lebuh raya itu.

Pindah gajah ke lokasi lain tidak selesai masalah - MB Perak
Kaedah pemindahan gajah liar bukan penyelesaian muktamad, mungkin ada jalan lain.

Yob Umbut berkeliaran di Gerik ditangkap
Haiwan dianggarkan berusia 25 hingga 27 tahun dengan berat kira-kira dua tan itu ditangkap pada pukul 10 pagi.

Ada saksi nampak harimau di Jalan Simpang Pulai - Cameron Highlands
Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, saksi itu merupakan anggota polis bantuan.

Yob Tawai musnah pokok getah, pisang dipindahkan
Yob Tawai ditarik Abot dan Rambai untuk dipindahkan ke habitat asal di Taman Negeri Royal Belum.