IPOH: Orang ramai diminta menyalurkan maklumat berhubung kemalangan jalan raya yang mengorbankan pasangan suami isteri dan tiga anak mereka yang parah di Kilometer 16.9, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, semalam.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima panggilan dari orang awam berhubung kemalangan membabitkan kereta dan lori itu pada jam 1.40 tengah hari.
Katanya, siasatan awal di tempat kejadian mendapati, kereta jenis Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki bersama isteri dan tiga orang anak sedang dalam perjalanan dari Gerik ke Jeli.
"Pemandu Perodua Myvi berusia 51 tahun dan isteri 45 tahun, serta tiga anak, seorang lelaki (14 tahun), perempuan (12 tahun) dan kanak-kanak lelaki (7 tahun).
"Setibanya di lokasi kejadian, kereta yang dipandu telah hilang kawalan dan masuk ke jalan bertentangan serta bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah Jeli ke Gerik.
"Akibat daripada kemalangan itu, pemandu kereta dan isteri mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Manakala tiga orang anak mangsa mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Gerik bagi rawatan susulan," katanya dalam kenyataan semalam.
Bagaimanapun, jelasnya, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kemalangan itu boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik, Inspektor Mohd Zaidi Mat Yasin, di talian 013-4487374," katanya lagi.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan berhemah ketika berada di jalan raya, khususnya pada musim cuti sekolah nanti.
Semalam, media melaporkan pasangan suami isteri maut manakala tiga anak mereka parah setelah kereta dinaiki keluarga itu terbabit kemalangan dengan sebuah treler muatan simen.
Aida Aziz
Sat Jun 24 2023
![Nahas korbankan suami isteri di JRTB, orang ramai diminta salur maklumat - Ketua Polis Perak Nahas korbankan suami isteri di JRTB, orang ramai diminta salur maklumat - Ketua Polis Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687653264_nahaskeretatreler.jpg)
Pada Sabtu, sepasang suami isteri maut manakala tiga anak mereka parah setelah kereta dinaiki keluarga itu terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 16.9, Jalan Raya Timur Barat Gerik-Jeli. - Foto JBPM Perak
"Saya faham kenapa Polis menjalankan kerja secara profesional" - PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan pemberitahuan kepada polis sebelum 5 hari sebagai jaminan penganjur mengikuti syarat dan membersihkan kawasan selepas perhimpunan
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
"Ini yang terbaik dari Kerajaan MADANI"- PM Anwar
Perdana Menteri menjelaskan pemberitahuan 5 hari sebelum perhimpunan adalah untuk pihak polis mengambil maklum menjaga keselamatan dan lalu lintas.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
![Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana - Che Ta Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana - Che Ta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739415707_CheTa.jpg)
"Beruntung Ayu, Zaquan, empat orang anak syurga sudah menanti di sana" - Che Ta
"Kehilangan anak kecil membuatkan kita rasa sedih dan hiba di atas dunia, namun membawa khabar gembira di alam akhirat, Insya-Allah," kata Che Ta.
“Tindakan tidak akan diambil” - PM Anwar
Perdana Menteri Anwar memberitahu siasatan terhadap perhimpunan anti rasuah yang melibatkan mahasiswa dan perhimpunan mogok lapar oleh SOSMA dihentikan.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanNegara
The Economy: Memastikan pertumbuhan saksama antara Wilayah
Pengarah Bahagian Pembangunan Wilayah di Kementerian Ekonomi, Dr. Mohammed Shaharin Umar, berbincang mengenai langkah-langkah yang diambil untuk mencapai keseimbangan pembangunan. Diskusi mendalam tentang strategi dan inisiatif untuk memastikan pertumbuhan ekonomi yang saksama antara wilayah di Malaysia.
![Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738640192_TBAnwarIbrahim.jpg)
Kerajaan setuju Akta Perhimpunan Aman dipinda - PM Anwar
Dengan pindaan itu, penganjur hanya perlu menghantar notis pemberitahuan atau pemakluman kepada polis lima hari sebelum perhimpunan itu diadakan.
AWANI Ringkas: 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739415150_LembagaAirPerak.jpg)
Bekalan air di Batang Padang, Hilir Perak dibuka sementara secara berperingkat - LAP
LAP berkata, bekalan air daripada kolam LAP akan ditutup apabila air kolam habis dan para pengguna dinasihatkan menyimpan air secukupnya.
#AWANIRingkas 13 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 13 Februari 2025
1️⃣ 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
2️⃣ Kerjasama Malaysia-Turkiye
3️⃣ Perang di Ukraine makin hampir berakhir?
#awaniringkas
1️⃣ 48,000 murid Tahun 1 kini pandai membaca
2️⃣ Kerjasama Malaysia-Turkiye
3️⃣ Perang di Ukraine makin hampir berakhir?
#awaniringkas
![Kerajaan beri 3 sebab belanja RM16 bilion untuk pajakan helikopter tentera Kerajaan beri 3 sebab belanja RM16 bilion untuk pajakan helikopter tentera](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739415796_HelikopterTentera.jpg)
Kerajaan beri 3 sebab belanja RM16 bilion untuk pajakan helikopter tentera
Azalina berkata, banyak helikopter yang digunakan agensi kerajaan, termasuk Angkatan Tentera Malaysia, berusia antara 12 dan 32 tahun.
![Nahas korbankan suami isteri di JRTB, orang ramai diminta salur maklumat - Ketua Polis Perak Nahas korbankan suami isteri di JRTB, orang ramai diminta salur maklumat - Ketua Polis Perak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/61687653264_nahaskeretatreler.jpg)
Nahas korbankan suami isteri di JRTB, orang ramai diminta salur maklumat - Ketua Polis Perak
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta berhubung dengan Pegawai Penyiasat Trafik IPD Gerik, Inspektor Mohd Zaidi Mat Yasin,.
![Suami isteri maut, tiga anak parah nahas kereta-treler di Lebuhraya Timur Barat Suami isteri maut, tiga anak parah nahas kereta-treler di Lebuhraya Timur Barat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/41687596850_kemalanganmaut.jpg)
Suami isteri maut, tiga anak parah nahas kereta-treler di Lebuhraya Timur Barat
Terdapat lima mangsa dalam kereta Perodua Myvi iaitu pasangan suami isteri dan tiga lagi mangsa lain iaitu kanak-kanak.
![Pemandu Myvi maut tersepit dalam nahas dengan treler Pemandu Myvi maut tersepit dalam nahas dengan treler](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/71665633824_TBMAUTMYVIx.jpg)
Pemandu Myvi maut tersepit dalam nahas dengan treler
Dalam kemalangan yang dilaporkan jam 1.27 pagi itu, mangsa tersepit dalam kereta jenis Perodua Myvi dipandu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu treler dilaporkan selamat.
![Satu maut, tiga cedera dalam nahas kereta-treler di Felda Keratong 2 Satu maut, tiga cedera dalam nahas kereta-treler di Felda Keratong 2](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-07/61657586562_MautRompin.jpg)
Satu maut, tiga cedera dalam nahas kereta-treler di Felda Keratong 2
Mangsa yang cedera diserahkan kepada pihak KKM yang berada di lokasi, sementara mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
![Kemalangan maut penuntut USAS: Jenazah Iqbal Hasnun selamat disemadikan Kemalangan maut penuntut USAS: Jenazah Iqbal Hasnun selamat disemadikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/51652496152_TBJENAZAH.jpg)
Kemalangan maut penuntut USAS: Jenazah Iqbal Hasnun selamat disemadikan
Jenazah Iqbal Hasnun dimandi sebelum disolatkan di Masjid USAS dan dibawa ke rumah keluarganya di Taman Impian Jaya, di sini, pada jam 6 pagi.
![Nahas kereta-treler: Jenazah pelajar USAS Ahmad Naim Najmi selamat dikebumi Nahas kereta-treler: Jenazah pelajar USAS Ahmad Naim Najmi selamat dikebumi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/81652411877_Pengkebumian.jpg)
Nahas kereta-treler: Jenazah pelajar USAS Ahmad Naim Najmi selamat dikebumi
Jenazah tiba di kediaman keluarganya di Kampung Pantai Penunjuk, Kijal pada 3.15 pagi selepas disolatkan di Masjid Raja Permaisuri Bainun USAS, Perak selepas Isyak malam tadi.
![Hasrat Ahmad Naim Najmi temani nenek semasa cuti tidak kesampaian Hasrat Ahmad Naim Najmi temani nenek semasa cuti tidak kesampaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652394184_RosnahAbuBakar.jpg)
Hasrat Ahmad Naim Najmi temani nenek semasa cuti tidak kesampaian
Rosnah berkata, Ahmad Naim Najmi merupakan cucu sulung kesayangannya dan arwah suami.