KUALA LUMPUR: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) digesa mengambil tindakan segera memindahkan gajah-gajah liar di kawasan Pos Betau, Kuala Lipis, Pahang susulan kejadian seorang wanita Orang Asli maut dipijak haiwan itu awal pagi Selasa.
Ahli Parlimen Cameron Highlands Datuk Ramli Mohd Nor berkata pihaknya telah berhubung dengan Perhilitan Pahang bagi membincangkan tindakan yang perlu diambil secepat mungkin demi kepentingan dan keselamatan Orang Asli di situ.
Ramli berkata pencerobohan gajah liar ke Kampung Orang Asli yang turut mengancam ekonomi penduduk di situ semakin kerap berlaku sejak tahun lepas dan setakat ini 10 laporan berkenaan isu itu telah dikemukakan kepada Perhilitan.
"Kenapa tidak diambil tindakan seperti yang berlaku di kawasan Orang Asli di Perak, isu sama juga berlaku, pihak Perhilitan telah memindahkan ke Pusat Pemeliharaan Gajah, kenapa Perhilitan Pahang tidak boleh ambil tindakan sebelum ini?
"Kenapa perlu tunggu sampai timbul krisis pertembungan manusia dan haiwan yang menyebabkan kematian?" katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata Tok Batin dan Penghulu Orang Asli di Pos Betau telah mengadakan perjumpaan dan mengambil keputusan akan bertindak terhadap kumpulan gajah liar itu jika ia berulang, demi kepentingan dan keselamatan penduduk kampung.
"Saya melihat bila pertembungan manusia dan haiwan (berlaku) saya percaya mungkin habitat mereka di tempat lain, di tempat biasa mereka telah musnah, jadi mereka mula merayau ke tempat yang ada makanan (kampung Orang Asli)," katanya.
Awal pagi semalam, seorang wanita, 39, berketurunan Orang Asli maut dipercayai dipijak gajah pada 4 pagi tadi, di Kampung Simoi Baru di Pos Betau.
Mayat mangsa, Wak Angkat Yok Tong, ditemukan di kawasan pokok pisang berhampiran rumahnya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Lipis.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 07 2022
Mayat wanita Orang Asli yang dipercayai dipijak gajah pada jam 4 pagi Selasa, di Kampung Simoi Baru di Pos Betau. -Gambar fail/Sinar Harian
Tumpuan Selasa – 26 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (25 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
'Kakak' dan 'adik' sihat...sambut kelahiran 100 hari
Pasangan kembar panda yang dikenali 'Kakak dan 'Adik' yang pertama kali dilahirkan di Hong Kong dikhabarkan membesar dengan sihat dan cergas dibawah jagaan Taman Hidupan Liar wilayah berkenaan. Perkhabaran itu diumumkan Taman Hidupan Liar Ocean Park Hong Kong bersempena dengan sambutan kelahirannya kedua pasangan itu yang kini berusia 100 hari sejak dilahirkan pada 15 Ogos lalu.
Penduduk rungut sesak nafas, gatal tekak akibat jerebu Delhi
Penduduk yang tinggal di New Delhi, India mengadu sakit tekak dan sesak nafas akibat kualiti udara yang semakin merosot di bandar itu. Kualiti udara di bandar yang dinamakan sebagai bandar paling tercemar di dunia pada tahun 2023 itu kini masih kekal pada paras merbahaya dengan indeks bacaan kualiti udara (AQI) 688 setakat pagi Isnin.
Iran mahu hukuman mati untuk Netanhayu, Gallant
Hanya hukuman mati setimpal untuk Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanhayu dan Bekas Menteri Pertahanannya, Yoav Gallant atas jenayah mereka di Asia Barat, kata Pemimpin Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Polis lepaskan gas pemedih mata kepada penyokong Imran
Polis daerah Attock di barat laut Pakistan terpaksa melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan ratusan penunjuk perasaan yang mengadakan protes membebaskan bekas perdana menteri Imran Khan pada Isnin.
Pesawat kargo DHL terhempas di Vilnius
Polis Lithuania tidak menangkis serangan pengganas boleh menjadi punca kepada nahas pesawat kargo DHL terhempas berhampiran lapangan terbang Vilnius pada pagi Isnin. Nahas itu seperti yang disahkan oleh Ketua Polis telah mengorbankan seorang individu dan mencederakan tiga yang lain, yang kini masih ditempatkan di hospital untuk menerima rawatan.
Datuk Seri Vida lantik peguam selesai isu sitaan & hutang
Datuk Seri Vida atau nama sebenar Hasmiza Othman berkata akan melantik peguam bagi menyelesaikan isu berkaitan tuntutan hutang dan sitaan melibatkan aset mewah miliknya.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Beliau dalam kenyataan di laman Instagram miliknya pada Isnin berkata, beliau mengambil perkara ini dengan serius dan memberikan sepenuh perhatian terhadap isu dibangkitkan.
Kahar: Kapla High Council bakal cetus fenomena baharu?
Wartawan Ridauddin Daud menemubual beberapa pelakon Kahar: Kapla High Council ketika tayangan perdana pada Isnin.
Tidak akan terburu-buru, perlu kajian mendalam
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah jantan liar rosakkan tanaman penduduk di Lojing
Perhilitan Kelantan berjaya memindahkan seekor gajah jantan dewasa di kawasan kebun berhampiran Hentian Eco Rehat dan Rawat Lojing di sini Jumaat lepas.
Perjalanan tergendala dua jam, 30 ekor gajah ‘main’ tengah jalan
Perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Alor Setar, Kedah tergendala selama dua jam di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) gara-gara 30 ekor gajah bermain dan tidur di tengah jalan.
Pelan pengurusan hidupan liar dilaksana tangani impak projek ECRL
Pelan Pengurusan Hidupan Liar (Wildlife Management Plan) telah dilaksanakan bagi mengurangkan impak projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kepada khazanah biodiversiti negara.
Hampir 200 keluarga Orang Asli Pos Belatim diancam gajah liar
Hampir 200 keluarga Orang Asli di Pos Belatim hidup dalam kebimbangan selepas kehadiran seekor gajah liar yang berkeliaran di kawasan penempatan mereka sejak bulan lepas.
Guru selamat selepas langgar gajah di Mersing
Seorang guru bernasib baik apabila terselamat selepas kenderaan yang dipandunya terlanggar seekor gajah di Kilometer 6 Jalan Nitar-Mersing di sini, semalam.
Perhilitan tangkap gajah liar di Mersing
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor menangkap seekor gajah liar jantan di Kampung Triang Besar di sini, Isnin lepas.
Perhilitan tangkap gajah, beruang matahari di Kuala Krai
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menangkap seekor gajah liar dan beruang matahari di Kuala Krai, semalam.
Perhilitan Kelantan tangkap gajah liar di Jeli
Operasi tangkapan melibatkan tujuh anggota dari Pejabat Perhilitan Daerah Jeli dan Unit Tangkapan Gajah (UTG) Kelantan.
'Yong Manis' dipindahkan ke Taman Negeri Royal Belum
Mamalia berusia lima tahun seberat 1.1 tan yang digelar 'Yong Manis' ditangkap pada 6 Julai lepas dipercayai berasal dari Hutan Simpan Piah.
Ibu gajah setia tunggu anak jatuh longkang
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan berjaya menyelamatkan seekor anak gajah yang terjatuh ke dalam longkang di Batu 13, Jalan Raya Timur-Barat di sini pada Ahad.