KUALA LUMPUR:Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) digesa memperhebatkan usaha ke arah Malaysia menandatangani Perjanjian Marrakesh bagi memperkasakan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan mendapatkan akses kepada pelbagai bahan bacaan.
Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata penerimaan kepada perjanjian tersebut akan mempercepatkan penambahbaikan dalam tiga kaedah penting iaitu akses digital, penerbitan yang boleh diakses dan akses rentas sempadan kepada bahan pembelajaran.
"Pertama, akses digital akan menghapuskan halangan sedia ada bagi membolehkan orang buta mengakses kepada laman web dan e-platform.
"Orang buta tiada lagi dikecualikan daripada melakukan fungsi dalam talian yang semakin menjadi ciri penting dalam kehidupan harian.
"Kedua, penerbitan yang boleh diakses....semua buku untuk penerbitan akan dihasilkan dalam format elektronik dan ketiga, akses rentas sempadan kepada bahan pembelajaran.
"Rakyat Malaysia yang cacat mengesan permukaan hasil cetakan boleh memanfaatakn perpustakaan negara lain di seluruh dunia untuk akses kepada pengetahuan dan bahan maklumat.
"Ini boleh mengatasi masalah ketandusan akses kepada pengetahuan dan bahan maklumat yang terkini dan sentiasa berkembang pesat," katanya.
Ras Adiba berkata demikian dalam ucapannya pada konsert dalam talian 'Majlis Muzik Tahun Baharu Cina oleh Kanak-Kanak dan Dewasa Muda Cacat Penglihatan' yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook.
Majlis tersebut dianjurkan bersama Majlis Kebangsaan Bagi Orang Buta Malaysia (NCBM) dan Kumpulan Sokongan Keluarga Kebangsaan untuk Kanak-Kanak dan Orang Berkeperluan Khas.
Kesatuan Orang Buta Dunia (WBU) dan Pertubuhan Harta Intelek Sedunia (WIPO) menandatangani Perjanjian Marrakesh pada 27 Jun 2013 dan perjanjian ini telah berkuat kuasa pada 30 September 2016.
Perjanjian ini berteraskan prinsip hak asasi manusia yang dianjurkan dalam Deklarasi Universal Hak Asasi Manusia dan Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai hak-hak OKU.
Negara yanag menyertai perjanjian ini akan menikmati akses khas kepada penerbitan dalam bentuk Braille dan dalam bentuk cetak, audio dan digital serta bahan bahan bacaan lain tanpa ancaman melanggar hak cipta, justeru, mengurangkan jurang perbezaan akses kepada pendidikan bagi golongan cacat penglihatan.
Ras Adiba, yang juga presiden OKU Sentral, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) domestik yang aktif memperjuangkan hak kebajikan OKU, berkata, rakyat Malaysia yang buta dan cacat penglihatan mempunyai hak yang sama untuk pendidikan, pekerjaan, pengunaan perkhidmatan perbankan dan pengangkutan awam dan menikmati semua aspek kehidupan.
Katanya dengan kedua-dua teknologi dan perisian, golongan OKU boleh mengkases kepada ilmu menerusi pembaca skrin, paparan Braille dan pengecaman petuturan.
"NCBM berkerjasama rapat dengan Kementerian Pendidikan untuk meningkatkan akses kepada bahan pembelajaran dalam format yang boleh diakses oleh orang buta dan cacat penglihatan.
"Ini termasuk latihan pengeluaran komputer Braille," katanya, sambil menambah penyelesaian sistemik memerlukan penyertaan aktif oleh lebih banyak kementerian dan entiti kerajaan.
Terdahulu, Ras Adibah mengucapkan tahniah kepada penganjur dalam mengatur acara muzikal dalam talian dengan penyertaan peserta dari lokasi berbeza di negara ini.
Sejumlah tujuh peserta terlibat dalam muzikal tersebut iaitu Justin Choy, 9, (piano), Loh Wee Han, 15, (guitar dan vokal), Ernest Teoh, 20, (biola), Natalia Lee, 8, (piano), Alan Cheah, 19 (keyboard dan vokal), Tan Ee Beng, 27, (Erhu) dan Samantha Khoo, 25, (seruling, piano dan vokal).
Dihoskan Wong Yoon Loong dari NCBM, konsert muzikal ini bertujuan membuka peluang kepada golongan ini menampilkan bakat mereka kepada umum serta mewujudkan kesedaran mengenai penyertaan OKU dalam menghiburkan rakyat Malaysia semasa perayaan Tahun Baharu Cina.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 13 2021
![Perhebatkan usaha ke arah penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Marrakesh - Ras Adiba Perhebatkan usaha ke arah penyertaan Malaysia dalam Perjanjian Marrakesh - Ras Adiba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-02/71613233834_MuridOKU.jpg)
Penerimaan kepada perjanjian tersebut akan mempercepatkan penambahbaikan dalam akses digital, penerbitan yang boleh diakses dan akses rentas sempadan bahan pembelajaran. -Gambar fail
Shuhada tarik balik laporan terhadap Hafidz Roshdi
Pendakwaan bagi kes pelakon Hafidz Roshdi yang dituduh mencederakan bekas isterinya pada Mac tahun lepas, memberitahu Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini pada Jumaat bahawa, pihaknya belum mendapat arahan lanjut isu penarikan laporan polis oleh Nurul Shuhada Mat Shukri.
5 pekerja kontraktor ditahan curi kabel projek LRT3
Polis menumpaskan kumpulan pencuri kabel di tapak pembinaan LRT3 yang membabitkan kerugian kira-kira RM2.5 juta dengan penahanan lima pekerja kontraktor di tiga tapak projek berkenaan, pada Khamis.
Taktik seludup minyak masak bersubsidi ke Kemboja gagal
Jabatan Kastam DiRaja Malaysia (JKDM) Perlis menggagalkan cubaan menyeludup keluar minyak masak bersubsidi dipercayai hingga ke Kemboja berjumlah 116 kilogram (kg) selepas menahan dua individu warga asing di Padang Besar pada 24 Julai lalu.
Peralatan Darjah Kebesaran SSAP palsu dirampas
Polis merampas pelbagai peralatan Darjah Kebesaran Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) disyaki palsu daripada seorang ahli lembaga pengarah sebuah syarikat telekomunikasi yang didakwa menggunakan gelaran terbabit.
Bukit Aman teliti keperluan panggil semula saksi
Polis akan melihat keperluan untuk memanggil mana-mana pihak yang terlibat termasuk keluarga mendiang Teoh Beng Hock dalam usaha melakukan siasatan semula berkait kematian bekas setiausaha politik kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri itu.
Anwar, Srettha lawat projek jambatan Rantau Panjang-Golok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Thailand, Srettha Thavisin akan melakukan lawatan kerja ke Sungai Golok, Thailand dan Rantau Panjang, Malaysia pada Sabtu ini.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Ogos 2024.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Belanjawan 2025: KDN beri tumpuan perkasa aset, kebajikan Belanjawan 2025: KDN beri tumpuan perkasa aset, kebajikan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51719314089_SaifuddinNasution.jpg)
Belanjawan 2025: KDN beri tumpuan perkasa aset, kebajikan
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menumpukan usaha pada mempertingkatkan aset dan kebajikan pasukan keselamatan di bawah kementerian itu menerusi Belanjawan 2025.
![Perak FC terima keputusan Bobie Farid letak jawatan CEO Perak FC terima keputusan Bobie Farid letak jawatan CEO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722416928_TBBOBIE.jpg)
Perak FC terima keputusan Bobie Farid letak jawatan CEO
Bobie Farid telah memikul tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh ikhlas tanpa sebarang imbuhan daripada pihak pengurusan.
![Pengarah syarikat, penjawat awam didenda guna dokumen palsu kursus selenggara portal MyIPO Pengarah syarikat, penjawat awam didenda guna dokumen palsu kursus selenggara portal MyIPO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71719394396_courtgavelmahkam.jpg)
Pengarah syarikat, penjawat awam didenda guna dokumen palsu kursus selenggara portal MyIPO
Seorang pengarah syarikat latihan sistem teknologi maklumat didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana menggunakan dokumen palsu berhubung kursus penyelenggaraan portal MyIPO.
![FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/81709803558_TBAZMIRSAIFUDDIN.jpg)
FINAS, MyIPO kerjasama tingkat usaha pendaftaran harta intelek penggiat seni
FINAS akan bekerjasama dengan MyIPO untuk meningkatkan pendaftaran IP dalam kalangan penggiat seni tanah air.
![Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714046516_TBFuziahSaleeh.jpg)
Kefahaman orang ramai terhadap harta intelek masih rendah - Fuziah
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup komited meningkatkan kefahaman orang ramai yang masih rendah terhadap harta intelek, kata Timbalan Menterinya Fuziah Salleh.
![Guna AI hasilkan kandungan dilindungi akta hak cipta, boleh dikenakan tindakan - MyIPO Guna AI hasilkan kandungan dilindungi akta hak cipta, boleh dikenakan tindakan - MyIPO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/61684827673_TBartificialintelli.jpg)
Guna AI hasilkan kandungan dilindungi akta hak cipta, boleh dikenakan tindakan - MyIPO
Hal ini kerana semua harta intelek di negara ini dilindungi di bawah Akta Cap Dagangan 2019, Akta Paten 1983, Akta Hak Cipta 1987 dan Akta Reka Bentuk Perindustrian 1996.
![Proses sijil dan notifikasi hak cipta kini hanya 30 minit - MyIPO Proses sijil dan notifikasi hak cipta kini hanya 30 minit - MyIPO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51672474960_TBMYIPO.jpg)
Proses sijil dan notifikasi hak cipta kini hanya 30 minit - MyIPO
Copyright to You (CR2U) dibangunkan untuk mempercepat proses pensijilan dan notifikasi hak cipta bagi memastikan pemilik hak cipta mendapat perlindungan dengan lebih efisien.
![JKKN daftar 43 karya inspitari dengan MyIPO JKKN daftar 43 karya inspitari dengan MyIPO](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/71699308528_Inspitari.jpg)
JKKN daftar 43 karya inspitari dengan MyIPO
Inspitari memberi peluang kepada koreografer JKKN seluruh Malaysia menghasilkan karya baharu dalam tarian.
![MyIPO teliti keperluan tawar harga istimewa kepada peniaga TikTok Shop MyIPO teliti keperluan tawar harga istimewa kepada peniaga TikTok Shop](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51672474960_TBMYIPO.jpg)
MyIPO teliti keperluan tawar harga istimewa kepada peniaga TikTok Shop
MyIPO akan teliti keperluan untuk memberi tawaran harga istimewa kepada peniaga TikTok Shop yang berhasrat mendaftarkan hak cipta (copyright) dan cap dagangan perniagaan mereka.
![KPDN adakan perbincangan kaedah pembahagian royalti artis KPDN adakan perbincangan kaedah pembahagian royalti artis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/41688460473_TBAzmanMohdYusof.jpg)
KPDN adakan perbincangan kaedah pembahagian royalti artis
Beberapa siri perbincangan jawatankuasa bertindak bagi isu berkaitan industri muzik rakaman tanah air dilaksanakan KPDN khususnya dalam meneliti kaedah pembahagian royalti.
![[KOLUMNIS] Mengukuh kesedaran hak cipta dalam kalangan pengamal industri kreatif [KOLUMNIS] Mengukuh kesedaran hak cipta dalam kalangan pengamal industri kreatif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/61621696706_Filming.jpg)
[KOLUMNIS] Mengukuh kesedaran hak cipta dalam kalangan pengamal industri kreatif
Memastikan semua karya dilindungi sebelum pengkomersialan merupakan perihal yang wajar diambil serius oleh semua pengkarya.
![Usahawan semakin cakna terhadap kepentingan harta intelek Usahawan semakin cakna terhadap kepentingan harta intelek](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/51672474960_TBMYIPO.jpg)
Usahawan semakin cakna terhadap kepentingan harta intelek
Perkara itu bersandarkan data dikeluarkan apabila setakat November lalu, terdapat peningkatan kepada 46,812 pendaftaran harta intelek.