Kerajaan sedia bekerjasama dengan kementerian berkaitan bagi memperhalusi cadangan untuk memperketat kandungan yang dimuat naik di media sosial yang kini dilihat menjurus kepada pandangan yang bertentangan dengan ajaran Islam, khususnya dari golongan liberal dan murtad.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri menegaskan pihaknya juga sedia untuk mengadakan sesi dialog dengan golongan liberal dan murtad yang mempunyai kemusykilan berkaitan agama Islam.
"Yang itu perlu kepada perbincangan lebih lanjut lagi. Kami akan sentiasa bekerjasama dengan Kementerian Perpaduan Negara, begitu juga dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).
"Sebahagiannya kami telah bincang, tetapi lebih tepat lagi perlu diperhalusi pelbagai isu dan solusi yang lain.
"InsyaAllah kita akan cuba kemukakan sebuah jawapan, apa-apa yang berkaitan dengan kekeliruan tentang Islam, untuk diberi pencerahan dan penerangan kepada masyarakat. Kita sedia berdialog dan berbincang dengan harmoni supaya masing-masing dapat hormati satu sama lain," katanya.
Dr Zulkifli berkata demikian hari ini sebagai mengulas isu berkaitan golongan liberal dan murtad yang dilihat semakin berleluasa dan berani mengeluarkan pendapat bertentangan dengan Islam di media sosial.
Terdahulu, beliau hadir pada Majlis Syahadah dan Meraikan Pengislaman Masyarakat Orang Asli Daerah Kinta Negeri Perak di Rancangan Pengumpulan Semula, Kampung Orang Asli Sri Makmur, di Ulu Kinta, dekat sini.
Turut hadir, Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Datuk Mohd Yusop Husin dan Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan, Mohd Akmal Kamarudin.
Aida Aziz
Wed Aug 12 2020

Zulkifli ketika hadir pada Majlis Syahadah dan Meraikan Pengislaman Masyarakat Orang Daerah Kinta di RPS Kampung Orang Asli Sri Makmur Ulu Kinta di sini hari ini.

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

WHO kesal keputusan AS tarik diri
Presiden baharu Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berhasrat untuk menarik diri daripada organisasi WHO.

Malaysia kekal tegas tangani isu Laut China Selatan secara dialog, perbincangan
Jika ada konflik atau isu berbangkit di kawasan terlibat, Malaysia akan guna kaedah perbincangan, diplomasi dan dialog bagi penyelesaian masalah.

Negara Barat tidak boleh paksa Iran ikut kehendak mereka dengan kenakan sekatan - Menteri Luar
Tehran bersedia untuk terlibat dalam dialog yang saling menghormati, bukannya ancaman dan tekanan.

Isu di Laut China Selatan perlu diselesai menerusi dialog dan rundingan
Malaysia turut memainkan peranan sebagai negara koordinator dengan China bagi sebarang isu yang berbangkit mengenai Laut China Selatan.

China, Filipina setuju teruskan dialog mengenai Laut China Selatan
China dan Filipina mengadakan mesyuarat kesembilan berhubung Mekanisme Perundingan Dua Hala (BCM) di Laut China Selatan.

Dialog lakonan didakwa 'menghina' wanita, Maszlee mohon maaf
Maszlee Malik memohon maaf khususnya kepada golongan wanita susulan penggunaan dialog kasar dan tidak bersesuaian dalam siri drama Kudeta.

Kahwin bawah umur 18 tahun: Mahkamah Anak Negeri Sabah perlu bersedia
Perkahwinan mengikut adat di negeri itu tidak mempunyai had umur minima dan masih dapat dilaksanakan dengan kebenaran.

Dialog Rusia-AS mengenai peluru berpandu perlukan kesungguhan - Menteri Luar Rusia
Mesyuarat antara agensi Rusia-AS yang berlangsung di Geneva baru-baru ini, adalah satu daripada langkah ke arah itu.

'Dialog Tiga Penjuru' kupas isu Pelan Pemulihan Negara di Astro AWANI malam ini
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengumumkan Pelan Pemulihan Negara sebagai strategi peralihan keluar secara berfasa daripada kemelut pandemik COVID-19.

Perhalusi cadangan perketat kandungan media sosial berkaitan liberalisme, murtad - Dr Zulkifli
Zulkifli menegaskan pihaknya sedia mengadakan sesi dialog dengan golongan liberal dan murtad yang mempunyai kemusykilan berkaitan agama Islam.